Archive for the 'Where the heart is.' Category

Apr 29 2017

Aurora dan sekolahnya.

Published by under Where the heart is.

Hahaha dah masuk 5 bulan hantar Aurora school. Baru terdetik nak blog pasal ni. Dari tahun lepas lagi dah rancang nak sekolah kan Aurora. Bukan apa, duduk rumah sangat banyak pengaruh. Susah nak kawal especially gadget. Bila dah sekolah, ada juga aktiviti dia boleh buat. Penat survey school mana yang sesuai. Susah nak bagi keyakinan dekat Aurora untuk sekolah ni. Dia jenis susah nak bercampur dengan orang. Apatah lagi nak tinggalkan dia dekat school. Confirm melalak. Sebelum ni dah beberapa playschool pergi, just untuk tanya-tanya je, Aurora dah menangis sedu sedan. Teacher pun nampak tak berapa mesra bila melayan Aurora yang nangis, so I reject. Memang mostly yang pergi I reject sebab diorang memang tak berminat handle Aurora yang menangis. Bagus juga Aurora buat macam tu, senang nak tau layanan diorang nanti.

Dalam banyak-banyak survey, Aurora berkenan dekat playschool ni je. Kenapa? Sebab ada swimming pool. Kekonon kaki swimming la tu padahal Aurora takot air sejuk. Haha. Tapi dia bajet sekolah lain takde swimming pool and it’s too typical with playground only, so dia rasa tadika dia yang ni sangat elit. Jadi dia bersemangat untuk tadika di sana! Greattt. (Padahal dah 5 bulan school, baru sekali je mommy bagi dia join swimming class. Yang lain dia tak sihat, weather tak cantik, macam-macam halangan yang buat mommy says no for swimming. kekeke)

Besides, Totin suka konsep pembelajaran dekat sini. Standard satu Malaysia. Actually tak kesah sangat pun, yang penting Aurora dapat bergaul cuma yang tak best nya, school Aurora ni from Monday-Friday. Tak sama dengan cuti orang Johor. Memang kebanyakkan hari Jumaat Aurora akan ponteng class lah sebab follow Totin yang bercuti kemana-mana . kekeke.

 

Good girl je Aurora dalam kelas.

Seingat Totin, sesi persekolahan smooth macam biasa. Tak banyak masalah. Aurora dah attend orientation class, dia happy je sebab banyak toys. Hantar je dia pergi class, tak ada lah nak teman sepanjang persekolahan tu. Rasanya semua bersangkut paut dengan teacher Aurora juga kot. Aurora suka dengan teacher dia tu. Tapi ada satu hari tu teacher dia tak datang class, so Aurora mengamuk tak nak pergi school sebab tak ada teacher tu. Amboi kau kecik-kecik dah pandai memilih.

Masuk bulan ke 3, gaya otai dah pergi sekolah.

Okaylah. Tak ada apa nak cerita pasal school Aurora. Tak suka expose pasal persekolahan anak. But so far Alhamdulillah, Aurora dah boleh membaca sikit. mengenal huruf, nombor. Warna walaupun comot dan huduh, at least she can colors. kekeke. Untuk tahun ni, Totin memang sangat busy untuk beri tumpuan penuh dekat pelajaran Aurora, tapi in a week, Totin akan make sure Aurora buat revision and study back what she had studied.

Apa yang Totin perasan, Aurora lebih suka menulis, compared to colouring. Berbeza dengan mommy yang kaki mewarna dari dulu. Aurora kalau suruh mewarna sikit je dia dah cakap penatlah! cuba suruh menulis, habis semua workbook dia buat dalam sehari.

Okaylah, sekadar mengisi kekosongan untuk update blog yang bersawang ni. Dah lama tak update sampai tak ada idea nak update apa. See you later guys!

p/s: Sejak anak sekolah ni baru sedar yang diri tak boleh mengajar anak. Rasa macam hot temper je bila anak main-main time kita mengajar. Haha memang mommy semua ada perasaan macam ni ke? Eee geram. Bila teacher kat school ajar boleh pulak dia buat. -_-

 

No responses yet

Jan 04 2017

Salah sendiri.

Siapa pernah cuai? Menipu lah kalau dalam hidup ni tak pernah cuai. Saya selalu buat benda-benda cuai kemudian membawa kekesalan yang tiada tolok bandingnya -_-. Lepas tu sendiri terdiam lalu tak boleh buat apa-apa. Akur dengan kesengalan diri sendiri.

14 December lalu, Totin dah merancang untuk bawa family semua ke Langkawi. Kali ni kami pergi naik flight. Flight petang pukul 6.30 petang. Few days before flight, memang agak busy sikit. Eh bukan sikit, busy sangat. Balik kerja hari-hari lewat, nak packing barang pun tak sempat. Sudahnya memang packing last minit, kelam kabut. Kononnya tak nak sampai lewat di airport, jadi kami sekeluarga besar The Jamain bertolak dari rumah awal pagi pukul 9 pagi dari Johor sambil bersantai-santai ke airport. Sempat singgah lunch dan bersorak gumbira sepanjang perjalanan.

Nak dijadikan cerita kesengalan diriku ini, tiba-tiba teringat yang saya tertinggal identity card Aurora. Maklumlah masa Aurora lahir, dia tak ada Mykid. Cuma ada surat beranak sahaja. Untuk bawa surat beranak ke hulu kehilir memang tak lah. Selalunya Totin akan bawa passport Aurora tapi entah kenapa hari tu, terlupa tukar handbag yang ada passport Aurora, kesudahannya memang tertinggal semuaaaa!!! T_T

Tapi masatu steady lagi. Alaah tak apa lah, at least ada gambar muka depan passport Aurora dalam handphone. Boleh dijadikan bukti. Lepastu google sana sini nak cari tahu apa solution kalau tertinggal identity card, ada yang kata senang je. Cuma buat laporan polis dekat pondok polis berhampiran. Settle. So masatu Totin tarik nafas lega. Sebab kami akan sampai airport awal dalam pukul 2-3 petang. Awal lagi untuk settlekan masalah identity card Aurora yang tertinggal itu.

 

Tapi nasib tak selalunya baik. Hukhuk, undang-undang untuk buat report polis itu semua sudah tidak wujud lagi. Mereka memang memerlukan salinan ASAL. Penat merayu sana sini pun tak jalan. Memang Aurora tak lepas. Aduii nak pergi Langkawi je kot bukan nak pergi menjajah mana.  haa menangis kau. Kalau yang tertinggal tu  IC sendiri tak apa, saya rela tak ikut tapi masalahnya Aurora punya. Dia dah semangat nak naik flight dengan atok nenek makcik-makcik dia semua. Lepastu tak dapat pergi. Tak sampai hati nak kecewakan dia, terus beli ticket flight esok pagi pukul 8 am. Habis RM600 for one way tic. Menangis ok.

15781610_10154864564007641_3387359924946351019_n

Sampai hati tak, kalau tengok anak merajuk duduk dekat bucu macam ni?

 

So lepas tu terus balik BP, amik passport Aurora.  Naik kereta ayah yang memang a bit unfamiliar to me. Bedal je darurat katakan. Pukul 6 petang drive balik, pukul 10 malam sampai rumah. Tidur sejam dua, pukul 3 pagi bertolak ke Airport semula. Gagah tak? Haa demi Aurora. Dahla memang sleepless seminggu tu, kepala dah tiong sangat nak drive nasib alhamdulillah berjaya juga buat kerja gila ulang alik KLIA-BP-KLIA. Semata-mata nak ambil passport AURORA!!!!

Nak check in berdua pun satu hal. Pukul 6.30 pagi macam tu sampai KLIA, confirm lah Aurora tidur lagi. Bayangkan dengan bawa luggage, dokong budak yang beratnya ibarat sekampit beras. Gagahhhhhh juga. Bila dah tak larat kena beratur panjang before check terus ketuk-ketuk bangun bangun auroraaaaaaaaaaaa bangun!!!

15825883_10154864583912641_6768080836202375526_n

Nasib ada trunki ni boleh suruh dia duduk diam-diam atas trunki ni. Kalau tak satu kerja nak kejar mengejar Aurora dekat airport tu. -_-

 

Pengajaran, sebelum bercuti tu, sila lah well prepared. Make sure dah siap kemas at least a day before. Jangan kemas last minute especially bila dah ada anak ni. Hiyarkkkkkk memang mental betul kalau nak packing baju anak. Passport atau IC sila tampal dekat dahi.

 

Okay sekian sahaja cerita saya hari ini. Masa taip ni pun sakit hati. Semoga tak buat kecuaian sebegitu lagi. Sel-sel otak akan terus berhubung antara satu sama lain. Amin.

3 responses so far

Dec 22 2016

Geng Sedondon

Assalammualaikum,

Masa mengandung dulu, bila dapat tahu mengandung anak perempuan, terus excited! Bukan sebab nak pakaikan anak dengan headbands lah, ikat rambut tinggi toncet lah, tidak.  Totin tak pernah pakaikan Aurora headbands dari baby, sampai ke besar Aurora memang tak suka accessories dekat kepala dia. Termasuklah ikat rambut. Jadi rambut dia memang serabut serabai macam mana pun, dia tidak akan ikat. Dah cuba buat beberapa kali sampai bergaduh-gaduh nak ikat rambut Aurora tau. Kena paksa baru dia nak.

Totin dari dulu nak pakai sedondon dengan anak. Nak buat anak macam geng-geng kita aje. Bila kita pakai sedondon ni, dalam masa sama anak akan rasa kita berada dalam dunia dia. Ini memang impiann dari mengandung lagi. Sebab tu dari baby lagi kalau Aurora baju warna pink, Totin pun nak baju pink, Aurora baju biru, Totin pakai biru. Senang cerita nak sedondon lah! Selain baju raya yang wajib sedondon setiap tahun, baju casual pun kena sedondon juga!

 

img_20161021_124906

Totin jatuh cinta dengan pakaian sedondon dari brand OmmaEsabel . Kalau dulu, nak cari pakaian sedondon punyalah susah. Nak kena pandai matchy-matchy kan sendiri. Kena pandai cari sendiri. Mommy yang ada anak mesti teringin nak sedondon macam Totin pakai ni kan? Omma Esabel dah siapkan koleksi untuk matchy anak beranak. Yang bestnya, OmmaEsabel ni bukan sahaja untuk anak perempuan, kebanyakkan koleksinya adalah unisex. Mommy yang ada anak lelaki pun boleh sedondon cenggini. Totin and Aurora pakai ni namanya koleksi Rambutan. Sebab ada rambu ramba bawah dia, nampak hipster bila pakai.

img_20161215_202054

Lagi satu yang bestnya, OmmaEsabel ni menggunakan t-shirt material. MEMANG TAK PANAS!! Tengok gambar ni, kami panas terik masa bercuti dekat Langkawi kelmarin, tetapi sikit pun tak ada peluh melekat-lekat di baju. Especially dekat Aurora tu. Biasalah budak tengah lasak lari kesana-kemari, bila berpeluh je mula lah rimas. Material ni memang tiptop, sikit pun dia tak mengeluh. Sangat selesa. Totin rasa nak beli semua design je!!

Koleksi dewasa yang Totin pakai pun loose, tak ketat, tak jarang. Untuk breastfeeding mommy, jangan risau, zip di bahagian depan memudahkan korang untuk breastfeed anak. Baju ni pun wudhuk friendly, tarik je lengan tu, it’s stretchable , tak payah susah-susah.

img_20161215_110846

 

 

Yang ni koleksi Cikedoot. Size yang available untuk kanak-kanak antara size 1 (untuk 1 tahun) hingga size 6 kalau tak salah. Sekarang ni OmmaEsabel tengah buat YEAR END SALE. Harga memang tengah murah. Cuba teka berapa? Agak-agak? Haaa kalau Totin bagitahu mesti tak percaya. Untuk dewasa cuma harga RM72 (harga asal RM76), dan kanak-kanak cuma dengan harga RM42 (harga asal RM46),.Total kalau beli sepasang cuma berharga RM114 sahaja. MasyaAllah murahnya!! Terus dapat pakai sedondon anak beranak!

Kalau tak percaya dengan apa Totin kata, korang boleh pergi dekat Butik Grandeur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Boleh rasa sendiri material dia. Boleh ajak anak sekali try pakai baju OmmaEsabel mesti dia suka! Harga dekat butik Grandeur pun sama tengah YEAR END SALE sama dengan HQ OmmaEsabel.

 

Instagram Grandeur : @Grandeur

Alamat: 32, Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Vendor: Omma Esabel (Instagram : @ommaesabel )

 

 

img_20161111_125318-01

Suka tak pakai sedondon macam ni?

Siapa tahu kat mana lagi ada jual pakaian sedondon anak-beranak ni lagi? Kalau tahu boleh lah share dekat sini ye! 🙂

One response so far

Dec 08 2016

Fanpekka AEON TEBRAU

Assalammualaikum,

Saya tiba-tiba rajin update. Biasalah setiap kali hujung tahun je jadi rajin update. Kenapa? Sebab hujung tahun adalah tahun untuk renew hosting and domain. Waktu ini baru tersedar kepentingan update blog. Kalau tak update, rugi je bayar blog setiap tahun. Syndrome rajin update ni datang hujung tahun-awal tahun je. Lepas tu hilang dah. Kahkah.

Kali ini nak update pasal FANPEKKA AEON TEBRAU. Siapa pernah pergi? Katanya Fanpekka ni adalah yang pertama di Malaysia dan dibawa khas dari Finland. Totin memang suka spend time dengan Aurora especially masa weekends. Yelah, waktu tu je yang kita ada masa dengan anak. Weekdays memang busy kerja. Balik pun dah lewat malam. Untuk parents, memang recommended sangat untuk bawa anak-anak pergi tempat ni. Banyak pekdahnya.

Bila orang tanya, FANPEKKA ni macam KIDZANIA eh? hemmm. Beza sebenarnya. Pertama beza harganya. Kah kah kah. Fanpekka ni murah je, cuma RM50 untuk kanak-kanak dan RM11 untuk dewasa. Untuk whole day, boleh keluar masuk. tempatnya besar juga, tapi tak sebesar KIDZANIA lah boleh pengsan kita kalau main kat Kidzania tu. Untuk kanak-kanak kecil macam Aurora ni lebih berbaloi pergi Fanpekka je instead of Kidzania. Dulu bawa Aurora ke Kidzania dia tak faham apa membazir je rasanya. Dekat sini, ada banyak aktiviti and for me it’s really good! Memang bagus untuk ajar anak lebih fokus dan untuk pembelajaran anak.

 

img_20161126_144536

Nampak tak dia punya playground area. Aurora tak berapa interested dengan aktiviti lasak panjat-panjat tu semua. Masa datang tu dia terus naik gelongsor and silapnya masatu Aurora pakai gown. So skirt dia buat kaki dia melecet dekat gelongsor. Terus dia tanak main situ dah. Sebab kita masuk pun kena bayar, dengan Totin sekali redah main gelongsor. Boleh tahan cerun slide dia. Kita pulak yang menjerit over. Maklumlah zaman kanak-kanak dulu takde tempat cenggini. kekeke.

img_20161126_144150

Bila kaki dah melecet, dia main bola-bola dekat bawah ni je. Pengajaran lepas ni kalau nak bawa anak main playground jangan lah pakaikan skirt cenggini. Kena cari seluar panjang yang tebal. Actually ni dah second time, dulu tangan aurora melecet bila main slide, kalini kaki pula. kulit dia memang lembut sikit, bergesel sikit dah melecet.

img_20161126_130006

Ala-ala Kidzania juga, sebelum masuk ada passport untuk diisi. Tapi fungsi passport ni macam tak macam kidzania yang boleh claim hadiah kalau tak salah. Stamp kat sini just untuk menunjukkan dah berapa kali kita datang Fanpekka ni.

img_20161126_133337

 

Aurora suka main dekat tempat acah-acah bekerjaya ni. Macam-macam zone pekerjaan ada dekat sini. Stall nye pun kecik-kecik je tak besar. Memang sesuai untuk age 3-8yo. Ngam ngam kedai ni tinggi Aurora, memang dia suka lah. Tak pasal-pasal kita kena acah-acah jadi customer dia.

img_20161126_133633

Nak beli ice cream pun kena beratur. Ramai betul staff kedai ni. -_-

img_20161126_132821-1

Makcik Florist ;p

img_20161126_133812

Si pembuat pizza.

Baru tau uniform penjual pizza memang macam lab coat eh?

img_20161126_153051

Salah satu cara nak suruh Aurora balik. Kalau tak jenuh nak memujuk dia suruh balik. Akhirnya umpan dia untuk main train dekat luar Fanpekka. (actually it’s still under Fanpekka but outsite the play area.) So boleh keluar dari kawasan tu. Senang sikit nak suruh dia balik. Happy semacam dapat naik train. Atok dia melayan, mommy tak kuasa. kekeke.

img_20161126_131849

Haa best kan? Untuk kita yang kepenatan menunggu, boleh try makan dekat restaurant dalam tu. So sambil anak main, kita makan lah apa lagi. Kekeke.. Western food, harga standard lah harga western juga. :p Tak sempat nak amik gambar time makan, dah kelaparan masatu.

 

Sekarang ni tengah cuti sekolah kan? Kalau datang Johor Bahru selain ke Legoland, Hello Kitty Town, Angry Bird park JBCC , boleh datang ke Fanpekka AEON tebrau ni ok?

 

 

2 responses so far

Nov 23 2015

Keluar magazine lagi.

Cakk! Jangan bosan baca caption atas ni ok? Kalau bosan dan rasa tak perlu nak baca, boleh click simbol X dekat bucu kanan tu ok? (kalau korang baca pakai desktop lah. Kalau guna mobile takde lah simbol X tu) Ingat tak photoshoot gigih bersama Aurora dalam entry sebelum ni? Haritu gatal-gatal beli majalah Keluarga edisi December 2015, eh eh dah keluar rupanya interview hari tu!

Cover magazine gambar Jimmy Shanley dan keluarga. Jangan salah beli tau nanti takde muka hakak pulakk!

Lepastu jangan lupa selak sehelai dua dah nampak muka adik beradik ketawa  riang ni. Haha adik beradik sangatttt.

Ni antara best shoot masa photography haritu. Dia punya gigih nak dapatkan mood happy Aurora ketawa riang tu bukan main seksa. Sampai 2 packet gula-gula habis buat umpan. Kalau zoom sikit gambar  ni, dekat tangan tu nampak tak tangan I tengah geletek Aurora bagi ketawa riang. Kalau tak buat gitu dia dah merapu muka selenge sana sini.

Segala apa yang Nisa interview, semua dia tulis. Terpikir hebat juga editor ni ek pandai buat ayat. Kalau suruh I tulis magazine memang bahasa rojak la jawapnya!

Aurora jangan cepat sangat besar!!!! Nanti mommy dah tak dapat nak enterprem masuk magazine dengan Aurora! ahahahaaa.

One response so far

Next »

| |