Archive for the 'ET Junior' Category

Oct 30 2013

Diaper bag pilihan hati

Dalam banyak-banyak barang baby, paling I excited adalah diaper bag. Bhuahaaha barang untuk baby tak excited pula. Diaper bag untuk mommy yang kita excited. Hik hik. Dari first trimester lagi dah usha diaper bag. Ada banyak diaper bag dekat pasaran. Antara yang berkenan di hati,

STORSAK ISABELLA Sand

Dalam banyak-banyak diaper bag, rasanya yang ini paling menarik. Nampak macam handbag biasa dari luaran tapi dalamnya cukup compartment untuk baby. Lama kita belek-belek diaper bag ni tapi husband macam tak menunjukkan reaction memberangsangkan. Pertama kerana harganya, RM674 retail price. Harga discount pon dapat RM572. Tu dia harga dah macam beli handbag GUESS.

STORSAK Nina Print Tan RM390

Diaper bag jenama STORSAK ni terkenal dikalangan artis-artis europe. Ala-ala Angelina Jolie lah kononnya. Yang ini, husband berkenan juga. Katanya sebab size yang besar. Dah alang-alang nak cari diaper bag biar cari yang besar, senang nak sumbat semua barang dalam tu.

Tengok compartment dalam tu, macam macam boleh sumbat. Harga a bit relevan RM459 retail price tapi kita dapat harga discount RM390. Niat hati nak beli tapi hold dulu. Survey lagi selagi boleh. Mana tahu jumpa yang lebih menawan kalbu?

Babymoov diaper bag

Yang ini kita suka juga sebab ada pink sikit-sikit. Hikhik tapi tahu dah husband aku awal-awal tak berminat. Sebab dia kata diaper bag actually not for mommy, at last nanti dia yang kena bawa kan? So dia akan rasa malu nak bawa bag yang kekanak cenggini.

Mes enfants Diaper Bag

Setelah survey kesemuanya, dari segi compartment, harga dan kualiti. Kami sepakat nak beli brand Mes Enfants sahaja. Tak payah nak Angelina Jolie sangat lah. Mes Enfants pon menarik designnya. Ada macam-macam sampai rambang mata!

Of course lah yang ini pilihan hati. Pink pink bunga bunga didatangkan dengan 1 set tote bag, 1 bag kecik, ada tempat isi botol susu dan alas ganti lampin tu. Comel sangat. Tapi biasalah, husband aku dah berkerut je tengok pilihan hatiku. Mungkin padanya aku ni bad taste? Padahal dia yang tak de taste kan kan kan? bhuaha

Dua design ini yang husband berkenan. Pertama sebab size yang besar dan warna yang kelihatan matured. Dia nak tolong bawakan diaper bag pon tak rasa segan silu. Harga pula memang murah lagi-lagi beli time tengah expo baby hari itu. So antara dua ni, bagi sebulat-bulatnya pilihan untuk Emmet. Suka hati dia lah nak beli mana. I rasa both okey je.

So kami sepakat membeli ini.

Inilah pilihan saya dan Emmet. Puas hati akhirnya dapat juga beli diaper bag dengan harga yang murah terjangkau. Bag ni pun besar, senang nak sumbat macam-macam.

Untuk persediaan bersalin, I tak bawa banyak pun ke hospital. Biasanya dekat hospital dah sediakan semua. Lagi-lagi private hospital. Apa ada dalam bag ni?

  • 2 helai kain lampin
  • 3 keping pampers newborn
  • 2 pasang baju newborn
  • 1 paket baby wipes (tisu basah)
  • sepasang stokin dan sarung tangan baby
  • 1 barut baby
  • 1 kain bedung baby
  • 1 botol minyak telon

Barang lain:

  • 1 kain batik
  • sehelai t-shirt
  • maternity pad
  • disposable underwear (beli size L yang longgar supaya tempat luka tak sakit)
  • Buku Merah Ibu – Haa jangan lupa pula benda penting ni
  • Sijil Nikah – kena tunjuk waktu nak keluar hospital
  • Bantal kecik. Yang bantal tu saja saja je ngengada nak bawa. Baby bukan boleh pakai bantal pon sebenarnya. Saja nak nunjuk yang bag aku tu besar boleh sumbat banyak-banyak. Bhuahaha.
  • Untuk yang berminat nak beli diaper bag glamour-glamour ala-ala Angelina Jolie, boleh survey online dekat sini,

    BEBE TOTZ

    Bukan sahaja diaper bag, dekat Bebe Totz ada pelbagai barangan baby yang kebanyakkannya branded items. Confirm rambang mata! Yang tak ada baby pun boleh tiba-tiba rasa nak ada baby. Wah gitu sekali.

    No responses yet

    Oct 09 2013

    Aurora’s first footprint!

    Published by under ET Junior

    Masa preggy lagi, Emmet dah cakap, nak buat footprint/fingerprint masa baby baru-baru dilahirkan. Bila Aurora dah besar boleh jadi sentimental value sikit mengenang zaman-zaman baby dia. Fingerprint/ footprint untuk baby ada macam-macam. Ada yang jenis tanah liat, ada yang jenis cop.A da yang combine footprint + fingerprint. Ada yang siap dengan photo frame dan macam-macam lagi. Harga pun bukan main juga lah -_-

    Mula-mula berkenan sangat nak beli yang ini. Tapi Emmet tak berkenan bila tengok harganya. Tak berbaloi harga beratus-ratus cuma dengan frame cenggini. Katanya boleh beli frame murah-murah dekat luar, lepastu beli cop dan kita cop kaki tangan dia sendiri. Betul juga kan?

    Yang ni pun menarik. Tapi I tak berkenan frame yang letak-letak meja ni. Sebab I bukan jenis cermat, takot takot tersenggol lalu pecah. Maka hilanglah sentimental value Aurora begitu sahaja.

    Aurora first foot print on her day 7 of life.

    Dah beli footprint ni masa mengandung lagi. Survey survey dan belek-belek, sepakat nak beli footprint sahaja. Kalau fingerprint macam susah pula sebab baby akan ada reflex yang dia menggenggam jari jemari, agak susah nak buat fingerprint baby.

    Yang ni beli dekat ToysRus. Harga RM34.95 nasib ada tanda harga lagi kalau tak memang tak ingat harga pon. Kira survey-survey ni yang paling murah dan memuaskan hati. Sengaja buat footprint hari ke 7, sebab awal-awal macam lembek sangat kesihan pula dia.

    Okey, nak share itu je.

    Thanks for reading!

    No responses yet

    Oct 07 2013

    Hello, nak tahu nama saya tak?

    Assalammualaikum,

    Harini genap ET junior 1 week of life. Jadi hari ini baru nak pergi daftar nama. Secara rasminya, nama ET junior ialah Aurora In’aqsa Binti Amir Ihsan. Semoga nama ini membentuknya menjadi insan yang mulia di sisi Allah.

    Dari pertengahan trimester kedua dah panggil perut dengan panggilan Aurora. Masing-masing suka nama Aurora tu. Sampaikan kalau keluar anak lelaki pun nak panggil Aurora juga. Aurora berasal dari italic-latin yang memberi makna ‘Fajar’ / cahaya. Makna lebih kurang macam Nur (cahaya) tapi kita tukar pakai nama Aurora pulak.

    In’aqsa tu susah nak dapat. I memang nak initial A.I sama macam daddy dia (Amir Ihsan). Jadi gigih mencari nama initial I yang sedap dan ada makna. Jadi belek punya belek, fikir punya fikir, terjumpalah In’aqsa. ‘In’ dalam english kan maksudnya ‘dalam’. Aqsa tu masjid Al-Aqsa tu ha, tempat suci ketiga untuk umat islam.

    Jadi secara keseluruhannya, makna Aurora In’aqsa adalah ibarat cahaya suci dalam Islam. Dah besar nanti jadi seorang yang tetap bercahaya di sisi Islam ok? Nak panggil dia Aurora boleh, Rora boleh.. nampak ganas sikit panggil je dia Rawrrrrrrrrr. hikhikkkk. ;p

    2 responses so far

    « Prev

    | |