Jun 25 2010

Cara memutihkan ketiak yang hitam!

Published by under How to look beauty?

Wah sekarang, ramai betul yang tanya I cara memutihkan ketiak yang telah hitam. Mari I bagi tips yang I pernah buat, dan ternyata memang berkesan! Tips macam konyol tapi cubalah! Kalau ketiak dah putih jangan lupa belanja I air putih. Hek ele.

TIPS NO 1
Coletkan sedikit ubat gigi pada hujung jari dan kesat di bahagian lipatan/ ketiak yang gelap. Bersihkan dengan air hangat.

AMARAN: Jangaan teruskan tips ini kalau tiba-tiba kulit merah-merah. Itu maksudnya kulit anda oversensitif. Tak boleh pakai tips ini. Kita ganti tips lain.

TIPS NO 2Perah air limau dan timun. Gosok dekat kulit dan biarkan beberapa minit.

ALASAN? Kandungan air limau dan timun ni ada antioksidan yang dapat mencerahkan sel melanin pada kulit. Actually bukan dekat kulit ketiak sahaja, dekat seluruh badan pon boleh! Siapa nak putih, boleh mandi air limau dan timun.

TIPS NO 3
Tau tawas tak? Alah batu tawas itu!! Okay cairan product tawas ini digosok dekat ketiak kita time mandi.

ALASAN? Sebenarnya tawas ini untuk menghilangkan bau badan dan mengurangkan peluh di badan. Dengan peluh yang kurang sekaligus dapat mengurangkan risiko ketiak hitam dan bau bacin!

TIPS NO 4
Rajin-rajin lah lulur badan / pakai scrub setiap kali mandi.

ALASAN? kesan hitam di ketiak adalah daki-daki yang melekat-lekat. Daki itu tak akan hilang kalau hanya dengan sabun biasa. Scrub dengan menggosok di celah celah sulit dapat memutihkan bahagian tersebut! Yang ni hari-hari memang I amalkan.

Ketiak saya kiyut. Wtf.

Kalau tak sabar nak ketiak putih dengan segera, mana lah tahu esok nak interview jadi stewardess ke (eh nak jadi stewardess kena check ketiak ke?) boleh datang bertemu dengan doktor pakar kulit (dermatologist) untuk dapatkan krim pemutih kulit. Kalau nak free boleh datang klinik I 10tahun akan datang. Eceh. Tak habis-habis nak berangan.

43 responses so far

| |