Nov 20 2011

Bestball.

Aktiviti riadah kali ini adalah bermain baseball. Derang semua ajak main ini, alamak benda alah apa itu? I tak pernah tahu permainan ini, tapi pernah teringat dulu kecik-kecik tengok cerita Doraemon. Nobita selalu kalah main baseball dan kena pukul dengan Giant oleh kayu baseballnya. Lepas itu Nobita pun menangis. Eh eh ini kenapa tiba-tiba cerita Nobita pula ini?

Sungguh-sungguh nak pukul bola yang dikeluarkan dari mesin mengikut kelajuan yang kita minta. Kalau rasa hebat, kita pilih speed bola yang paling laju. Bola datang, cepat-cepat pukul bola itu. Susah dooooo.

Tak ada bakat =(

Oh anyway, I only had 1% sports genes in my body. Don’t blame me. Blame my genes lah.

Tu dia team baseball kami. Cheh. Team posing je lebih.

Muka nak bagi penumbuk.

Tadaa, bahagianya kami dapat main baseball walaupun tak score langsung. Tak apa, pengalaman itu penting. Korang ajak I main bola yang pelik-pelik I mana lah reti. Esok lusa kita lawan futsal, nanti wa gelecek bola mesti engkorang tercengang.

BBF= Best Biras Forever.

Interested? Boleh datang ke rooftop One Utama!!

4 responses so far

| |