Jan 29 2012

Best Butter Prawn

Hari hari setelah pulang bekerja, benda pertama akan bermain difikiran adalah, Saya lapar. Saya nak makan makanan yang paling sedap sekali di dunia. Tamak. Yes memang tamak.

Tapi tak apa, dia macam reward untuk diri sendiri. Iyalah seharian kita bekerja, nak lunch pun takut takut, selalu tak dapat lunch. Serious terseksa kerja cengini. Tak boleh keluar dari labour room selagi tak habis waktu bekerja. Which is from 6.30am till 5pm. Kalau pm shift? From 6.30am till 11pm. Berlapar lah dikau. Setakat cokelat dan gula-gula bekalan di kocek white coat mana cukup? Kalau boleh nak bawa nasi lemak atau mi siam masukkan dalam lab coat.

Oleh kerana itu, nafsu harakah godaan shaiton menjelma setiap kali pulang bekerja

Dan ini adalah butter prawn paling sedap. Mengiurkan.

Sambil diiringi dengan musik dan bersembahan nyanyi kumpulan tanpa diundang. Tak apalah. Background music terus rasa tenggelam bila makan butter prawn yang sedap gila itu.

Awesome kan tempat ini. Terasa bebanan kerja hilang sekelip mata masa makan. Masa makan aja lah. Lepas makan bebanan berat badan pula tiba.

Tak ada special dinner bersempena apa-apa pun. Datang sini semata-mata nak makan malam, pusing punya pusing aleh aleh makan dekat sini.

Eh iya-iya je promote butter prawn tapi tak bagitahu makan dekat mana. Boleh bawa sanak saudara sahabat handai makan dekat Bora Asmara, Kampung Penchala. Ingat, jangan lupa order butter prawn!

6 responses so far

| |