Oct 01 2012

Baby Eka!

Published by at 12:08 PM under Celebrity Oops!,Well-meaning friends.

Tahniah tahniah tahniah. Norajoey dah selamat melahirkan baby nya. Eka Bin Hafeez. Teliti betul-betul nama dia. Eka BIN Hafeez ye bukan Binti. Sehari sebelum jumpa Eka, I siap gaduh-gaduh masa nak beli hamper baby Eka, “Auntie, I nak warna pink! Baby girl la auntie, takkan tak ada pink color!” Punyalah confident cakap baby girl, tak perasan nama dia pun.

Nasib baik auntie tu tak ada stok warna pink. Eka masih dapat mengekalkan maskulin nya lagi.

Kalau dulu, bila jumpa new born baby je I takut-takut nak dekat. Mesti tengok baby satu depa jauhnya. Nak cium? memang tak. Nak pegang memang haram sekali. Tapi sejak masuk paediatric department, nampak baby je rasa nak examine head to toe. Bhuahaha. Masa examine Eka, baru perasan Eka ada ‘bebird’. Astagfirullah kau lelaki rupanya. Nasib baik akak check tau! Kalau tak sampai bila-bila tak tahu.

Akak tu. Panggil kita akak tau Eka.

Hafeez ini adalah guitarist New Boyz, kump Monoloque, keybordist Kristal eh banyak lagi lah semua dia bolot. Jadi rambut rockstar dia itu tak bermakna dia gengster berhati keras. Luaran tidak menunjukkan apa-apa. Nampak je keras tapi bila bini nak bersalin pun terketar ketar potong tali pusat. Kelakar bila dengar dia bercerita melihat Eka dipersalinkan. Eh betul ke ayat ni?

Yun, apa kau cuba lakukan?

Hampir bertahun juga tak jumpa Nora. Masa Nora kahwin pun tak dapat pergi, di Sabah jauhnya. Kalini jumpa Nora lebih berisi dan I rasa nora lebih cantik berisi daripada kurus. Wah untung nya dia tak perlu diet. Makin berisi makin cantik pula. Jadi kesimpulannya, sila mengandung beranak mengandung beranak banyak-banyak kali!

2 responses so far

2 Responses to “Baby Eka!”

  1. niejaon 01 Oct 2012 at 7:59 PM

    tak tengok EKA lagiiii!!!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Comeeelsss!! Gerammmm

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |