Apr 26 2010

Apabila pergi shopping

dan berniat untuk tawar menawar di pasar. Oh pasar borong maksudnya. Sebagai contoh bila bercuti ke Indonesia,  untuk berbelanja kebaya. Menawarlah dengan sewajarnya. Mari I bagi clue menawar.

Tips pertama Jangan pakai baju cantik-cantik. Make-up cantik-cantik. Sekaligus mencerminkan anda seorang yang ber $$. Seorang foreigner. Pakai se-sempoi mungkin. Pakai kain batik sarung lagi bagus. Nampak jawa sikit -_-

Kedua, tawar harga kurang daripada separuh harga yang dijual. Sebagai contoh.. Kalau dia jual harga rp100k, you all tawar rp30k. Ha Ha Ha tak terfikir kan nak menawar serendah itu. Tapi itulah harga yang sebenarnya. Kena tipu saja anda. Apa kelas menawar sekadar beza┬ásikit sikit? Kalau tak berjaya menawar, pura-pura merajuk “TAK JADI LAH BELI. MAHAL SANGAT!” Nanti dia panggil balik. Mesti punya. Kalau dia tak panggil balik, kita patah la balik. Ha Ha Ha.

Ketiga, JANGAN cakap melayu. Jadi tips ketiga, kalau datang Jogja, roger I. Nanti I jadi jurucakap. Biar I yang menawar versi jawa. Tapi dengan syarat, jangan cakap melayu dengan I masa tu. Hah nanti kantoi lah. Kita pakai bahasa isyarat sahaja lah!

Macam tadi, I temankan kawan I, Syazwan Zanini datang dari Malaysia. So I have to accompany him for shopping lah. Merata betul belanja barang dia. Macam macam skill tawar menawar I buat. Tapi kesian betul bila shopping dengan I, sebab I kalau shopping laju gila, zap zap zap aleh-aleh tengok dia dah hilang kebelakang. Hikhikhik.

Okeh Wan, jangan serik datang Jogja! And thanks for the gift! <3 Kalau I pergi France, I bawa you pula jadi translator. Eh eh bila masa la agaknya I boleh sampai France tu. Haih.

10 responses so far

| |