Dec 29 2010

Amboi kau ingat kau diva?

Published by under I'm just rambling.

Sebab photographers ajak shoot hari Khamis, I sengaja demand sikit. “Maaf saya sibuk. Hari Jumaat boleh?” Suka hati kau sahaja kan?

Kali ini bertempat di Taman Tasik Perdana Lake Gardens. Memang kebetulan ada dekat KL jadi bila dipanggil shoot, okay orait sahaja lah. Jangan lepaskan peluang.

166344_483768528093_617323093_5685790_4530528_n

Abang Paan memang sifu menembak model. Gedik tak saya nak panggil Abang juga sebab perasan muda sangat macam model-model yang lain. Ha. Ha.

Photography by Andika Farhan Ratna Jamil

167212_1633002638310_1633995528_1464161_4289717_n_副本

Tema kami ini adalah ceria sesuai dengan warna baju yang ceria. Baju beli dekat Forever 21 after 70% discount bersempena Year End Sale. Ok bye.

Photography by Cao Canaboid

163012_1813227134312_1349062883_2095669_8354196_n

Tak tahu lah ini candid atau bukan. Tapi rambut macam dah messy kena hujan. Kenapa lah jodoh sangat setiap kali outdoor photoshoot mesti hujan atau mendung. Tak pernah dapat lighting cahaya mentari.

Photography by Ahymezan Ramli

162787_177717028916079_100000333500703_498198_3996446_n

Hai, akulah DIVA. HAHAHAHA

*nampak sangat dah tak tahu nak tulis caption apa*

Photography by Syazwan Hilmi

Beza photoshoot dekat Malaysia and Indonesia ni, photographer Malaysia ni sangat excited mengedit gambar dan dengan murah hati untuk upload gambar editan mereka dengan segera. Kalau shoot dekat Indonesia, amboi amboi dekat sebulan pon belum tentu dapat. Kadang-kadang memang tak dapat pon, aleh-aleh kita google-google, buka devianart, eh macam gambar aku je?

Tapi sebab payment lebih jadi kita tak boleh complaint lebih-lebih.

21 responses so far

| |