Aug 11 2010

Hidung awak sama macam boneka boneka di pasaran.

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

dsc0571blog

Not my daughter, but my cute little sister, Faza.

KAK E RINDU. -_-


8 responses so far

Aug 09 2010

Pink is all about me.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Masa dulu I buta warna. I can’t see any other color besides PINK. Eceh sebenarnya sekarang pun. Tapi sekarang sudah menjalankan beberapa treatment sehingga tidak kritikal macam dulu lagi.

Back to year 2004,

ALL-in-PINK_¸±±¾

Wah masa dulu bilik kemas lagi. Maklum lah baru-baru pindah.

Tapi bilik I sekarang, MasyaAllah buku-buku macam lahanat punya banyak -_-

dalam-lemari_¸±±¾

Masa dulu masih berani nak buka almari baju dan pamerkan kepada tetamu.

Bangga weh bangga ambil gambar lepastu tunjuk dekat mak bapak dekat Malaysia sambil tulis caption

“Mak, Ayah, saya dah pandai lipat baju! o_O “

Kitchen-stuff_¸±±¾

Barang barang masakan pun kena lah warna pink.

Beli rice cooker bukan sebab saya rajin masak nasi.

But it’s because of PINK!

Padahal masak nasi pon benyek-benyek lepas itu mengamuk salahkan rice cooker pulak.

My-stationary_¸±±¾

Stationary wajib lah warna pink!

Sesuatu-tu-xmustahil-kalau-kite-usaha-yah-i-found-this-1_¸±±¾

Extension plug ni I sayang sebab cute.

Tak penah penah ada orang yang sayang extension plug.

Susah-btul-nak-cari-fan-pink-tuhh_¸±±¾

Peh itu kipas kesayangan.

Have you noticed that the world of me is full of pink stuff?

Ok belum habis lagi

luar-dan-dalam-kenela-PINK-p_¸

Bahagian dalam pun warna pink juga.

Sekian sahaja dunia pink saya.


30 responses so far

Aug 08 2010

Cara mendapatkan kulit wajah yang mulus!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Lagi-lagi tips kecantikan. Lagi-lagi tips kecantikan. Tak ada benda lain ke nak cakap? Memang tak ada. Sorry for all the cowok-cowok out there, belum sempat menulis tips untuk anda. Nanti I fikirkan tips sesuai buat cowok pula. Any suggestions?

Kali ini I nak bagitahu rahsia mendapatkan kulit wajah yang halus tegang dan mulus bak si seksi Beyonce. Orang sekarang sibuk nak minum collagen, makan pil pil mencantikkan dan mengurangkan kerut muka, I pun tak faham kenapa orang sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit membeli product pil kecantikan padahal akhirnya nanti kita akan terkulai di hospital kerana menanggung sakit kerosakan ginjal! Jangan! Kasihan ginjal anda. Selagi kita boleh elakkan dari memakan pil pil macam itu, kita elakkan. Gunakan ubat-ubat topikal (luaran) sahaja pun tetap boleh cantik.

Ramai yang tak tahu tentang khasiat Probio-C. Sejenis Collagen Vitamin C serum yang dipakai setiap kali selepas mencuci muka, setiap kali kulit muka masih perawan. (Belum makeup belum sapu cream belum sapu apa-apa lagi). Product ini boleh didapatkan di farmasi berdekatan. Kalau tak ada boleh order dengan I sebelum Oktober 2010. Harga murah, guarantee punya :)

Sebenarnya Collagen itu apa sih?

Eh tercakap sleng Indonesia pula. Orang selalu sebut collagen-collagen. Poyo je cakap nak makan ubat untuk collagen but hek eleh bukan nya tau pun apa itu collagen. Lepas ini jangan poyo-poyo lagi sebab I dah jelaskan. Collagen itu adalah salah satu kandungan pada lapisan utama kulit (dermis) yang memainkan peranan penting untuk elasticity and skin smoothness. Jadi, semakin bertambahnya usia kita, semakin berkurangnya collagen pada kulit. Maknanya!!! Kulit kita menjadi kerepot kerepot -_- Tidakkk, ku tidak secantik dahuluuuu. Eh eh terlebih emosi pula.


Bukan gambar milik saya.

Kegunaan Probio-C

  • Menghaluskan kulit
  • Mengurangkan kerutan dan garis garis halus pada muka
  • Menjadikan kulit kenyal dan tegang
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah dari sinar UV

Research menyatakan dengan penggunaan Probio-C dalam jangka panjang sehingga 6 bulan ke atas akan menyebabkan kita lebih muda 4-6 tahun dari usia sebenarnya.

Cuba teka umur I berapa?!


44 responses so far

Aug 06 2010

Bumbu Desa, jalan-jalan cari makan.

Yogyakarta dipenuhi dengan makanan-makanan yang sedap-sedap belaka. Daripada makanan jawa kepada makanan western, semua ada. Ni apasal tiba-tiba promote Yogyakarta? Eh, I bukannya curang dengan tanah air sendiri. I adalah seorang yang kuat makan. Very very the pelahap lah. Lagi-lagi bila ada tourist atau keluarga datang Jogja, I akan bawa mereka ke tempat makanan yang paling sedap.

Kalau datang Yogyakarta, jangan lupa singgah makan di Bumbu Desa. Ada lah dalam 10 minit dari rumah I. Bukan sahaja makanan-makanan sunda yang dihidangkan, layanan pun pakai bahasa Sunda. Sampaikan I terkeliru, macam pelik je bahasa mereka. Ingatkan dia cakap Matur Nuwun, rupa-rupanya bukan. -_-

DSC04815_¸±±¾

Yang specialnya, kita pilih sendiri nak makan apa, masakan apa. Masuk dapur sendiri. Nak masak sendiri pun boleh. Eh kalau nak masak sendiri baik masak dekat rumah je.

DSC04816_¸±±¾

Berderet betul sampai pening pening lalat nak memilih sajian.

DSC04818_¸±±¾

Ololo comelnya nama makanan ni. Macam bunyi mainan keretapi anak-anak. Tutut! Tutut! Tututt!

DSC04825_¸±±¾

Nama sahaja konon-konon desa. Tapi tak nampak desa langsung -_-

DSC04817_¸±±¾ blog

I nak bergambar sorang-sorang tapi Mr. Handsome sibuk nak enterprem. Tak apa. Nasib baik handsome.

DSC04831_¸±±¾blog

Yang kiri ini cik Ati, ex-Maid masa dulu dekat Malaysia. Bertemu kita kembali di Jogya!

DSC04832_¸±±¾

Eh, kesat air liur yang menjejeh-jejeh tu.

RESTAURANT BUMBU DESA

Jl. Kartini No.8 , Sagan

Telp : +62274515701


22 responses so far

Aug 05 2010

Macam macam cara menghadapi pembedahan.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Bila sebut sahaja kena bedah, mesti dah takut berdebar-debar menggigil-gigil. Kadang-kadang pelik juga tak tahu kenapa takut setengah mati. Padahal sewaktu dibedah bukannya kita sedar pun.

I jumpa kertas doa ini di dalam genggaman patient I sebelum operation Benign Prostate Hiperplasia. Curious betul, kertas apakah yang dia genggam erat sampailah ke operation theater. Bila dia dah tak sedar kerana effect ubat bius, I rembat kertas ini dan ambil gambar. :)


Hehe. Haruslah ada muka nak enterprem.

Posted with WordPress for BlackBerry.


8 responses so far

Aug 04 2010

TV untuk dijual!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

7 MINGGU LAGI

Paling tidak suka mengemas buku. Buku ini bukan sahaja menyemakkan bilik tetapi menyemakkan kepala hotak sebab tak tahu macam mana nak bawa pulang ke Malaysia. Terasa seperti mahu sewa satu kapal terbang.

DSC04800_¸±±¾

Kalau adik-adik berani ambil medic, mesti dah berani bersiap sedia mengangkut buku setebal ini ke hulu ke hilir. Stamina kena kuat. Tak boleh lembek-lembek.

DSC04801_¸±±¾

Bila nak buang, sayang. Bila nak buang, sayang. Akhirnya jadi pekasam.

DSC04803_¸±±¾

Packing dalam kotak. Siap-siap dibawa masuk kapal.

Ini baru buku-buku, belum masuk make up stuff yang penuh satu meja, baju-baju yang macam nak meletop dah almari, kasut-kasut yang I rasa macam nak buang je semua. Eh, sedang kemas mengemas terjumpa ijazah lalu.

DSC04802_¸±±¾ copy

Nampak sangat, ijazah pon letak sepah-sepah. Kih kih kih!

IMG01129-20100724-1222_¸±±¾

Bukanlah papa kedana sampai nak menjual TV. Tapi dah tak ada idea apa patut dibuat dengan harta harta ini.

Untuk adik-adik junior yang sudi membeli, harga boleh runding sendiri.



16 responses so far

Aug 02 2010

Kenapa bayi suka menetek sebelah kiri?

Pernah tak terfikir kenapa tetek eh tak sopan, maksud I kenapa payudara sebelah kiri kita cenderung lebih besar daripada sebelah kanan? Kenapa bayi lebih suka menghisap susu kita pada bahagian kiri? Kenapa? Biasanya ibu menggendong bayi mesti menghalakan payudara sebelah kiri untuk di-nyonyot. Kenapa tidak sebelah kanan? Kanan tak ada susu ke?

Kalau google gambar-gambar mesti cenderung posisi menetek cenggini. Sebenarnya, kalau kita jadi bayi, eh kita semua mesti pernah jadi bayi. Tipu lah tak pernah. Semua bayi suka menetek sebelah kiri kerana di sebelah kiri kita ada mp3.

Irama mp3 denyut jantung kita membuatkan bayi lebih tertarik menetek di bahagian kiri berbanding bahagian kanan.

So, alasan tetek eh tak sopan lagi, alasan payudara sebelah kanan tak ada susu lah sebab bayi tak nak hisap itu tidak benar. Bayi nak menetek pon nak dengar muzik juga!

Logik tak?


16 responses so far

Jul 30 2010

Saya mahu badan berketul-ketul!

Ini adalah kisah besar. Seorang yang I kenal sangat gemuk, jalan macam bola bergulik-gulik dari jauh, sekarang tidak lagi. Seorang yang dulu mengeluh sakit kaki kerana ada masalah gout oleh kerana badannya yang overweight, sekarang tidak lagi. Sekarang dia berbadan tegap dan berketul-ketul , gagah perkasa, menjadi pujaan ramai gadis di luar sana.

Totin, my legs pain teribbly. Legs feel very heavy bla bla bla. Boleh dikatakan dia adalah patient informal I dari dulu. Sehinggakan sekarang dia sudah berjaya menjadi jurucakap kesihatan bina badan. Eceh suka-suka aku je bagi title.

Anda boleh jadi macam ini hanya dengan usaha, gigih, tidak putus asa…

dan mendengar nasihat dr Totin Jamain. wtf?

Eh apasal I tiba-tiba buat kempen kurus lah kempen bina badan lah hape ini. Sebenarnya point utamanya adalah I nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang ketul-ketul ini kerana memberi I peluang untuk sepatah dua kata di website mysixpackstory beliau. -_-

blog2
source: http://mysixpackstory.mohdbazli.com/

Tips badan berketul-ketul boleh lihat di website beliau.


7 responses so far

Jul 28 2010

Tips menghilangkan JERAGAT

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Hoa, ramainya menantikan tips menghilangkan jeragat. Makcik-makcik nenek-nenek semua pm I minta tips. Sebenarnya I terpaksa berfikir berkali-kali mengeluarkan tips ini sebab I takut anda semua salah pakai ubat yang diberi.


Jeragat yang penuh di muka. Biasanya pada orang dewasa berumur 45tahun ke atas


Bekas-bekas hitam dimuka itu namanya jeragat juga.

Ini adalah ubat utama yang diberikan kepada patient setiap kali ada keluhan kulit berjeragat…,

Nama pun skin bleaching cream. Jadi dia akan bleach kan kulit anda yang berjeragat itu. Dipakai sehari sekali sahaja sebelum tidur. Ok? Ingat pesan I. Jangan berangan nak pakai banyak banyak sehari 5 kali dengan harapan, esok bangun pagi, kulit dah licin berkilat. NO WAY. Silap-silap esok pagi kulit dah tak rupa kulit.

Bila malam hari dah pakai melanox, siang hari pakai sunblock ini pula. Atau apa-apa sunblock yang bersesuaian dengan kulit anda. Kan I dah pesan sebelumnya, sinaran cahaya matahari akan menyebabkan kulit kusam dan berjeragat. Jadi prevention itu penting! Apa guna, malam-malam kita ubati, tapi siang hari berjeragat kembali?

Biasanya kulit anda akan nampak perubahan dalam 6 hingga 8 minggu. Tapi tetap memakai krim sehingga 6 bulan. Kalau sudah complete hilang jeragat tersebut, STOP. Ingat, jangan ngade-ngade nak berangan kulit putih konon-konon mix mat saleh. Kalau tiba-tiba kulit keluar warna baru, I tak jamin!

Melanox mengandungi Hydroquinon 2%. Kalau dekat farmasi tak ada jual product nama Melanox, cuba tanya,

“Akak ada jual ubat krim Hydroquinon 2% tak?”

“Takde. Hydroquinon 5% ada lah”

“Tak nak, saya nak 2% juga!”

Eh tiba-tiba keluar dialoq pula. Dengar cakap I, kalau I kata 2% beli yang 2% sahaja. Jangan mandai-mandai nak pakai 5%. Nanti kalau muka berubah jadi transformers jangan nak komplen-komplen dekat sini. I tak ajar!

WARNING!!!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang dah terkena sunburn, kering, pecah2, atau ada  luka dekat bahagian yang nak disapu. Jangan dulu!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang memiliki masalah alergi.

Sebaiknya jangan pakai kalau tengah pregnant. Tak tahu effect dia macam mana.

Tidak boleh digunakan pada mata, bibir atau dalam lubang hidung kalau buang tebiat.

Ingat, hanya pakai di kawasan muka yang berjeragat SAHAJA!

Akibat penggunaan yang tidak mengikut arahan:

  • Dalam jangka waktu yang lama, muka akan keluar pigment baru, menjadi uneven skin color. warna kulit tidak rata. (Hiperpigmentation)
  • Kulit kering, pecah-pecah, warna merah seperti terbakar dan terasa panas.
  • Gatal-gatal
  • Bengkak

Ubat pilihan ke 2

Rifaquin mengandungi Hydroquinone 4%. Tak apa, walaupun % dia tinggi sikit, tapi dia dicampur dengan tertinoin o.o5% dan fluocinolone acetonide o.o1%. Pakai dalam 2minggu sahaja untuk sementara waktu. Lihat effect dia. Kalau dah membaik. STOP!

Ubat pilihan ke 3

Yang ini, I google dan cuba cari nama generic untuk ubat skin bleaching di Malaysia. Jadi I rasa ubat ini mesti ada di Malaysia. Catat nama dia cepat! Tak ada keluhan susah didapatkan lagi. Cara pakai dan syarat-syarat tetap sama!

Jangan takut pakai ubat-ubat ini. Selagi kita pakai dengan dosis yang rendah dan tepat, tak akan jadi apa-apa. Kalau pun terjadi, itu cuma sementara and akan kembali normal bila kita stop pakai.

Pssss. Disebabkan ubat ini adalah sejenis ubat kortikosteroid (mempunyai side effect) , I tak berapa pasti ubat ini terlepas dijual di farmasi atau tidak. Kadang-kadang cuma doktor sahaja yang dibenarkan menjualnya. Dekat sini boleh lagi dapatkan Melanox di Farmasi. Dekat Malaysia I tak pasti.

Untuk kosmetik yang menjadi penyebab jeragat adalah……. Semua jenis kosmetik!….. kecuali… product CLINIQUE.

Hah semua dah terketar-ketar nak beli barang Clinique beratus-ratus habis gaji kerja setiap bulan. Tak apa, jangan risau. Kan I pesan, sebelum kita pakai make-up, kita lapisi kulit kita dengan sun-block, vitamin C, serum collagen.. barulah kita tempek make-up kita yang biasa-biasa itu. Ingat, kulit muka kita akan jadi disaster 10tahun akan datang kalau kita abaikan step step cenggini.

Selamat menjadi cantik!

I tak minta apa-apa, jangan lupa doakan I cepat dapat jodoh. Ewah tiba-tiba je.


24 responses so far

Jul 27 2010

Darah memancut-mancut nampak cool!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Warning: Tulisan ini tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang mati. Eh kenapa macam dalam episod kisah benar Tv3 setiap Ahad, 9.30malam? Sebenarnya, tujuan penulisan ini untuk menunjukkan kepada adik-adik betapa kerja doktor itu tidak mudah seperti yang dibayangkan. Tidak seronok seperti yang digambar. -_- Jangan ada yang salah faham dan mengambil dari sudut pandangan yang negatif pula.

Stop pasal penjagaan kulit. Bosan kan? I tak jaga klinik kulit lagi tapi kalau nak tanya soalan tentang kulit masih sangat dialu-alukan. Pintu Formspring terbuka begitu sahaja. Tak kunci pun, masuk jelah. Buat macam rumah sendiri.

Hah merepek lagi. Cuba serious sedikit? Hari ini I nak membawa you all semua masuk membedah. Tapi kena make sure, semua dah makan? Badan dah fit? Jangan lemah lemah semangat. Kalau rasa tak kuat boleh shut down komputer. Baring atas katil dan istirehat. Haha.

Okay, untuk siapa yang perasan diri dah sihat sangat tu, let’s go!

..

.

Siap-siap untuk membedah seorang patient yang mengeluh tangan memancut-mancut keluar nanah setelah 6bulan kemalangan jalanraya. 6 bulan lalu, patient patah tangan dan melakukan operation dengan masukkan besi dalam tangan. Tapi sekarang kenapa keluar nanah? Kenapa? Ha jawap! Adik-adik yang ambil medic siapa tak tahu saya piat. Yeah, pandai. Sebab kena infection (Osteomyelitis). So sekarang, tugas doktor bedah adalah kopek balik tangan dia. Korek balik tulang yang reput dan terkena jangkitan itu. Buang besi lama, kita pasang besi baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih *tiba-tiba*.

Bila tulang tak cukup, kita tebuk lutut dia. Kita ambil tulang lutut dia, letak dekat tangan dia. Alah, macam main lego. Pasang sana pasang sini.

IMG01142-20100727-1101_¸±±¾blog

Yer, sabar-sabar. I tahu lah tak nampak. Sekejap I suruh mamat depan ini ke tepi sikit.

IMG01143-20100727-1103_¸±±¾blog

Taraaa! Nampak tak tulang dia reput krepot krepot. Okay memang tak nampak sebab darah memancut mancut.

IMG01146-20100727-1147_¸±±¾blog

Nampak besi tak? Aktiviti sekarang, kita buka besi yang lama, bersihkan nanah, masukkan besi baru.

IMG01147-20100727-1148_¸±±¾blog

Gerudi gerudi. Gelek menggelek. Eh kita tak payahlah gelek.

IMG01148-20100727-1157_¸±±¾blog

Doktor bedah tulang memang dah macam tukang. Ada skru, gerudi, spannar, semua lengkap. Sebab itu kami yang perempuan disuruh ketepi jadi pemerhati. Katanya kami tak kuat.

Eleh, belum cuba belum tahulah! ;p

IMG01151-20100727-1254_¸±±¾blog

Dah siap pun. Baru lah gengster cik abang ini ada lipan dekat lengan! Wassup bro!

IMG01145-20100727-1144_¸±±¾blog

Serpihan-serpihan tulang yang reput. Survenior untuk patient.

Sehari bukan membedah seorang patient. Tetapi dalam 4 hingga 6 orang patients. Kau bayangkan penat tak penatnya non-stop berdiri! Hwarghhh menguap. Jom tidur!


18 responses so far

Jul 26 2010

Mari bedah-membedah.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Dengan ini diumumkan bahawa, I akan mula berpuasa di luar kota…
dan berhari raya di

Yogyakarta

sambil buat plastic surgery dekat patient di pagi raya.

Okay tak kelakar. Ini raya ke dua di Jogja. Tahun lepas I makan Pizza Hut di malam raya. Pagi raya I makan, biskut Tiger. Sambil pasang mp3 raya. HWAAA SEDIHNYA. Moga moga tahun ini dapat hirup bau rendang jiran sebelah. JANGAN ON CALL PLEASE. PLEASE. PLEASE.

IMG01123-20100720-2233_¸±±¾

I adalah G. G itu saya. Minggu ini I berada di Sleman, kemudian akan ke Cilacap, kemudian 2minggu ke Banyumas. Hah 4minggu straight wa cakap lu. Dapat tempat jauh-jauh pula. 5jam perjalanan. Hwah. Bulan puasa di Banyumas! Memang gerenti hari-hari makan tempe goreng. I love you lah tempe!

I tak suka bedah. Walaupun bedah dikelilingi dengan surgeon lelaki handsome handsome muda-muda belaka. Tapi -_- boringnya berdiri lama-lama membedah. Oh untuk doktor junior ni sebenarnya tak buat apa sangat. Lebih kepada tolong ambil alat, tolong menjahit, tolong suction blood yang melimpah-limpah, tolong menyunat orang, tolong apa-apa yang patut, tolong menyemak dekat bilik bedah.

p.s: Untuk 4 minggu mendatang, I dah siap-siap auto update untuk blog ini. Saya pergi tapi blog tetap berjalan seperti biasa.

.

.

.

Eh belum habis lagi. Ada lagi benda nak cakap ni.

This is my LAST DEPARTMENT. It is sad to think tapi happy dan tak sabar. Ok mix feeling. 8 weeks more to go!


6 responses so far

Jul 24 2010

Hello Kitty Volume Express Maybelline *Limited Edition*

IMG01100-20100717-1537_¸±±¾

I absolutely in love with Maybelline’s new product, HELLO KITTY volume express limited edition. It’s so cute wey. Tapi sayangnya tidak dijual di Indonesia. (or maybe belum dijual?) Remember this entry? Yeah, I received this mascara last week and screaming excitedly!

IMG01124-20100722-1837_¸±±¾

Spotted that Hello Kitty! :)

  • The brush is nice. Easy to apply and it gets all the eyelashes covered.
  • It doesn’t make your lashes clump loads and berketul-ketul macam ada tahi cicak melekat di mata.
  • It lengthens lashes. Eh no. Seakan-akan macam lengthens but actually not. -_-
  • The packaging, of coarse!

Honestly, it’s not the best mascara but it’s not bad either. Hello Kitty punya pasal. :)

DSC04806_¸±±¾ copy

Terima kasih daun keladi

Esok-esok beli lagi.


Beli yang ini pulak

Hello Kitty MAC Make Up set!

o_0

haha!


12 responses so far

Jul 22 2010

Lagi lagi tips, lagi-lagi tips.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Sunblock itu penting kah? Penting lah ngok. Mungkin orang akan cakap, alah saya tak mahu putih. Saya menerima kulit saya apa adanya. Saya tak perlukan sunblock. Haip. Salah tu. Sunblock bukan mengelakkan kulit gosong (hangus terbakar), tetapi sunblock atau pelindung matahari ini digunakan untuk mengelakkan kulit kita dari terkena sinar matahari. Ya Iyalahhh!

Haha okay semua berkerut je baca intro. Persepsi salah, penggunaan sunblock bukan sahaja untuk mencerahkan kulit kita tetapi mengelakkan kulit kita daripada cepat berkerut, jeragat, kulit kusam, seterusnya mengelakkan cancer kulit! Jangan pandang remeh!

Kadang-kadang kita tak tahu apakah sunblock terbaik buat muka. Boleh ke lotion sunblock itu dipakai di muka? Jawapannya BOLEH. Tetapi nanti muka akan berminyak-minyak dan sticky macam gitu. Euww. Melekit!

Face Sunblock Cream memang banyak. Tapi untuk adik-adik sekolah, takkan nak minta mak belikan face sunblock cream dari Clinique dengan harga RM100++ padahal isi dia cuma sunblock yang sama dengan apa yang diberi oleh doktor kulit? Kalau dekat sini, I beli dengan harga Rm18.

IMG01127-20100722-1845_¸±±¾

PARASOL SPF 33

FACE SUNBLOCK CREAM

Selain sebagai krim pelindung cahaya matahari, Parasol mempunyai Aloe Vera dan Vitamin E. Dapat melindungi kulit dari cahaya matahari dan sekaligus menjaga kelembapan kulit sehingga tetap lembut, halus, dan tidak kering. Ayat ketat sahaja. Nampak sangat copywrite daripada kotak bungkusan. -_-

Okay yang paling bestnya, Parasol ini dapat dijadikan sebagai make-up base. Warna dia yang cokelat ala-ala warna kulit kita dapat dijadikan sebagai ala-ala liquid foundation gitu. Hah, sangat sesuai dipakai sehari-harian!


24 responses so far

Jul 21 2010

Menjadikan anak pintar.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Cara belajar yang paling bagus untuk anak-anak kecil adalah membaca dan menghafal. Bukan menulis. Ingat, tak payah susah-susah penat-penat belikan pensil untuk anak 3tahun semata-mata nak suruh anak belajar menulis. Tak penting. Nanti end up dengan menconteng dinding. Anda juga yang stress.

Umur 5 tahun I dah pandai mengeja. Setiap sign board dekat tepi jalan I nak eja. Lepas itu frustated marah-marah my dad sebab bawa kereta laju sangat, tak sempat nak mengeja.

Two liki-liki (little kot?) birds sitting on the wall
One name Peter, one name Paul
Fly away Peter, fly away Paul
Come back Peter, Come back Paul
Hah, lagi ke?

Hah siap ada part, Hah lagi ke? Ini dia Noor Nazurah Amani my lil sister. Mulut becok rasa nak selotip je.


18 responses so far

Jul 20 2010

Hey to all Blackberry users!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Untuk pengguna Blackberry, setiap kali nak snap gambar mesti akan bunyi *kceklek*. Kalau kita godeh-godeh sampai lunyai pon tak akan jumpa ‘mute’ symbol untuk menghilangkan bunyi yang menyemakkan itu. Kalau kita silent blackberry itu pun, masa snap gambar tetap berbunyi.

DSC04769_¸±±¾


Bagaimana nak mute bunyi sewaktu sedang snap gambar menggunakan Blackberry?

Lebih lebih lagi bila ada brader handsome sedang makan depan mata. Nak snap gambar curi-curi pun susah. Mula-mula kita..

  1. Download application ini di blackberry anda, Http://bit.ly/2xwyhf
  2. Install
  3. Tekan MUTE!
  4. DONE! :)

Senang bukan? I hope this is helpful to all blackberry users. So yeah, mari kita ambil gambar curi-curi lepas ini!

Credit to: Wenkt


16 responses so far

« Prev - Next »