Jan 04 2017

Salah sendiri.

Siapa pernah cuai? Menipu lah kalau dalam hidup ni tak pernah cuai. Saya selalu buat benda-benda cuai kemudian membawa kekesalan yang tiada tolok bandingnya -_-. Lepas tu sendiri terdiam lalu tak boleh buat apa-apa. Akur dengan kesengalan diri sendiri.

14 December lalu, Totin dah merancang untuk bawa family semua ke Langkawi. Kali ni kami pergi naik flight. Flight petang pukul 6.30 petang. Few days before flight, memang agak busy sikit. Eh bukan sikit, busy sangat. Balik kerja hari-hari lewat, nak packing barang pun tak sempat. Sudahnya memang packing last minit, kelam kabut. Kononnya tak nak sampai lewat di airport, jadi kami sekeluarga besar The Jamain bertolak dari rumah awal pagi pukul 9 pagi dari Johor sambil bersantai-santai ke airport. Sempat singgah lunch dan bersorak gumbira sepanjang perjalanan.

Nak dijadikan cerita kesengalan diriku ini, tiba-tiba teringat yang saya tertinggal identity card Aurora. Maklumlah masa Aurora lahir, dia tak ada Mykid. Cuma ada surat beranak sahaja. Untuk bawa surat beranak ke hulu kehilir memang tak lah. Selalunya Totin akan bawa passport Aurora tapi entah kenapa hari tu, terlupa tukar handbag yang ada passport Aurora, kesudahannya memang tertinggal semuaaaa!!! T_T

Tapi masatu steady lagi. Alaah tak apa lah, at least ada gambar muka depan passport Aurora dalam handphone. Boleh dijadikan bukti. Lepastu google sana sini nak cari tahu apa solution kalau tertinggal identity card, ada yang kata senang je. Cuma buat laporan polis dekat pondok polis berhampiran. Settle. So masatu Totin tarik nafas lega. Sebab kami akan sampai airport awal dalam pukul 2-3 petang. Awal lagi untuk settlekan masalah identity card Aurora yang tertinggal itu.

 

Tapi nasib tak selalunya baik. Hukhuk, undang-undang untuk buat report polis itu semua sudah tidak wujud lagi. Mereka memang memerlukan salinan ASAL. Penat merayu sana sini pun tak jalan. Memang Aurora tak lepas. Aduii nak pergi Langkawi je kot bukan nak pergi menjajah mana.  haa menangis kau. Kalau yang tertinggal tu  IC sendiri tak apa, saya rela tak ikut tapi masalahnya Aurora punya. Dia dah semangat nak naik flight dengan atok nenek makcik-makcik dia semua. Lepastu tak dapat pergi. Tak sampai hati nak kecewakan dia, terus beli ticket flight esok pagi pukul 8 am. Habis RM600 for one way tic. Menangis ok.

15781610_10154864564007641_3387359924946351019_n

Sampai hati tak, kalau tengok anak merajuk duduk dekat bucu macam ni?

 

So lepas tu terus balik BP, amik passport Aurora.  Naik kereta ayah yang memang a bit unfamiliar to me. Bedal je darurat katakan. Pukul 6 petang drive balik, pukul 10 malam sampai rumah. Tidur sejam dua, pukul 3 pagi bertolak ke Airport semula. Gagah tak? Haa demi Aurora. Dahla memang sleepless seminggu tu, kepala dah tiong sangat nak drive nasib alhamdulillah berjaya juga buat kerja gila ulang alik KLIA-BP-KLIA. Semata-mata nak ambil passport AURORA!!!!

Nak check in berdua pun satu hal. Pukul 6.30 pagi macam tu sampai KLIA, confirm lah Aurora tidur lagi. Bayangkan dengan bawa luggage, dokong budak yang beratnya ibarat sekampit beras. Gagahhhhhh juga. Bila dah tak larat kena beratur panjang before check terus ketuk-ketuk bangun bangun auroraaaaaaaaaaaa bangun!!!

15825883_10154864583912641_6768080836202375526_n

Nasib ada trunki ni boleh suruh dia duduk diam-diam atas trunki ni. Kalau tak satu kerja nak kejar mengejar Aurora dekat airport tu. -_-

 

Pengajaran, sebelum bercuti tu, sila lah well prepared. Make sure dah siap kemas at least a day before. Jangan kemas last minute especially bila dah ada anak ni. Hiyarkkkkkk memang mental betul kalau nak packing baju anak. Passport atau IC sila tampal dekat dahi.

 

Okay sekian sahaja cerita saya hari ini. Masa taip ni pun sakit hati. Semoga tak buat kecuaian sebegitu lagi. Sel-sel otak akan terus berhubung antara satu sama lain. Amin.

2 responses so far

2 Responses to “Salah sendiri.”

  1. haffizuliskandaron 04 Jan 2017 at 4:12 PM

    betul la tu. apa-apa yang melibatkan anak, memang tak sanggup nak hadap. takut kadang kecewakan mereka. dan untuk mereka jugalah, kita ni ibubapa, sanggup buat kerja gila. hehehe.

    [Reply]

  2. IQon 04 Jan 2017 at 5:29 PM

    uih, mykid anak IQ pun tak buat lagi, cemane nak jejalan camni…

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |