Dec 22 2016

Geng Sedondon

Assalammualaikum,

Masa mengandung dulu, bila dapat tahu mengandung anak perempuan, terus excited! Bukan sebab nak pakaikan anak dengan headbands lah, ikat rambut tinggi toncet lah, tidak.  Totin tak pernah pakaikan Aurora headbands dari baby, sampai ke besar Aurora memang tak suka accessories dekat kepala dia. Termasuklah ikat rambut. Jadi rambut dia memang serabut serabai macam mana pun, dia tidak akan ikat. Dah cuba buat beberapa kali sampai bergaduh-gaduh nak ikat rambut Aurora tau. Kena paksa baru dia nak.

Totin dari dulu nak pakai sedondon dengan anak. Nak buat anak macam geng-geng kita aje. Bila kita pakai sedondon ni, dalam masa sama anak akan rasa kita berada dalam dunia dia. Ini memang impiann dari mengandung lagi. Sebab tu dari baby lagi kalau Aurora baju warna pink, Totin pun nak baju pink, Aurora baju biru, Totin pakai biru. Senang cerita nak sedondon lah! Selain baju raya yang wajib sedondon setiap tahun, baju casual pun kena sedondon juga!

 

img_20161021_124906

Totin jatuh cinta dengan pakaian sedondon dari brand OmmaEsabel . Kalau dulu, nak cari pakaian sedondon punyalah susah. Nak kena pandai matchy-matchy kan sendiri. Kena pandai cari sendiri. Mommy yang ada anak mesti teringin nak sedondon macam Totin pakai ni kan? Omma Esabel dah siapkan koleksi untuk matchy anak beranak. Yang bestnya, OmmaEsabel ni bukan sahaja untuk anak perempuan, kebanyakkan koleksinya adalah unisex. Mommy yang ada anak lelaki pun boleh sedondon cenggini. Totin and Aurora pakai ni namanya koleksi Rambutan. Sebab ada rambu ramba bawah dia, nampak hipster bila pakai.

img_20161215_202054

Lagi satu yang bestnya, OmmaEsabel ni menggunakan t-shirt material. MEMANG TAK PANAS!! Tengok gambar ni, kami panas terik masa bercuti dekat Langkawi kelmarin, tetapi sikit pun tak ada peluh melekat-lekat di baju. Especially dekat Aurora tu. Biasalah budak tengah lasak lari kesana-kemari, bila berpeluh je mula lah rimas. Material ni memang tiptop, sikit pun dia tak mengeluh. Sangat selesa. Totin rasa nak beli semua design je!!

Koleksi dewasa yang Totin pakai pun loose, tak ketat, tak jarang. Untuk breastfeeding mommy, jangan risau, zip di bahagian depan memudahkan korang untuk breastfeed anak. Baju ni pun wudhuk friendly, tarik je lengan tu, it’s stretchable , tak payah susah-susah.

img_20161215_110846

 

 

Yang ni koleksi Cikedoot. Size yang available untuk kanak-kanak antara size 1 (untuk 1 tahun) hingga size 6 kalau tak salah. Sekarang ni OmmaEsabel tengah buat YEAR END SALE. Harga memang tengah murah. Cuba teka berapa? Agak-agak? Haaa kalau Totin bagitahu mesti tak percaya. Untuk dewasa cuma harga RM72 (harga asal RM76), dan kanak-kanak cuma dengan harga RM42 (harga asal RM46),.Total kalau beli sepasang cuma berharga RM114 sahaja. MasyaAllah murahnya!! Terus dapat pakai sedondon anak beranak!

Kalau tak percaya dengan apa Totin kata, korang boleh pergi dekat Butik Grandeur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Boleh rasa sendiri material dia. Boleh ajak anak sekali try pakai baju OmmaEsabel mesti dia suka! Harga dekat butik Grandeur pun sama tengah YEAR END SALE sama dengan HQ OmmaEsabel.

 

Instagram Grandeur : @Grandeur

Alamat: 32, Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Vendor: Omma Esabel (Instagram : @ommaesabel )

 

 

img_20161111_125318-01

Suka tak pakai sedondon macam ni?

Siapa tahu kat mana lagi ada jual pakaian sedondon anak-beranak ni lagi? Kalau tahu boleh lah share dekat sini ye! 🙂

One response so far

One Response to “Geng Sedondon”

  1. IQon 27 Dec 2016 at 3:33 PM

    bestnye dapat sedondon anak beranak, ada baju sdondon dengan anak laki x?

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |