Dec 17 2016

Terengganu here I come!

Published by at 10:57 PM under I'm just rambling.,Leaving on a jetplane.

Dah nak hujung tahun ni, bila lagi nak habiskan cuti hujung tahun korang kan? Takkan lah tak nak bawa anak bini bercuti ? Alaaah, tak payah jauh-jauh, dalam Malaysia pun dah cukup menarik untuk pergi bercuti! Tahun ni Totin habiskan cuti hujung tahun dengan cuti-cuti Malaysia ke Terengganu! Penat fikir nak kemana, akhirnya Terengganu menjadi pilihan. Tak tahu lah, tiba-tiba mengidam nak makan keropok lekor Terengganu. Kakakaa jauh betul mengidamnya kan. Korang semua pernah pergi bercuti ke Terengganu tak?

Tapi sebelum bercuti ke sana adalah lebih baik kita buat perancangan , betul tak? Tak kira lah korang nak pergi mana pun sebenarnya, yang paling penting sekali kena rancang bajet percutian. Takkan nak main harung jeeee kan? Kalau mengambil kira harga tol, minyak, penat drive jauh tambah-tambah dengan musim cuti sekolah ni, mesti traffic jam sana sini, Totin decide nak naik flight je! Senang!

 

Totin suka rancang percutian dengan Traveloka. Korang pernah dengar tak? Alaaaaaa salah satu website untuk memudahkan perancangan percutian korang! Dulu, setiap kali nak bercuti, berminggu-minggu juga nak survey arah tuju. Nak booking hotel apa, hotel mana yang terbaik dan boleh dapatkan dengan harga yang paling jimat, dan paling penting, flight tiket! Terpaksa survey satu-satu website nak cari tiket flight mana paling murah. Sekarang, tak payah pening-pening nak survey sana sini, sebab Traveloka boleh dapatkan hotel dan tiket penerbangan dengan cara paling mudah dan effective! Dan yang paling penting sekali, MURAH!

123

Haaa tengok tu. Traveloka dah siap-siap surveykan untuk kita mana satu flight paling murah nak pergi Terengganu untuk minggu depan!! Haa senang kerja! Semua Airlines dia list down kan. Boleh pilih nak naik flight apa, pukul berapa, harga berapa, semua dah tertera! Bukan flight dalam Malaysia je tau, dia tolong kita surveykan ticket flight ke seluruh Asia Tenggara! Amboiii senang betul! Harga yang dipaparkan juga sudah termasuk dengan segala taxes dan tiada caj tersembunyi. Menarik bukan?

aaxa

Untuk percutian kali ni, Totin plan nak stay dekat homestay je. Sebab Totin nak bawa sebatilion keluarga termasuk parents, adik-adik dan family abang . Bila mereka duduk satu rumah ramai-ramai pasti akan rasa lebih seronok dengan percutian mereka. Dekat Traveloka ni bukan sahaja ada lebih 100 hotel yang menawarkan harga potongan dengan harga yang berbaloi, homestay pun ada sekali tau. Tak payah lah Totin penat-penat nak google dot kom mencari sana sini. Semuanya di hujung jari! Ecewahhhh.

Korang tak payah risau apa-apa, kalau ada masalah dan memerlukan bantuan, just contact je dekat customer service, +6015-4840-9469 , derang memang membantu! Kalau segan nak call, just click dekat “Need Help” kanan bawah tu, boleh terus live chat bagitahu masalah korang tu.

Haa lagi satu yang Totin perasan,

345

Traveloka sekarang tengah buat holiday sale! KEBETULAN PULAK KAN! Time hujung tahun ni tiba-tiba je ada sale! Dengar cerita Traveloka selalu buat sale cenggini. Cara nak booking pun senang, just masukkan coupon code masa nak bayar dekat payment page tu, terus dapat discount! Alaaa.. sebenarnya kalau takde discount pun dah murah, apalagi bila ada discount kan! Kan totin cakap, nak bercuti kena bijak mengatur bajet!

Okay lah Totin dah penat membebel. Totin nak kemas luggage siap-siap , tak sabar dah nak pergi Terengganu!!! Nak jalan-jalan cari makan. Apa kedai-kedai makan menarik di Kuala Terengganu? Tolong list kan dekat sini !!

 

Untuk info lebih lanjut dan  promosi dari Traveloka, korang boleh dapatkan di ;
Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |