Dec 14 2013

Pesakit kencing manis boleh makan madu tak? [Q&A]

Published by at 4:35 AM under It is all about health!

Soal jawap lagi.

Manis madu sepah dibuang. Tapi ramai yang keliru dengan kemanisan madu. Kalau ada kencing manis boleh makan madu tak? Madu kan manis. Tapi katanya madu tu bagus. Boleh makan ke tak ni? Kompius ahhhhhh

Okay, meh sini I bagi sedikit fakta yang berkaitan dengan madu.

  1. Madu memang manis. Tapi madu cuma meningkatkan SEDIKIT sahaja kadar gula dalam darah kalau nak dibandingkan dengan gula lain.
  2. Madu dapat meningkatkan kadar insulin. Insulin ni sejenis hormon yang berfungsi untuk menyerap glucose dalam darah. Jadi sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kencing manis kita.
  3. Madu asli juga dapat menurunkan kadar kolesterol, trigliceride dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik)  dalam badan.
  4. Madu dapat mengurangkan kadar glucose dalam darah serta elakkan daripada risiko penyakit jantung.

Nampak tak khasiat madu tu? TETAPI, kenapa gula still tinggi atau melonjak naik juga lepas kita makan madu? Haa sebelum makan madu, kita kena teliti juga keasliannya. Madu yang tak asli dan tak de kualiti ni memang tak memberi kesan pun pada kesihatan kita. Kadang-kadang makin memburukkan penyakit kencing manis kita adalah. Cari madu yang mempunyai kandungan air bawah 18% untuk kekalkan khasiatnya.

Maduuu, di tangan kananku..

Racunnn, di tangan kiri ku..

Aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku..

Ingat! kakau dapat madu dari tangan kanan tu, terus minta yang asli! no cetak rompak! ;p

Gambar Hiasan.

Suka membebel bila patient minum manis-manis tapi diri sendiri dua kali lima je sebenarnya.

Kihkihkih.

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |