Dec 13 2013

Macam mana nak atasi kelemumur ni? [Q&A]

Published by at 10:00 AM under It is all about health!

Terima kasih atas soalan tersebut. Sebenarnya dah lama dapat email ni tapi asik terlupa je nak jawap. Kalini I jawap soalan dekat blog sebab soalan ni sangat random. Dimana ramai yang mengalami masalah yang sama, kan kan?

Korang nak mengaku ke tak nak, tak heran pon. Tapi bila seseorang ada kelemumur, itu dah cukup memalukan.Lagi-lagi bila kita keluar dating dengan pasangan kita alih-alih ada salji turun dari kepala. Eee paiseh okey.

Kelemumur sering terjadi pada kulit kepala yang berminyak. Kulit kepala yang semakin berminyak akan dapat memicu pertumbuhan fungi. Fungi ni sifatnya lipofilik, iaitu kalau kulit kepala kita berminyak, makin berpesta la fungi tumbuh!

Sesetengah orang ada kelemumur yang ringan, boleh hilang dengan bershampoo biasa sahaja. Sesetengah orang tu jenis kelemumur degil, sehingga kulit kepala jadi kemerahan, gatal sangat… ha yang tu kita dah kategorikan sebagai penyakit yg kita panggil Dermatitis Seborrhoic (jangkitan kulit kepala pada kalenjar minyak) Haa macam tu kot kalau translete kan dalam bahasa pasar.

Cara Atasi?

Cari shampoo yang sesuai dengan kita. Kalau semakin kita bershampoo, kulit kepala menjadi merah mak ngah, gatal-gatal macam beruk, rasa panas atau ada allergic reaction, sebaiknya segera hentikan. Tu maksudnya shampoo tu tak sesuai dengan kita. Shampoo yang kita pilih mestila sesuai dan ada kandungan

  1. Zinc pyrithione. Contohnya macam shampoo Head&shoulders. Kandungan ni berfungsi sebagai anti bakteria dan anti fungi untuk kulit kepala
  2. Salicylic acid. Kandungan salicylic dapat mengurangkan ‘sisik’ pada kulit kepala tapi kadang-kadang boleh buat kulit kepala jadi kering. So, sebaiknya lepas bershampoo, kita pakai conditioner pula!
  3. Selenium sulfide. Dapat membantutkan pertumbuhan fungi Malassezia (fungi yang menyebabkan kelemumur)
  4. Ketoconazole shampoo. Bersifat antifungi spektrum luas. Sesiapa yang datang klinik, I boleh bagi shampoo ni.

Shampoo yang mempunyai kandungan salicylic acid.

ITUKAN CONTOH…

Shampoo yang mempunyai kandungan Selenium Sulphate

ITUKAN CONTOH…

Ingat ye, setiap orang ada kulit kepala yang berbeza. Kena pandai pilih sendiri shampoo yang bersesuaian. Yang penting jangan berputus asa.

Ha lagi satu tips, jangan lupa ye, kelemumur bukan sahaja berpunca dari penjagaan kulit kepala. Selain tu effect pemakanan pun penting!! Banyakkan makan makanan yang mengandungi zinc dan vitamin B . Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya makan supplement tambahan untuk stabilkan nutrisi dalam badan.

Bila perlu jumpa doktor?

Apabila penyakit kelemumur kronik. Kulit kepala menjadi semakin membengkak kemerahan kadang kadang disertai dengan nanah, jangkitan kuman, berbau. Yang ni bukan kelemumur dah ni sebenarnya. Entah entah sakit lain yang berkaitan dengan kulit kepala seperti psoriasis, eczema, atau contact dermatitis.

Ingat ye, penyakit kulit macam kelemumur ni bukan sejenis penyakit emergency. Jangan pula korang datang klinik kecemasan pukul 3 pagi bagitahu doktor tak dapat tidur sebab gatal kelemumur kulit kepala. Meh sini doktor Totin tolong gerudi kepala tu kasi hilang itu kelemumur.


Dulu saya ada jual shampoo penghilang kelemumur ni. Berkesan sangat! Tapi sekarang tak ambil stok lagi. Maaf sangat-sangat bagi sesiapa yang asik bertanya tu..

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |