Sep 30 2013

Resipi masakan untuk anak anak kekurangan zat.

Macam mana nak menarik anak-anak kita untuk makan? Especially budak-budak berumur dalam 2 tahun sehingga 6tahun. Waktu-waktu cenggini lah kritikal nak memujuk anak-anak makan. Sehinggakan mak tak perasan, kalau tengok graf perkembangan bayi dalam buku anak-anak tu, dah masuk pada skala kekurangan zat makanan.

Bila anak kekurangan gizi, dapat mempengaruhi perkembangan anak. Especially bab minda dan fikiran. Anak jadi letih, kurang bertenaga, susah nak dapat input pelajaran, mudah terkena penyakit dan sebagainya. Jadi mak mak kena lah take alert sikit pasal gizi anak-anak.

Okey kat sini I nak bagi resipi untuk kanak-kanak kekurangan gizi. Simple sahaja. Tapi cukup semua kandungan protein dan karbohidrat untuk anak.

AYAM BERGULUNG KEJU

BAHAN-BAHAN:

  1. 6 keping roti (dicanaikan)
  2. 6 keping keju
  3. 1 cawan cornflakes  (dikisar)
  4. 2 biji telur
  5. 1/2 cawan isi ayam (dikisar)
  6. 1/2 cawan sayur campur
  7. 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  8. 3 ulas bawang merah (dicincang halus)
  9. Lada sulah
  10. Garam dan gula
  11. Minyak (untuk goreng)
  12. Bancuhan gandum (sebagai gam)
  13. Salad, sos dan maiyonese (hiasan)

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam kisar dan sayur campur. Goreng -goreng lah sampai masak.

3. Perisakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Gaul-gaul kemudian kita asingkan dan ketepikan. Kalau jenis anak makan pedas boleh lah tambah lebih lada sula tu. Kalau tak makan pedas, tak payah letak pun tak apa. Ikut citarasa korang lah.

4. Kemudian kita lenyekkan roti dengan roller. Tujuannya bila kita goreng roti ini nanti tak adalah banyak minyak yang diserap pada roti tu. Kalau nak lebih menarik lagi, buang tepi-tepi roti yang keras tu.

5. Susun keju dan inti ayam sayur tadi atas roti yang telah dicanaikan. Iti ayam tu jangan letak banyak-banyak nanti susah nak gulungkan roti tu pula.

6. Kemudian gulung roti sehingga ketat. Sapukan bancuhan gandum di tepi roti untuk melekatkannya. Barulah gulungan roti tak terburai.

7. Celup gulungan ayam keju ke atas telur, lepas itu golekkan gulungan itu atas serbuk cornflakes yang dah dihancurkan. Nyammm. Dah boleh nampak crispy-crispy.

8. Step  terakhir, goreng gulungan ayam berkeju sehingga kekuningan.

SIAPPPP!!! Nak lebih menawan, hiaskan dengan salad, sos dan mayonese. Warna kuning keemasan, merah hijau itu semua sekaligus dapat menarik perhatian anak-anak kita untuk makan.

Bukan anak kita je yang terliur, dengan kita-kita sekali menjejeh air liur tengok ayam bergulung keju ni. Especially part cheese yang dah melting tu.

Nampak macam simple, ala-ala masak roti telur biasa tapi khasiat kalorinya lebih tinggi. Cukup dengan sayur, ayam, minyak, keju, dan cornflakes. Ingat ye, ni untuk anak-anak yang kurang zat sebab tujuan utama masakan ini adalah untuk menambah zat anak. Untuk kita yang dah terlebih zat tu tak digalakkan ye. Sekali sekala nak merasa tu tak apalah. Tapi kalau selalu makan terlebih zat cenggini badan boleh jadi macam tong.

Resipi ini I dapat masa kursus kekurangan zat makanan. Kalau nak tunjuk cara masakan satu-satu dekat klinik waktu follow up perkembangan anak memang tak ada masa lah. Jadi sesiapa yang terperasan dan terbaca blog ini, mohon share kepada semua para ibu ye. Especially untuk ibu yang anak dia kecik-kecik kurus kering tak sesuai dengan perkembangan umur dia.

5 responses so far

5 Responses to “Resipi masakan untuk anak anak kekurangan zat.”

  1. Yonz Aliation 02 Oct 2013 at 8:18 AM

    Nyum..nyumm..meleleh air liur saya pagi-pagi ni baca blog Dr Totin,nampak makanan ni..perghgghhh..harus ku cuba resepi ni walaupun anak blom boleh makan lagi-(baby). hehehe mak dia yg nak makan…. Thanks Dr utk resepi yg awsome!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Ahahaaaa mak kena try dulu sebelum bagi anak makan! kan kannn

    [Reply]

    Yonz Aliati Reply:

    hihihi tu sebab mak mak semua mengalami pengembangan berat badan yg serius

    [Reply]

  2. nova leezaon 13 Nov 2014 at 3:04 PM

    salam,
    terima kasih di atas perkongsian ini. Memang tengah mencari resepi untuk masak kat anak. Rasanya sekali sekala boleh jugak la masak kan ini untuk dia.

    Terima kasih.

    [Reply]

    nova leeza Reply:

    jemput singgah ke
    http://novaleeza.blogspot.com

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |