May 09 2013

Trip to Krabi Island : Day 3

Published by Totin Jamain at 12:04 pm under Leaving on a jetplane.

Assalammualaikum,

Jom bersambung kembali aktiviti percutian ke Krabi untuk hari ke3. Ikutkan hati dah tak larat nak kemana-mana sebab penat hari 2 tak hilang lagi. Tapi dah alang-alang penat, kita sekaligus penat terus. Emmet menghasut untuk melakukan aktiviti lasak seperti naik ATV, rafting, berkayak atau sebagai. Oh nooooooooooooooo!!!!

Totin Jamain pergi rafting?? Nooooooooooooooooooooooooooooooo. Terasa seperti melakukan perbuatan diluar tabii.

Aku ni bukan type perempuan lasak yang melakukan aktiviti sebegitu. Dulu time sekolah, jangankan pergi jungle trekking, pergi kawad kaki rumah pasukan pon aku dah cabot tak datang latihan.

Tapi sebab Emmet dah jadi husband, serba salah ni. Tak dengar cakap husband, ingkar namanya. Bagaimana ni?

Dengan muka belas kasihan minta discount sedikit, kita pergi berkayak sahaja lah. Ok?

Dalam hati, grrrrrrrrr. Kayak? Errrrrrrrr….

Canoeing trip berharga dalam 800bhat (Rm80) . Van akan angkut kita dari hotel bawa ke satu kawasan muara sungai terletak sekitar 45minit dari bandar Aonang. First impression bila sampai situ, biar betul laki aku ni nak berkayak dekat muara sungai cokelat cenggini? Dahla semalam digigit jellyfish, ni kalau kena baham buaya sia sia rm80. Eh duit plak yang dipikirnya.

I naik satu kayak dengan Emmet. Menangis kalau kena berkayak sorang-sorang. Guide naik kayak sendiri. Takut juga naik berdua dengan Emmet ni kalau-kalau kayak terjongket kebelakang. Emmet kan berat. Kih kih kih *peace.

Guide akan bawa kita canoeing around magrove forest, passed through large and small canyons, cafe, and ect lah. Ni first stop kiterang dekat gua apa entah. Banyak la ukiran-ukiran orang zaman purba di sini. First time masuk gua, terus main panjat-panjat batu macam anak gua. Actually I pakai kain, tapi kain tu dah basah lencun (padahal baru berkayak 10minit masatu), dalam gua terus buka kain, nasib baik pakai short.

Lepas itu kami dibawa berkayak ke canyon dan beberapa tempat yang tak terfikir pun akan pergi. Kena berkayak dalam gua, tunduk tunduk takot kepala tersangkut stalakmit (terus teringat matapelajaran Geografi Tingkatan 2) Cantik dan mempesonakan. Terus jadi gagah untuk berkayak. Pellamak tiba-tiba terasa sasa.

Sempat lagi pas pas camera dekat orang berkayak sebelah sebelah suruh amekkan gambar kiterang!

Masa ni jumpa lah binatang binatang pelik seperti ketam sungai dan ikan berkaki. Aku tengok skali lalu jekla tapi mat saleh berkerumun tengok binatang cenggini seolah olah Alien turun ke Bumi. -_-

Kesian mereka asik jumpa beruang kutub je kot.

Nampak tak begitu bersungguh-sungguhnya aku nak mengelakkan diri dari terkena  batu stalakmit. Ini okey lagi ada part yang sampai kena baring 360 degree.

Trick sebenarnya bila jadi pendayung di hadapan, kerja aku posing dan pegang camera untuk ambil gambar sahaja. Emmet jadi driver kena kayuh sungguh sungguh. Keh keh keh. Tapi aku tak adalah kejam. Aku pon mendayung juga walaupun kadang-kadang dayungan aku tu tak menyumbangkan apa-apa. Kayak tu statik tak bergerak. Kakakaka.

Waktu berkayak dalam 4-5jam. Time nak balik adalah time aku paling bersemangat mendayung kayak sebab tak sabar nak lunch! Dah lapar gilaaaa. Yang bestnya dengan hanya membayar rm80, dah dapat pakej lunch sedia ada. Sampai jeti, dah terhidang makanan kita. Sedap ke tak aku pon dah lupa sebab lapar sangat!

On the way balik, our van ada stop beberapa lagi tempat peranginan macam Krabi Hot Spring Waterfall. Orang kata air terjun air panas dia memang cantik sangat, tapi I bantai tido dalam van sampai lah dekat hotel, kami baru bangun. Tak turun pun time van tu stop dekat tempat-tempat lain. Peeeeenattttttt.

Sampai hotel pun, sambung tido. Bhuahaha.

Overall, ni memang first experience yang sangat bermakna . Tak pernah terlintas nak berkayak, akhirnya terhasut juga untuk berkayak. Fun habissss. Walaupun penat berganda-ganda. Tapi dijamin takkan menyesal kot!

Barang yang perlu dibawa sebelum berkayak,

  1. Sunblock, sebab panas sangatt walaupun nampak macam masuk-masuk gua tapi bila keluar gua terus kulit terbakar!
  2. Mosquito Repellent. Banyak sangat nyamuk! Kita tak tahu kan tempat orang, mana tahu nyamuk penyebar Malaria ke, so to be save pakai mosquito repellent.
  3. Calamine lotion. Pengajaran dari kejadian digigit jellyfish, kalini takut kena gigit apa lagi entah kelawar ke ular sawa ke apa-apa. At least kalau ada calamine atau any analgesic boleh membantu di saat kecemasan.
Share

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |