Dec 14 2012

Tony Moly Review: Tony Tint . Smooth massage peeling cream. Sleek Mist.

Published by Totin Jamain at 1:19 am under How to look beauty?,Spare me 100 bucks!

Hari ini I nak review 3 barang dari Tony Moly. Ololo comel je nama nya. Tony Moly ini berasal dari Korea. Sama seangkatan dengan Etude House and Skin Food. So kalau pergi Korea, akan nampak lah kedai si Tony ini di merata tempat. Yang bestnye, barang-barang keluaran Tony Moly ini unik dan cuma dipakai oleh perempuan korea sahaja. Jadi kalau terasa diri anda macam Wonder Girls tu boleh lah shopping di Tony Moly.

Tony Tint

Bibir korean yang merah-merah itu tipu sahaje. Ingatkan memang merah cenggitu lah. Rupanya mereka pakai Tony Tint. Adik I pakai ini dekat whole bibir. Terperanjat aku homak kau macam baru sedut darah. Salah salah.

Cara pakai yang betul, just coletkan 3 titis di bibir bawah. Lepas itu kemamkan bibir. Taraa. Baru lah bibir macam merah merah korea gitu.

Boleh follow cara apply tilt yang betul. Kalau rasa nak elakkan bibir kering, pakai pelembab bibir dulu before tilt. Hasilnya, bibir akan kemerahan bajet korea la konon.

Feedback-

GOOD:

  1. Size kecil sekecil duit 50sen. Senang sumbat dalam kocek pon boleh.
  2. It makes my lips look fresher!
  3. Harga murah so tak rugi kalau nak mencuba and berangan berangan korea sekali sekala.

BAD:

  1. Cepat hilang pula kesan kemerahannya.
  2. Sesetengah orang akan menyebabkan bibir kering. So to be safe, better apply lipbalm dulu.

RATING:6.5/10

Tony Moly Appletox Smooth Massage Peeling Cream

Bila sebut peeling cream je semua ingat bendalah ini leceh. Peeling? Noo I’m a busy woman I don’t have time for peeling2 my skins at home ohh noooo. Jangan nak bajet busy sangat lah. Busy macam mana pun kesihatan kulit mesti jaga! Haip!

Ingredients: AHA, green apple extract minerals such as magnesium, iron and vitamins A, E B1, B6 and C

Kebanyakkannya adalah minerals dan vitamins untuk kesihatan kulit.

Cara nak apply:

  1. Cuci muka sampai bersih
  2. Apply Appletox in appropiate amount. Agak-agak la jangan pula pakai segenggam kau nak buat masker wajah ke apa? Avoid lips and mouth areas ye, ini bukan Apple so jangan makan.
  3. Kemudian gently massage lembut-lembut selama 1-2 minit.
  4. Biarkan 30 saat.
  5. Massage sekali lagi sambil cuci-cuci dengan air.

Selesai. Tak sampai 5 minit dah berjaya buat small peeling dekat muka kita. Baru lah kulit nampak lembut, licin, lebih firm and bertambah cerah!

Feedback-

GOOD:

  1. Bila baca ingredients pun dah tahu semuanya bagus untuk kesihatan kulit.
  2. Bau dia memang freshie rasa macam letak epal dekat pipi.

BAD:

  1. Nama pun simple way of peeling. Kesan dia tak boleh lah nak harapkan peeling macam buat dekat skin clinic tu ye.

RATING: 7/10

Pocket Bunny Sleek Mist

Comel nya Sleek Mist ni. Berbentuk bunny, bersize kecil. Mudah dibawa dalam handbag dan angkut lah kemana-mana. Bila rasa muka lebih dan berpukan kesegaran, kita semprot! I baru pakai seminggu, memang sangat berkesan. Bawa time kerja masuk dalam white coat, bila rasa letih boleh spray, segar sikit rasa. Kocek white coat dah macam doraemon semua benda nak masukkan.

Jalan-jalan kena bawa pocket bunny dalam handbag. Agak-agak letih kita semprot! Orang sebelah pun ikut buat gaya semprot bunny di muka.

Cara nak apply:

  1. Spray dalam jaram 20-30cm dari muka kita.
  2. Eh-eh make sure tutup mata dan mulut ye. Jangan ternganga pula mulut tu.
  3. Biarkan spray meresap ke kulit dan anda akan merasa kesegarannya!

Feedback-

GOOD:

  1. Obviously, packing dia sangat cute!
  2. Fresh fresh fresh, yea kalau rasa mengantuk muka letih, sembur ini terus segar bugar.

BAD:

  1. Tak berapa pasti apa kandungan dia. I kalau guna apa-apa berkaitan kosmetik ni suka tengok bahan-bahan kimia and effect samping later on. Mana lah tahu tak elok untuk kulit. So tak berani nak komen bab itu. Tapi so far seminggu ini I pakai bunny tak ada masalah. :)

RATING: 7/10

Eh, semua barang-barang ini nak beli dekat mana? Takkan nak kena fly to Korea pula semata-mata nak cari kedai Tony Moly? Kalau tempat korang tak ada kedai ini, ataupun leceh lah nak keluar shopping tak ada mood. Hujung jari pun boleh.

Just Klik MIMO MOMI

Selain 3 barang di atas, ada juga jual pelbagai barang Tony Moly. Sebarang pertanyaan boleh tanya seller dia yang friendly abis tak sempat tanya pun dia dah explain sendiri product dia.

Happy shopping and selamat mencuba!

ps; Kalau ada rasa nak review barang, boleh leave a message dekat Facebook Totinx.com . Toceyy!

Share

One response so far

One Response to “Tony Moly Review: Tony Tint . Smooth massage peeling cream. Sleek Mist.”

  1. seraa zaimon 12 Sep 2013 at 5:23 pm

    kita guna liptint tp bila pakai semua sapu kat bibir. rupanya
    guna sedikit je.hehehe. thx doc :)

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |