Jun 14 2012

Do and Don’t for babies!

Published by at 10:58 AM under It is all about health!

Buaian untuk baby

Buai? Kenapa ibu suka pasangan buaian untuk baby? Enjut enjut baby supaya baby tido. Kenapa? Entah, I tak ada baby I pun tak pasti. Mungkin mitos dedulu kata, kalau enjut-enjut, baby senang tidur. Cuba kita bayangkan kalau kita tengah tidur, orang enjut-enjut katil kita, main lompat-lompat atas katil spring kita.. terasa nak terajang tak?

Baby kalau boleh terajang, dia dah bangun terus buat smack down sekali. Jangan sesekali kita buai kan baby, especially yang baru-baru lahir merah merah lagi kulitnya. Salur darah dekat baby masih halus, kecil dan mudah rapuh. Dengan buaian akan buat salur darah mudah pecah, menjadi lebih bahaya, salur darah di bahagian otak pecah. Maka terjadi pendarahan otak.

Kita tak tahu bila salur darah baby boleh pecah. Alih-alih baby kejang (fitting) berulang. Lalu tidak sedarkan diri.

Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Eh aku pulak yang nangis.

Ubat batuk untuk kanak-kanak

Ingat ya, tiada istilah ubat batuk untuk kanak-kanak. Tidak perlu bagi ubat batuk warna hitam dalam simpanan korang terutama sekali baby kecil yang batuk-batuk uhuk uhuk. Haip, siapa ajar bagi ubat batuk? Fungsi ubat batuk adalah supaya dapat mencairkan kahak kita dan memudahkan kita membuang kahak sekaligus membuang kuman. Tetapi budak-budak mana reti buang kahak? Buat apa bagi?

Dan paling menyeramkan, ubat batuk mengantukkan dan mengkhayalkan. Jika kita hayal, itu tidak mengapa. Tetapi jika baby kita hayal, itu bahaya. Baby hayal atau tidak bernafas sama sekali? Itu susah kita nak bezakan dikemudian hari.

Kejut-kejut tak bangun.

Oh.. baby mengantuk, tadi kan bagi ubat batuk.

Kejut lagi.. tak bangun juga.

Hentak hentak pun tak bangun juga.

Tak bangun juga.

Tak bangun juga.

Sampai bila-bila pun tak bangun.

:'(

Kesimpulannya, perawatan kanak-kanak dan orang dewasa sangat berlainan. Jangan jadi doctor sendiri di rumah. (Tapi kalau memang anda title doctor, tak apalah) Anak sakit, kurang pasti, bawa langsung ke klinik berhampiran!

Cara-cara bancuh susu baby

Eh I bukan nak buat rancangan masak-memasak, cara-cara membuat susu paling sedap untuk baby atau sebagainya. I cuma nak tegur kesalahan para ibu yang kadang-kadang kita tidak rasa itu salah, tapi sebenarnya salah. Selepas membancuh susu, cemana korang goncang?

Iya, mostly para ibu akan gunakan jari telunjuk, tutup puting susu, kocok-kocok-kocok-kocok ( sambil nyanyiย ku tak mahu cintaku dikocok-kocok ahhhhh -Inul version), kemudian hulurkan pada baby. Lalu baby pun minum susu, sroooottt- sroooooot -srooooot

Sedapnya mummy buat cucu cayaaa…

Kata baby tersebut.

Beberapa jam selepas itu, baby didapati cirit birit, muntah muntah beberapa kali.

Ceh tiba-tiba macam sketsa pula. Kenapa cirit birit? Sebab jari telunjuk yang ditutup untuk dibuat kocok-kocok itu sebenarnya KOTOR. Banyak kuman lompat-lompat. Lupa ke sebelum tutup puting susu tu engkau orang ada kurek muntot sket sebab gatal? Heh. example je tu.

Jadi apa gunanya penutup botol yang korang dah cuci dan rendam dalam air panas lama-lama untuk buang kuman kalau tak digunakan? Tutup dulu botol susu itu, baru lah kita kocok-kocok sepuas hati.

Part 1 ni I bagi 3 example benda yang rutin para ibu lakukan, kadang-kadang kita tak perasan perbuatan itu sebenarnya membahayakan anak kita sendiri. Nanti kalau ada terlintas lagi, I tulis part two, three, dan seterusnya.

Mohon share this post. Thankyou.

Thanks for reading.

Cium sikit.

:*

21 responses so far

21 Responses to “Do and Don’t for babies!”

  1. mrs. kon 14 Jun 2012 at 11:14 AM

    share sudah

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    tq!

    [Reply]

  2. umairaharison 14 Jun 2012 at 11:32 AM

    thanks sngt2 untk info mcm nie..
    betol2 membantu sy yg xtaw ape2 nie..
    xsangke buaian nie bahaya untuk baby..
    mintak copy entry nie untk rujukan diri sendiri..

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    memang untuk di copyy. tqqqq.

    [Reply]

  3. fifitiezon 14 Jun 2012 at 12:13 PM

    very useful tau tips ni..thanks doctor!buatlah post camni lagi banyak2.. ๐Ÿ™‚

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    bahikkkk!

    [Reply]

  4. Mama Amnion 14 Jun 2012 at 6:12 PM

    thanks doctor….nasib baik 2nd baby x letak dlm buai lagi ๐Ÿ™

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    lepasni berapa banyak baby pon takbole letak buai! haipp

    [Reply]

    Mama Amni Reply:

    ops!!!! baik doctor…

    [Reply]

  5. melati putehon 15 Jun 2012 at 9:28 AM

    thanks dr,bg info cenggini…barulah ku tahu…huhu..maceh yeee ๐Ÿ™‚

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    sama2 ๐Ÿ™‚

    [Reply]

  6. melati putehon 15 Jun 2012 at 9:33 AM

    nk copy ye..utk rujukan diri sendiri ๐Ÿ™‚

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    memang untuk dicopy!~

    [Reply]

  7. melati putehon 15 Jun 2012 at 10:03 AM

    tapi kan totin,acane pulak kalau pegi injek bulanan kat klinik untuk bayi sebulan-12bulan.kan lepas injek,misi akan bagi ubat untuk baby,supaya tak demam? bahaya jugak ke?

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    ohh. tu ubat panadol. takpe. tu la satu2nya ubat paling selamat untuk baby

    [Reply]

  8. roson 18 Jun 2012 at 11:50 AM

    Info yang berguna. terima kasih doc!

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    welcomee

    [Reply]

  9. wanieon 18 Jun 2012 at 11:13 PM

    my baby batuk kahak skg ni tp xbg ubatla..so camne nk kurangkan batuk baby eh?

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    dia akan hilang sendiri. biarkan baby batul, tapi make sure jangan sampai dia sesak2 nafas tercungap2. waktu tu bawa pergi hospital.

    [Reply]

  10. lonelynaon 10 Jul 2012 at 12:43 PM

    useful tips…common sense yang kita tak sedar…

    mohon share…:)

    [Reply]

  11. mur571dahon 21 Dec 2012 at 1:25 PM

    semenjak baru ade bby ni (now 8month) teori i y baby like buai is bcoz, it wraps the baby macam pki bedung (for baby yang 3 month+).therefore the baby feels secure . i had friends yg awal2 ms pregnant kate ‘i xnak my baby nnt tdo dalam buai x elok nnt die dah biase ssh nak travel’ etc. tp lps dah lahir sume mengalah juga pki buai. yg bahaya cuma pegi bagi baby tu minum susu time tdo dalam buai and x cabut botol susu tu ble die dah tdo….i think bb stuff are invented for a reason and we cannot depend on it 100%. just be careful at all time.
    peace

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |