May 28 2012

Tips menghadapi anak kejang.

Published by at 12:19 PM under It is all about health!

Jangan pandang remeh ye, mungkin kita tak alami sekarang, tapi esok lusa? Nanti bila tiba-tiba anak kejang / sawan, terus menggelabah tak tahu nak buat apa.

Kejang demam atau sawan sewaktu demam terjadi apabila anak kita demam, kemudian tiba-tiba badan dia jadi keras dan kaku, bebola mata melirik ke atas, kadang-kadang keluar air liur, anak jadi tidak ber-respons. Waktu cenggini mula lah si ibu…

“Cepat kita tiarapkan dia!!”

“Amik sudu, letak dalam mulut!! nanti lidah dia tergigit!!”

“Apa kita nak buat ni? Apa kita nak buat niiiii”

Haa. Waktu macam gitu mulalah nak buat cenggitu. Jangan dengar petua nenek moyang kita. Tak betul. Jangan sesekali masukkan sudu, kain atau apa sahaja gigitan ke dalam mulut anak kita. Cara itu bukannya mencegah mulut anak tergigit, tapi boleh jadi lebih teruk daripada tu. Kalau sudu patah dalam mulut cemana? Kalau salur bernafasan dia terganggu cemana?

Okey, ini adalah tips ringkas ketika anak terkena kejang demam.

  1. Relax! Be cool. Don’t panic! Just remember, kejang demam is normal for children less than 6years old. Normal! Tak perlu takut. Tak ada effect apa-apa dekat otak anak.
  2. Bawa anak ke tempat selamat. Iyalah, kalau anak tengah kejang dekat bilik air, takkan ko nak biarkan dia kejang berenang-renang dalam bath tub pula. Bawa ke tempat lapang, yang tiada barang merbahaya di sekitar.
  3. Longgarkan baju dia. Bagi keselesaaan sikit.
  4. Miringkan anak ke kiri. Pertama kali kita selamatkan pernafasan dia. Kenapa kena miringkan? Kalau kita biarkan dia terlentang, lidah boleh menutup salur nafas jika lidah jatuh kebelakang. Bila kejang, semua muscle jadi uncontrol, so kita tak tahu apa akan terjadi.
  5. Tengok jam. Kenapa tengok jam? Apa kaitan jam dengan kejang? Ehee, I suruh tengok jam dan waktu, berapa lama anak kejang. Kalau lebih daripada 5 minit, terus bawa ke hospital.
  6. Jangan letakkan ubat buntot (ubat turun panas) atau apa-apa ubat dalam buntot sewaktu kejang. Tapi kalau doktor yang letak, tak apa. Doktor ada kelebihannya. Ewah.

Piye toooo!!!

Lagi satu, jika anak sudah terjadi kejang atau pernah kejang demam, next time bila anak demam, kena standby ubat demam di rumah. Sebab kejadian akan terjadi berulang-ulang setiap kali anak demam. Make sure bila demam, jangan sampai suhu tinggi sangat. Rajin-rajin tuam anak dengan air sejuk.

Kebutuhan itu maksudnya ‘keperluan’. Bukannya ‘butuh’ seperti yang anda gambarkan itu.

Meanwhile I dekat Paediatrics Department, kalau ada sebarang pertanyaan tentang budak-budak, masalah anak, boleh lah bertanya. Kita sama-sama share. Jom.

6 responses so far

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |