Mar 20 2012

Period pain! Tolonggggg!!

Published by at 2:28 PM under It is all about health!

Adakah period pain mengganggu anda? Period pain atau senggugut dalam bahasa cik kiah or dysmenorrhea dalam bahasa perubatan adalah perkara lumrah setiap wanita. Orang kata small matter gitu! Kita kan hebat, every month akan mengalami sakit gulik-gulik tapi steady je. Yang menjadi persoalan ramai, period pain pain ini bahaya kah?

Sebenarnya ada 2 jenis period pain. Primary dan Secondary.

Primary: Sakit normal yang tiada kaitan dengan kelainan pathology badan, terjadi 2-3 tahun setelah first period kita, dan mencapat puncak sakit saat kita berumur 15 hingga 25 tahun. Biasanya terjadi 24jam sebelum period dan berakhir dalam sehari selepas period. Time ni lah kita akan merasa macam rahim kita bercontraction, sakit sampai ke dalam perut, dalam peha, pinggang sehingga sesetengah akan mengalami mual-mual, pening, muntah-muntah, diarrhea.. hormone rasa nak mengamuk, ah itu kuasa kita untuk mengamuk sesuka hati, istimewanya perempuan. Kau orang lelaki kena faham itu. Kau tak faham, kau diam.

Eh panjang pulak definition yang I bagi.

Secondary: Sakit yang tiba-tiba muncul saat usia lebih 20tahun yang terjadi dalam 2 hari atau lebih sebelum sehingga 2 hari selepas period bermula. Sakit yang teramat sangat sehingga tak boleh nak buat apa lagi dah, terkulai layu gitu. Biasanya penyebabnya berkaitan dengan kelainan organ seperti endometriosis,cyst, tumor, adenomyosis, polyp, myoma, eh banyak lagi kalau sebut pun bukannya korang faham.

Senang cerita, if you think the problem could be serious, have persistent cramping or extremely heavy bleeding, jumpa saya! Eh tak, tak. Pergi consult with your medical professional. Saya tak professional.

How to reduce period pain?

Tuam dengan air panas. Kalau tak ada bendalah dalam gambar ni, boleh masukkan air panas/hangat dalam botol dan tuam tepat ke arah perut yang cramping. Takpun, a hot wash cloth or even a warm blanket pun berkesan. Cara ni macam effective as over-the -counter pain killers.

Ambil posisi menungging sehingga rahim akan tergantung. Cara ni akan buat kita lebih relax.

Healthy diet! This includes plenty of fresh fruit and vegetables. Elakkan daripada minum alcohol, kopi, ice-cream atau chocolate waktu sesungut. Eh salah. Senggugut. Sebab makanan cenggitu dapat meningkatkan kadar hormone estrogen sekaligus memicu pengeluaran prostaglandin. Senang cerita, period pain akan jadi lebih sakit dan menderita.

Minuman jus dan supplement sebenarnya bagus especially yang mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B6, ataupun Omega-3. Ataupun minum minuman hangat yang mempunyai calcium tinggi. Susu cap teko pun jadilah.

Tak salah sebenarnya kalau nak ambil ubat-ubat penghilang rasa sakit (analgesic) yang dijual di pasaran. Pil panadol warna warni itu. Menarik dan tertarik tetapi sebaiknya selagi boleh tahan, kita tahan. Yang penting, jangan ambil ubat ini lebih dari 3 kali sehari! I selalu ambil ubat bila tengah kerja and betul-betul tak dapat berfikiran relevan sewaktu kerja. Kita kena kuat dan perkasa, jangan terlalu bergantung pada ubat.

Just in case period pain anda sangat severe, (secondary period pain), baru lah kita syorkan ambil hormonal birth control. It contain hormones which prevent ovulation and at the same time will reduce the severity of your cramping. Remember ye, once kita dah ambil contraception pil cenggini, hormone kita akan terabur sikit and menses cycle akan kucar kacir. Kalau betul-betul tak ada indication for this pills, better don’t.

Mukadimah terakhir, marilah kita sama-sama mengamalkan pola hidup sihat untuk menyamanan hidup kita bersama.

Live healthy for a better life ahead!

15 responses so far

15 Responses to “Period pain! Tolonggggg!!”

  1. aliahon 20 Mar 2012 at 2:54 PM

    thanks god…
    mmg tgh period pain pung..
    killing me…
    tq doc…

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    semangat semangatt!!

    [Reply]

  2. cik lilyon 20 Mar 2012 at 3:25 PM

    hi, biasanya kalau kena period pain nih, i makan nasi panas2, lps makan mesti hilang, maybe sbb nasi tuh panas, so cpt la hilang kot, kalau cerita kat kwn2 semua gelak, tp mmg itu yg selalu i buat la bila kena period pain, huhuhuhu….

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    ahahahaaa pelik juga tu tak pernah dibuat orang. I lain sikit, period ke tak period ke I tetap makan nasi panas2. ahahaha

    [Reply]

  3. Princess Mon 20 Mar 2012 at 8:20 PM

    never put hot water in the bottle! its seriously dangerous. ive experienced one. sebab terlalu sakit, my friend put air panas dalam botol and tutup. akhirnya tuam atas perut. botol meletup akibat tekanan dan air panas tumpah atas dada (sebab berbaring)..akibat menggelupur kepanasan pergi bukak baju mandi bawah shower ( at this time kat college) without realizing i x bukak wired bra. akhirnya, melekat parut air panas akibat resepan air panas melalui besi bra ke badan. akhirnya badan sehingga sekarang berparut di bahagian bawah breast.. kalau nak buat guna air suam. not panas. atau makan painkiller dan tidur.

    just my 2 cents.

    ps: dr totin ubat parut ape paling berkesan. i guna melashine after laser. laser pun x mampu hilangkan parut. so sad!

    [Reply]

  4. farinaon 21 Mar 2012 at 9:11 AM

    doc kalau makan epo, leh kurangkan sengugut kan.
    tapi kalau belum kawen leh makan tak?
    ubat2an ni xde side effect di hari tua ke?huhu

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Boleh je makan. tapi macam biasalah, setiap ubat hormon ada baik dan buruknya..

    [Reply]

  5. anaon 21 Mar 2012 at 12:47 PM

    Dr. Totin.. Sy nak tanya boleh x?? kalo xboleh pun sy nak tanya jugak.. hehehe.. Sy nie umur 26 thun dan sy nie dah lebih kurang dekat 2 thun tak dtg period.. dulu 3 bulan sekali baru dtg period.. huhuh.. sy pernh jumpa doktor dan doktor sarankan turunkan berat badan sebab sy nie overweight.. tp xberjaya menurunkan berat badan.. huhuhu.. Soalannya : Menjadi masalah besar tak bila period tak datang dan bila sy nak kawen nnt tahap kesuburan untuk mendapatkan anak kurang ke??

    Harap Dr. Totin leh membantu sy.. Terima kasih banyak2.. (^_^)

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Hyep menjadi masalah juga. Bila tak ada period kemungkinan besar tak ada ovulation / sistem telur tak terjadi. Jadi sebaiknya betulkan cycle selagi boleh untuk tahap kesuburan kita akan datang.

    [Reply]

  6. BeBeon 23 Mar 2012 at 10:10 AM

    Dr.Totinx,
    saye dulu period pain teruk gile!
    tapi period regular..
    every time 1st day period mesti kena MC..

    gi check doctor,
    rupa-rupanya ada cyst!
    dah operate dah..
    lepas tu legaaaaa~
    hehehe..
    skang sakit sikit² manja-manja je 🙂

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Haha comel je manja manja sakit. aah cyst memang jahat boleh buat period pain menggila. sanggup you pergi operate ye mesti sakit sangat tak keruan tu!

    [Reply]

  7. Mssson 26 Mar 2012 at 11:22 AM

    Hai Dr Totin. First time drop comment ni.. =) Nak tanya bahaya ke kalau period kita berjogging semua…? Kot ada effect kat rahim ker.. Sebabnya saya perasan bila lepas jogging mesti banyak blood yang keluar..

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Eh takdelah effect apa2. banyak blood keluar time jogging tu most likely sebab graviti, movement, jadi blood banyakla keluar. tapi takde kene mengena dengan bahaya ke tak..

    [Reply]

  8. arianaon 23 Apr 2012 at 10:25 AM

    hai Dr cute…saya nk tnye knp period sy pas hari kedua dan ketiga baru terasa sakit sgt…mmg smpai mc…pas tu kan drh kuar mcm cair bile bngun tido..knp cengitu yek..tq Dr..

    [Reply]

  9. lalalaon 20 Nov 2012 at 3:41 AM

    period pain i mmg sgt teruk smpai satu tahap kadang2 pitam..n setiap bulan lah cari ponstan sbb tak larat nk bangun tp dr. tak penah check plk ada cyst ke apa..*ke pergi kat dr. n ckp i nak check ada cyst ke tak?camtu ek?

    biasanya i letak je laptop atas perut..so haba kat lappy tu mengurangkan sket sakit tu…*or actually i malas nak bangun letak air panas bgai..dasar pemalas..hmppp!

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |