Mar 03 2012

Tips menjaga kulit bayi

Published by at 12:05 PM under It is all about health!

Asik pasal bersalin sahaja, kita borak-borak pasal baby pula.  Bagi yang bakal bergelar ibu boleh baca sedikit tips menjaga kulit baby. Biar nanti bila dah ada baby, tak ada lah gelabah sangat nak jaga.

Sebenarnya, kulit baby ini lain dengan kulit kita. Eh obviously, semua orang tahu. Bila pegang baby je, macam pegang span lembut ee geram nak tonyeh-tonyeh je rasa. Awal-awal sahaja kulit baby mulus, perasan tak, ada sesetengah baby akan mempunyai masalah seperti bintik-bintik jerawat tumbuh, kemerahan, kulit menggelupas menggila-gila. Waktu itu mula lah gelabah, eh anak aku sakit kulit ke?

Kulit menggelupas

Baby yang baru lahir akan mengalami gejala adaptasi dengan persekitaran. Kulit yang menggelupas itu normal. Jangan memandai mandai bagi cream cap beruang korang. Baby berisiko tinggi terkena keracunan kulit akibat daripada cream yang korang memandai-mandai sapu itu. Organ untuk metabolism ubat masih belum berfungsi dengan baik (hati dan buah pinggang) yang menyebabkan sisa sisa metabolism ubat yang beracun lambat dibuang dari badan. Akibatnya? Baby-ku beracun!

Baby yang dilahirkan lebih dari 40minggu, (baby post date) biasanya mempunyai kulit yang lebih kasar dan menggelupas. Minyak baby memang digalakkan. Kalau iye pun nak sapu minyak Encik Johnson, sapu tipis-tipis, tak perlu tebal. Sebab minyak ini akan meresap dalam kulit baby dengan mudah dan cepat.

Kulit berbintik-bintik

Ini sering! Dan ini bukan jerawat yang macam kau orang punya jerawat itu. Jangan pula memandai-mandai letak ubat anti jerawat Clean&Clear anti spot treatment. Kau dah kenapa?

Bintik-bintik ini namanya Erithema Toxicum Neonatorum. Biasanya akan muncul dalam 24-48jam kelahiran dan akan hilang dengan sendirinya pada 2-3minggu tanpa meninggalkan bekas. So, don’t panic! Tak payah nak sapu itu sapu ini, nanti at the end, kulit baby jadi beracun pula. Terus tak cun!

Mandikan baby banyak kali, barulah kulit bersih!

Siapa kata? Ni mesti nenek moyang ajar bukan-bukan ini. Mandikan baby lebih 2 kali akan menyebabkan kulit baby lebih teriritasi dan melecet sehingga meninggikan resiko terkena toksin dan allergy kulit. Sebaiknya sehari atau 2 hari seminggu mandikan baby dengan air tanpa sabun untuk mengelakkan dari terdedah kepada sisa kimia pada sabun terlalu banyak.

Muka, tangan, muntot, dan beburung sebaiknya kita bersihkan dengan sabun berPH neutral. Banyak dekat pasaran kan? Tapi jangan amalkan ganti-ganti jenama sabun. Yang ini tak wangi sangat, esok kita try lain. Yang ini tak banyak buih, esok kita beli yang berbuih-buih. Banyak cantik kau?

Ingat, benda cenggitulah yang membuatkan baby terekspose dengan lebih dari 50zat kimia dalam badan.

Remember, Less is best!

My friend’s daughter, baby Zahra.

15 responses so far

15 Responses to “Tips menjaga kulit bayi”

  1. imanon 04 Mar 2012 at 6:41 PM

    salam doc,sorry respon dekat cni..sy nak tanye kalo yg probio-c tu macam mane nak dptkan ea..sy baru jumpe blog doc ni..nice blog=) sorry & tq..

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    probio C saya dah tak jual lagi. kalau nak dapatkan kena pergi direct ke Indo lahh

    [Reply]

    iman Reply:

    Ooooh ok tq=)

    [Reply]

  2. cik chintaon 04 Mar 2012 at 11:17 PM

    dr totin, macam mana pulak dengan masalah kulit gatal2 utk org dewasa. macam sakit kulit eczema tuh? gile saya tak tahan, dia mcam tak pernah baik2. malah berjangkit2 makin lama, makin merebak besar. bengang pasal kena kat kaki. memula sikit. pasti makin banyak. pastu jangkit kaki sbelah. makin hodoh kulit kaki sebab tak sedar tergaru masa tido. tensen. da xbole pakai suar pendek. sile ajar cara nak baikkan. x dapat baikkan, dapat kurangkan ckup r

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    ohh eczema memang banyak cara nak ubatkan. tapi kena amik masa and kena betul2 tau dengan perawatan. later i cerita okee

    [Reply]

    cik chinta Reply:

    tq dr totin. anda mmg kooln baik hati tanpa disedari kan? lop u lah

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    ahaha tiba tiba memuji. malu saya.

  3. amaniammaron 05 Mar 2012 at 3:39 PM

    tq le for the info..

    betul pe doc ckp…bb sesuai pakai PH neutral..
    so far my lil’caliphs during bb pakai sabun jenis neutral..
    biar mahal..tp kulit x dijangkiti kuman dgn senang

    alah membeli menang memakai

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    yeahhh betul2 🙂

    [Reply]

  4. Zilaon 05 Mar 2012 at 10:54 PM

    salam doc kiut..thanks for sharing this tips. Sangat-sangat berguna for first time soon-to-be mother macam saya yg clueless nih. Thanks again.

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    eheee welcome!

    [Reply]

  5. new mumon 06 Mar 2012 at 6:25 PM

    Doc, mcm mana pulak ngan ruam yg banyak especially pd muka baby. Sampai sekeliling mata bengkak2? Dah letak mcm2 krim pon xmo hilang 🙁

    [Reply]

  6. survivoron 07 Mar 2012 at 12:53 PM

    Hello there,

    Akak rasa awak ni doktor kelakar tapi asal akak gi hospital, x pernah jumpa doktor kelakar… semua muka serius jer…

    anyway, akak buat mastectomy last year due to breast cancer. x buat reconstruction breast pun… buang semua and tinggal lepek and parut… cumanya, kat bawah ketiak ada gelembung sebab doktor yang operate tu mcm x pandai jahit jer… jahitan pun compang camping… burukssss…

    maybe awak leh buat entry operation ke…. cara-cara jahitan yang elok…

    atau kena hantar gi kelas ERT… skrg kalau tgk badan ni, menyampahsssss tgk jahitan x kemas and ada isi gelembung… ikut logik, xkan akak nak suruh tetas and jahit semula… ohhhhhhhhhhhhh x sanggup….

    [Reply]

  7. norhanina rahman shahon 09 Feb 2013 at 8:14 AM

    salm n slamat pagi.moga info ini banyak membantu kami walau dah lama bergelar ibu.amin.

    [Reply]

  8. nina rahman shahon 02 Mar 2013 at 11:51 PM

    salam.akhirnya jumper jugak blog dr.jenuh ingat.

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |