Feb 28 2012

Melahirkan anak dalam air!

Published by at 7:13 PM under It is all about health!

Pernah dengar water birth? Iya, melahirkan dalam air sekarang menjadi trend para ibu lebih-lebih lagi apabila beliau ini melahirkan anaknya dalam air.

Jangan ingat bila kita melahirkan dalam air, baby yang keluar akan terrel berenang dan bakal menjadi perenang negara. Tidak ada kaitan sama sekali. Memandai je kau ni. Actually, bila kita melahirkan di dalam air, sekaligus lingkungan sama dengan bayi dari dalam perut.

Apa bestnya?

  1. Lingkungan air dapat membuatkan keadaan lebih nyaman dan santai. Macam korang pergi swimming kecepur kecepur gitu.
  2. Air juga dapat meningkatkan energy pada sang ibu saat persalinan sebab tak tergantung pada graviti.
  3. Daya apung dapat kurangkan berat badan sang ibu, sekaligus mengurangi tekanan pada perut dan dapat memudahkan pergerakan dan posisi sewaktu persalinan. Kira macam ko nak buat kuak lentang ke, berenang kupu-kupu waktu melahirkan ke sukati kau ler.
  4. Daya apung juga dapat membuatkan contraction pain sewaktu melahirkan lebih efficient dan perjalanan darah lebih baik. Ini bagus! Sebab dapat kurangkan rasa sakit dan memberi oksigen yang baik kepada baby kita.
  5. Berendam dalam air dapat mengurangkan tekanan darah tinggi akibat perasaan gelabah waktu bersalin.
  6. Air dapat menyebabkan ‘pek pek’ kita atau nama lain ‘Jessica’ kita lebih elastik macam getah sehingga mengurangkan ‘pek pek’ terkoyak besar robek robekan sana sini bersepah sepah susah woi nak jahit.
  7. Air dapat memberi rasa private sikit, dapat lah korang kurang rasa malu waktu melahirkan. Hek ele nak melahirkan pun nak malu-malu.
  8. Keuntungan untuk baby, dapat memberi lingkungan yang sama macam sewaktu di dalam perut, jadi sewaktu air ketuban pecah, kuranglah risiko fetal distress, err atau bahasa pasarnya, risiko bayi lemas.

Keburukan?

  1. Air masuk dalam salur darah dan tersumbat. Yang ini saspen, sebab boleh terjadi kematian tiba-tiba kepada si ibu. Tapi sebenarnya risiko ini akan terjadi pada mana-mana cara melahirkan pun, jika kita melahirkan secara normal / operation, tetap akan ada risiko air masuk salur darah, iaitu air ketuban kita sendiri. Eh air ketuban korang lah, i tak mengandung lagi mana ada air ketuban.
  2. Kemungkinan tersedak kepada baby, biasanya terjadi bila baby tersepit tali pusat sehingga baby jadi termengah-mengah. Tapi biasanya jarang terjadi sebab baby tidak akan bernafas pakai hidung selagi tali pusat tidak dipotong.
  3. Ibu dan anak akan terberak waktu bersalin. Iyalah, sambil meneran itu, nak keluarkan bayi terkeluar tahi sekali. Jangan takut dengan air kolam yang penuh najis sebab itu sama sekali tidak meningkatkan resiko infection pada bayi.

Kesimpulannya, lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Cuma teknik ini masih belum diperluaskan di hospital kerajaan Malaysia. Korang boleh suggestkan dekat kementerian untuk buka kolam renang di hospital. Boleh lah hari-hari I pergi swimming. Eh?

Yang bapaknya sibuk nak berenang juga apekehal?

Contoh Waterbirth, hanya untuk tontonan dewasa.

19 responses so far

19 Responses to “Melahirkan anak dalam air!”

  1. honeyson 28 Feb 2012 at 8:42 PM

    ooowowwwwoowwwwWOOOOOWWWWWWWW….

    baru tahu nih..
    thanks for the info…
    sangat berguna…

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    erk panjangnya wowww

    [Reply]

  2. aijaon 29 Feb 2012 at 7:00 AM

    Hosp Govt belum perkenal kan lagi kot. Private maybe ada, tapi mesti $$ mahal kan. Pernah baca somewhere over the net, kat m’sia ni ade satu chinese couple try water birth kat umah sendiri, ibu n anak selamat. Cousin kat Australia cite, dia mencangkung atas katil masa deliver baby. Sekali push baby dah kuar sbb graviti tolong.
    wallahuaklam

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    errr bayangkan jap. macam lenguh je kalau bersalin sambil mencangkungg.

    [Reply]

  3. SYANIon 29 Feb 2012 at 7:13 AM

    Kurang berdarah ekk kalau bersalin cenggini..

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    huk aa. logically darah kurang kalau dalam air.

    [Reply]

  4. pupelon 29 Feb 2012 at 9:00 AM

    oooh.. gerger.. belum mengandung lagi ni camne nak bersalin hehe.nice info doc. leh buka mata semua orang yang rasa bersalin dalam air ni takbesh haha.

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    tak best sebab tak merasa kenikmatan kesakitan bersalin biasa. ahaa

    [Reply]

  5. MrsFarahZakion 29 Feb 2012 at 9:16 AM

    Totin! teringin nak bersalin cenggini.. kat Malaysia mana ada servis nie ehh

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    hospital swasta banyak dah ada.

    [Reply]

  6. Clara Emilyon 29 Feb 2012 at 11:50 AM

    memang real la.
    takut la nak beranak.

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    kena ada experience2 camnii

    [Reply]

  7. Solehahon 29 Feb 2012 at 1:38 PM

    subahanallah..rasa nak nagis tgk video ni..pengorbanan seorg ibu..wlwpun waterbirth mengurangkan sakit tp perjuangannya tetap sama..thx dr.totin share hal ni..god bless u inshallah

    —Solehah

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    amieen.

    [Reply]

  8. boboon 02 Mar 2012 at 2:41 PM

    dgn i skali terikut meneran.. hiyaakkkkk…….

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Ahahahhaah you teran teran keluar apa tu? ;p

    [Reply]

    nieja Reply:

    amboi ko dah tak sabar ke ape bobo? haha.
    chika pon bsalin mcm ni kan?

    [Reply]

  9. Fathin Diyanaon 08 Jul 2013 at 10:55 AM

    boleh saya tau, penulis pun bersalin dalam air ke?? TQ

    [Reply]

  10. seraa zaimon 13 Sep 2013 at 10:44 AM

    eii.. tak biasa pula tgk org bersalin dlm air. hihi. tp info yg sgt menarik ^-^ thanks

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |