Jul 28 2010

Tips menghilangkan JERAGAT

Published by at 10:13 AM under How to look beauty?

Hoa, ramainya menantikan tips menghilangkan jeragat. Makcik-makcik nenek-nenek semua pm I minta tips. Sebenarnya I terpaksa berfikir berkali-kali mengeluarkan tips ini sebab I takut anda semua salah pakai ubat yang diberi.


Jeragat yang penuh di muka. Biasanya pada orang dewasa berumur 45tahun ke atas


Bekas-bekas hitam dimuka itu namanya jeragat juga.

Ini adalah ubat utama yang diberikan kepada patient setiap kali ada keluhan kulit berjeragat…,

Nama pun skin bleaching cream. Jadi dia akan bleach kan kulit anda yang berjeragat itu. Dipakai sehari sekali sahaja sebelum tidur. Ok? Ingat pesan I. Jangan berangan nak pakai banyak banyak sehari 5 kali dengan harapan, esok bangun pagi, kulit dah licin berkilat. NO WAY. Silap-silap esok pagi kulit dah tak rupa kulit.

Bila malam hari dah pakai melanox, siang hari pakai sunblock ini pula. Atau apa-apa sunblock yang bersesuaian dengan kulit anda. Kan I dah pesan sebelumnya, sinaran cahaya matahari akan menyebabkan kulit kusam dan berjeragat. Jadi prevention itu penting! Apa guna, malam-malam kita ubati, tapi siang hari berjeragat kembali?

Biasanya kulit anda akan nampak perubahan dalam 6 hingga 8 minggu. Tapi tetap memakai krim sehingga 6 bulan. Kalau sudah complete hilang jeragat tersebut, STOP. Ingat, jangan ngade-ngade nak berangan kulit putih konon-konon mix mat saleh. Kalau tiba-tiba kulit keluar warna baru, I tak jamin!

Melanox mengandungi Hydroquinon 2%. Kalau dekat farmasi tak ada jual product nama Melanox, cuba tanya,

“Akak ada jual ubat krim Hydroquinon 2% tak?”

“Takde. Hydroquinon 5% ada lah”

“Tak nak, saya nak 2% juga!”

Eh tiba-tiba keluar dialoq pula. Dengar cakap I, kalau I kata 2% beli yang 2% sahaja. Jangan mandai-mandai nak pakai 5%. Nanti kalau muka berubah jadi transformers jangan nak komplen-komplen dekat sini. I tak ajar!

WARNING!!!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang dah terkena sunburn, kering, pecah2, atau ada  luka dekat bahagian yang nak disapu. Jangan dulu!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang memiliki masalah alergi.

Sebaiknya jangan pakai kalau tengah pregnant. Tak tahu effect dia macam mana.

Tidak boleh digunakan pada mata, bibir atau dalam lubang hidung kalau buang tebiat.

Ingat, hanya pakai di kawasan muka yang berjeragat SAHAJA!

Akibat penggunaan yang tidak mengikut arahan:

  • Dalam jangka waktu yang lama, muka akan keluar pigment baru, menjadi uneven skin color. warna kulit tidak rata. (Hiperpigmentation)
  • Kulit kering, pecah-pecah, warna merah seperti terbakar dan terasa panas.
  • Gatal-gatal
  • Bengkak

Ubat pilihan ke 2

Rifaquin mengandungi Hydroquinone 4%. Tak apa, walaupun % dia tinggi sikit, tapi dia dicampur dengan tertinoin o.o5% dan fluocinolone acetonide o.o1%. Pakai dalam 2minggu sahaja untuk sementara waktu. Lihat effect dia. Kalau dah membaik. STOP!

Ubat pilihan ke 3

Yang ini, I google dan cuba cari nama generic untuk ubat skin bleaching di Malaysia. Jadi I rasa ubat ini mesti ada di Malaysia. Catat nama dia cepat! Tak ada keluhan susah didapatkan lagi. Cara pakai dan syarat-syarat tetap sama!

Jangan takut pakai ubat-ubat ini. Selagi kita pakai dengan dosis yang rendah dan tepat, tak akan jadi apa-apa. Kalau pun terjadi, itu cuma sementara and akan kembali normal bila kita stop pakai.

Pssss. Disebabkan ubat ini adalah sejenis ubat kortikosteroid (mempunyai side effect) , I tak berapa pasti ubat ini terlepas dijual di farmasi atau tidak. Kadang-kadang cuma doktor sahaja yang dibenarkan menjualnya. Dekat sini boleh lagi dapatkan Melanox di Farmasi. Dekat Malaysia I tak pasti.

Untuk kosmetik yang menjadi penyebab jeragat adalah……. Semua jenis kosmetik!….. kecuali… product CLINIQUE.

Hah semua dah terketar-ketar nak beli barang Clinique beratus-ratus habis gaji kerja setiap bulan. Tak apa, jangan risau. Kan I pesan, sebelum kita pakai make-up, kita lapisi kulit kita dengan sun-block, vitamin C, serum collagen.. barulah kita tempek make-up kita yang biasa-biasa itu. Ingat, kulit muka kita akan jadi disaster 10tahun akan datang kalau kita abaikan step step cenggini.

Selamat menjadi cantik!

I tak minta apa-apa, jangan lupa doakan I cepat dapat jodoh. Ewah tiba-tiba je.

170 responses so far

170 Responses to “Tips menghilangkan JERAGAT”

  1. Lisaon 01 Apr 2014 at 2:12 PM

    Hi Doc, hal jeragat ni, klu memasak di dapor walau tak kena sunlight tapi panas bahang tu kena pakai sunblock jugak?

    [Reply]

  2. cik syilaon 10 Apr 2014 at 5:28 PM

    salam uolls.. saya nak kongsi sikit untuk anda yang mungkin sedang tercari2 produk muka yang sesuai.. sebab saya pun sedang berusaha untuk licin kan muka ni.. hehehe letih la asyik tukar2 produk je, bulan lps saya try Shaklee.. ada prubahn.. jom boleh jenguk2 ke blog saya

    [Reply]

  3. syirahon 13 Jun 2014 at 11:13 AM

    salam.perkongsian yang baik tentang jeragat. saya juga mempunyai masalah yang sama sejak kecil. jeragat akan bertambah jelas bila berjemur di bwah matahari. sekarang solution saya adalah lebih kepada supplement sebab kebanyakan skin care akan menyebabkan wajah menjadi putih tetapi tidak menghilangkan jerawat.
    solution saya, vitamin e, vitamin c, esp yang saya makan dan amalkan sebagai masker setiap malam.
    Alhamdulillah, jeragat saya semakin pudar, Ia mungkin sukar dihilangkan, tp dengan mencegah dari semakin gelap juga adalah solusi terbaik untuk saya.

    Baca lebih lanjut tentang rawatan pigmentasi dan jeragat di blog saya.semoga bermanfaat.

    [Reply]

  4. Asainahon 09 May 2016 at 4:53 PM

    Suka sangat baca setiap entri dalam blog sis. Rasa ceria dan sangat berinformasi. Love it!

    [Reply]

  5. Ashon 09 May 2016 at 4:55 PM

    Best baca blog sis ni. Sangat ceria dan berinformasi.

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

| |