Jan 11 2010

Green Canyon

Published by Totin Jamain at 7:18 pm under Leaving on a jetplane.

Kalau tak tau Green Canyon, boleh google sendiri. Dari desa kami ke Green Canyon ambil masa dalam 1jam 30minit. Tak jauh tapi jadi jauh sebab sesat-sesat. Berkobar betul bertolak pukul 6 pagi. Sampai sana pukul 9 juga. -_-

Oh okay begitulah padahnya bila tak google dulu apa Green Canyon. Orang dah pesan bawa baju mandi, tapi I tak bawa. I ingat Green canyon itu tempat melihat persekitan hijau sambil naik bot. Haha Okay kena mandi rupanya. Kelam kabut beli baju dan seluar seksi.

Baju baru yey yey baju baru. Tipikal betul beli baju dekat tempat peranginan mesti tulis ‘Bandung, Indonesia’ atau ‘Green Canyon’ . Kalau beli dekat Langkawi mesti tulis ‘Pulau Langkawi’ hadoii.

Eh macam umur 12tahun sahaja adik ni. Maklum lah tak penah mendayung.

Okay kami dah bersiap-siap dengan jacket keselamatan. Bersiap untuk berenang merentas juram-juram! SIAP!


Boleh melihat I menjerit macam hape. Kami bukan berenang sebenarnya. Kami terpaksa menyelurusi tali yang diikat, melawan arus. Sumpah arus itu derasssss sangat. Nak cakap arus deras supaya engkau orang percaya sampai cakap sumpah-sumpah. Untuk pulang, kami lepaskan tali, ikut arus melawan juram. Jatuh juram berserah sahajalah. Gambar diambil oleh mas-guard kami. Tabik betul dekat mas-guard boleh bawa camera yang kami bungkus-bungkus dalam plastik sambil berenang.

Ini gambar google.

Gambar google juga. I rasa juram yang ini kot I jatuh. Tapi air dia tidak setenang seperti itu. -_- 5 kali ganda derasnya. Memang sepuasnya I jerit. Perut dah kenyang tertelan air. Eh tapi cool lah. Cool lah. Jatuh jeram memang cool.

Ini satu-satunya gambar terbaik dari mas-guard. Okay tak apalah janji ada. Cukup 8 orang. Doktor muda dari Gandrung Mangu 1 dan 2.

Pose sikit depan kereta kami.

Excited sangat, dekat rumah baru perasan kaki, tangan luka-luka. Lebam-lebam. Tangan kaki sakit macam hapa! *Hati pun tengah sakit* eh tiba-tiba.

Oh ok. Nasib baik I pergi dulu sebelum bagitahu mama. Kalau tak, mesti mama tak bagi I green light. Apa-apa pun,  Canyon Hijau memang best membawa seribu satu kenangan.

..

.

Eh belum habis lagi. Balik Green Canyon, kami ke pantai. Bersambung…

p/s: Gambar banyak sangat weh. Nanti upload dekat fb sahaja lah.


13 responses so far

13 Responses to “Green Canyon”

  1. niejaon 11 Jan 2010 at 9:00 pm

    macam menarek je tmpat tu..
    upload la pic2 lagi
    nak nengok gak

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Nieja
    ok dah uploaddd. pic banyak2 dekat fb laaa ok

    [Reply]

  2. mamaon 11 Jan 2010 at 9:31 pm

    alhmdulillah semua selamat…

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Mama
    ehehe selamat la mama. Kan ada pelampung keselamatan! :)

    [Reply]

  3. cmaon 12 Jan 2010 at 9:27 am

    best la….nk pegi!!!!jom shake…

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    cma
    besttttttttttttttttttt
    jom pegi siniiii lagiiiiiiii
    kalau air tak deras sgt bole renang sampai waterfall paling cantik kat atas skali
    tapi time e pegi air deras sangat. dpt pegi suku jalan le. atas2 dah bahayaaa.

    [Reply]

  4. fendyon 12 Jan 2010 at 9:28 am

    meh i ajar berenang…berenang katak ..

    [Reply]

  5. noraon 12 Jan 2010 at 12:54 pm

    u nampak tembam kat gmbr yg u pegang pendayung sorang2 tuh..muahahaha

    [Reply]

  6. niejaon 12 Jan 2010 at 1:26 pm

    wah..
    mcm best gile
    je tmpat ni babe

    [Reply]

  7. nashrexon 12 Jan 2010 at 9:04 pm

    taman negara pahang. ada jgak jeram cmni

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    Nashrex
    tak cantikk. tempat ni cantik gileeee kot.

    [Reply]

  8. etaon 18 Jan 2010 at 12:17 pm

    wah…seronoknya bercuti sama kawan2……have a nice day!!!!!take care totin…

    [Reply]

    Totin Jamain Reply:

    eta
    thankssssssss eta!

    [Reply]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply