Dec 22 2009
Trip to Gandrumangu
Eceh trip konon. Bukan trip lah tapi outstation. Outstation tu maknanya kerja lah bukan bercuti. Sekarang I berada di department untuk kesihatan masyarakat jadi kena berada di luar selama 6minggu. Di luar itu bukan bermakna di luar rumah tetapi berada di kampung-kampung pedalaman. Berkhidmat di Puskesmas, ala-ala macam klinik desa. Kita disuruh untuk siap mental dan fizikal.
Mental dan fizikal? Okay I dah terbayang tinggal di rumah papan. Cedok air pagi-pagi, mandi perigi. Makan nasi tempe setiap hari. Badan bintat-bintat digigit nyamuk. Oh my!!

I punya barang dah macam barang-barang nak pergi Haji .. Err.. macam nak pindah rumah pon ada jugak! Kami disediakan 2 lori pengangkut barang dan 1 bas. Kena gunakan kemudahan sebaik-baiknya!

12 buah motorsikal kami angkut masuk dalam lori!

25 orang ikut trip. Tapi drop tempat lain-lain di 1 kawasan. Macam contoh, kalau dekat Batu Pahat, ada yang ke Parit Raja, Parit Imam, Parit Bilal. Haa macam tu lah. Eh lupa nak cakap. Perjalanan kami mengambil masa 8 jam. Macam Johor ke Perlis. Dah dapat bayangkan pedalaman mana kami pergi?
I dah imagine teratak desa, tapi rupa-rupanya banglow mewah. Rumah I sendiri pon tak mewah macam ni. Semua kelengkapan cukup. Cheh buat penat je nanges-nanges berdarah sebelum bertolak.

Boleh melakukan aktiviti menguruskan badan di sini.

Nampak tak nun di hujung sana. Ada swimming pool wa cakap lu! I ambil gambar dari luar pintu bilik I. Dah maghrib takut nak ke sana. Haha kantoi Totin penakut.

Paling tidak kusangka-sangka, ewah. I dapat bilik sorang-sorang. Yabedabeduuuuu. Kami ber 5 di tempatkan disini. I paling tak ada mood nak tinggal sebilik ramai-ramai. Memang tak selesa. Lagi-lagi kalau kena satu bilik dengan lelaki. Nak cari port kentut pon susah. Hahaha. Bilik sendirian berhad, boleh I kongker pasang lagu kuat-kuat. Eh, kena ingat sekarang dekat kampung. Tak boleh macam tu tak elok.

Ish kacau betul lah mamat bertuala ni. Tengah nak shoot gambar bilik, dia bole enterframe pulak.

Aktiviti sebelah malam. Akak-akak mengajar anak-anak kecil bermain judi. Budak-budak ni semua saudara-mara kepada doktor merangkap owner rumah kami. Kebetulan doktor kami baru balik haji. Bukan sahaja rumah meriah dengan saudara-mara, makanan yang disajikan pon meriah-meriah belaka! Haa memang plan diet tergenjala lagi lah.

Sempat juga kami melakukan persembahan di depan doktor kami. Terimalah, Ku yakin cinta dari D’cinnamon. Eceh. Doktor siap tepuk tangan tauu! Oh lupa nak cakap, dekat rumah ni tersedia set bilik karaoke. Boleh berdag-dig-dug. Eh, tu macam mamat bertuala tadi je?
Dah macam pergi bercuti ke chalet 5stars. Kurang bilik sauna je tempat ni. Macam mana nak menerapkan kehidupan desa ni? Tak ada langsung kot. Ni dah salah tujuan ni.
Okay esok kami semua mula berkhidmat. Doktor kami cuti lagi sebab baru balik haji. Engkau orang boleh bayangkan tak macam mana kami handle patients esok? Dengan tak ada doktor atasan yang handle? Tunggu episode seterusnya!
p.s; Broadband IM2 memang penyelamat. (:

kadang-kadang, mende yg kita NEVER EXPECTED, kiranya macam tak menaruh harapan tinggi sangat, tu lah yang kita dapat..
aaa.. kan .. dapat banglo best.. uhuk..
congrats dear.. plus ada tenet lagi tu… wuuu.. besh2.. plus gym bagai, so nak makan waktu malam pun dah boley dah skrg ni. ahaha..
[Reply]
Totin.Naufael Reply:
December 22nd, 2009 at 11:05 pm
Ikoko
Amin amin.
Tulah dah siap bawak lotion anti nyamuk semua macam-macam persiapan tinggal di kampung. Skali dapat tempat macam ni. Nasib baik tak ada sakit jantung. Ahaa. tenet broadband ni I bawa. Ura-ura cakap tak dapat line pon dekat sini. Eh dapat pulak. Lajuuuu lagiii. ahhahaa. bahagiaaaaaa.
[Reply]
kah kah kah~ ini kah yang dikatakan kena mandi kat perigi yang terletak di luar rumah….sekali perigi swimming pool disediakan huhuhuhuhuh lawak2
[Reply]
Totin.Naufael Reply:
December 22nd, 2009 at 11:32 pm
Cikanot
hahahaaa tau tak pa. terkebil-kebil I dibuatnya. Takut-takut doktor ni salah orang ke kan. Memang pastikan betul2 tmpat kami ni. hahahahah dahla makan disediakan sehari lebih 4 kali. sedap2. aduh gemok gemok mewahnya hiduppp
[Reply]
bersedia la cik totin….good luck.!! eheh
tak sabar nak tunggu episode 2 cerita u ni.. dan apakah akan terjadi kepada jejaka bertuala itu..
[Reply]
pitcha last, gambar abg yg sebelah abg men gitar tu comam lerrr
[Reply]
bestnye..klu duk bertugas kat ctu lama pun tak per kan??huhhu…
penat jerk risau2…rupenye dpt tmpt lg best banding sblm ni..
bertugas tanpa doktor atasan..menarik…tak sbr nk tgk huru hara ape yg jadik..
wkakakakaa…
[Reply]
Totin.Naufael Reply:
December 23rd, 2009 at 9:47 pm
Nora
I siap bercuti gi bandung semata mata takut nak outstation. nak release tension awal2 la konon. last2, hek eleeeeee heaven siot kat sini. And tempat I skrang ni sejam je ke bandung. dekat dari bandung. wakakakka. adoiiii.
[Reply]
pergh menarik…wait u kat ctu smpi bile??
i awal bulan dua ada kat bandung tau…hahhahaa
[Reply]
Totin Jamain Reply:
December 24th, 2009 at 1:18 pm
Nora
I sampai awal bulan 2 kot
tak sure la lupeee
you buat apa pergi bandung?
[Reply]
nnt kami dtg melawat….hahaha
[Reply]
Totin Jamain Reply:
December 24th, 2009 at 9:08 pm
cma
cis ayat hahaha tu menyiksakan btul. kan best klau btul2 dtg bawak kfc, mcd, pizza dan makanan2 mewah kota. aahaaa
[Reply]