Archive for December, 2016

Dec 22 2016

Geng Sedondon

Assalammualaikum,

Masa mengandung dulu, bila dapat tahu mengandung anak perempuan, terus excited! Bukan sebab nak pakaikan anak dengan headbands lah, ikat rambut tinggi toncet lah, tidak.  Totin tak pernah pakaikan Aurora headbands dari baby, sampai ke besar Aurora memang tak suka accessories dekat kepala dia. Termasuklah ikat rambut. Jadi rambut dia memang serabut serabai macam mana pun, dia tidak akan ikat. Dah cuba buat beberapa kali sampai bergaduh-gaduh nak ikat rambut Aurora tau. Kena paksa baru dia nak.

Totin dari dulu nak pakai sedondon dengan anak. Nak buat anak macam geng-geng kita aje. Bila kita pakai sedondon ni, dalam masa sama anak akan rasa kita berada dalam dunia dia. Ini memang impiann dari mengandung lagi. Sebab tu dari baby lagi kalau Aurora baju warna pink, Totin pun nak baju pink, Aurora baju biru, Totin pakai biru. Senang cerita nak sedondon lah! Selain baju raya yang wajib sedondon setiap tahun, baju casual pun kena sedondon juga!

 

img_20161021_124906

Totin jatuh cinta dengan pakaian sedondon dari brand OmmaEsabel . Kalau dulu, nak cari pakaian sedondon punyalah susah. Nak kena pandai matchy-matchy kan sendiri. Kena pandai cari sendiri. Mommy yang ada anak mesti teringin nak sedondon macam Totin pakai ni kan? Omma Esabel dah siapkan koleksi untuk matchy anak beranak. Yang bestnya, OmmaEsabel ni bukan sahaja untuk anak perempuan, kebanyakkan koleksinya adalah unisex. Mommy yang ada anak lelaki pun boleh sedondon cenggini. Totin and Aurora pakai ni namanya koleksi Rambutan. Sebab ada rambu ramba bawah dia, nampak hipster bila pakai.

img_20161215_202054

Lagi satu yang bestnya, OmmaEsabel ni menggunakan t-shirt material. MEMANG TAK PANAS!! Tengok gambar ni, kami panas terik masa bercuti dekat Langkawi kelmarin, tetapi sikit pun tak ada peluh melekat-lekat di baju. Especially dekat Aurora tu. Biasalah budak tengah lasak lari kesana-kemari, bila berpeluh je mula lah rimas. Material ni memang tiptop, sikit pun dia tak mengeluh. Sangat selesa. Totin rasa nak beli semua design je!!

Koleksi dewasa yang Totin pakai pun loose, tak ketat, tak jarang. Untuk breastfeeding mommy, jangan risau, zip di bahagian depan memudahkan korang untuk breastfeed anak. Baju ni pun wudhuk friendly, tarik je lengan tu, it’s stretchable , tak payah susah-susah.

img_20161215_110846

 

 

Yang ni koleksi Cikedoot. Size yang available untuk kanak-kanak antara size 1 (untuk 1 tahun) hingga size 6 kalau tak salah. Sekarang ni OmmaEsabel tengah buat YEAR END SALE. Harga memang tengah murah. Cuba teka berapa? Agak-agak? Haaa kalau Totin bagitahu mesti tak percaya. Untuk dewasa cuma harga RM72 (harga asal RM76), dan kanak-kanak cuma dengan harga RM42 (harga asal RM46),.Total kalau beli sepasang cuma berharga RM114 sahaja. MasyaAllah murahnya!! Terus dapat pakai sedondon anak beranak!

Kalau tak percaya dengan apa Totin kata, korang boleh pergi dekat Butik Grandeur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Boleh rasa sendiri material dia. Boleh ajak anak sekali try pakai baju OmmaEsabel mesti dia suka! Harga dekat butik Grandeur pun sama tengah YEAR END SALE sama dengan HQ OmmaEsabel.

 

Instagram Grandeur : @Grandeur

Alamat: 32, Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Vendor: Omma Esabel (Instagram : @ommaesabel )

 

 

img_20161111_125318-01

Suka tak pakai sedondon macam ni?

Siapa tahu kat mana lagi ada jual pakaian sedondon anak-beranak ni lagi? Kalau tahu boleh lah share dekat sini ye! 🙂

One response so far

Dec 17 2016

Terengganu here I come!

Dah nak hujung tahun ni, bila lagi nak habiskan cuti hujung tahun korang kan? Takkan lah tak nak bawa anak bini bercuti ? Alaaah, tak payah jauh-jauh, dalam Malaysia pun dah cukup menarik untuk pergi bercuti! Tahun ni Totin habiskan cuti hujung tahun dengan cuti-cuti Malaysia ke Terengganu! Penat fikir nak kemana, akhirnya Terengganu menjadi pilihan. Tak tahu lah, tiba-tiba mengidam nak makan keropok lekor Terengganu. Kakakaa jauh betul mengidamnya kan. Korang semua pernah pergi bercuti ke Terengganu tak?

Tapi sebelum bercuti ke sana adalah lebih baik kita buat perancangan , betul tak? Tak kira lah korang nak pergi mana pun sebenarnya, yang paling penting sekali kena rancang bajet percutian. Takkan nak main harung jeeee kan? Kalau mengambil kira harga tol, minyak, penat drive jauh tambah-tambah dengan musim cuti sekolah ni, mesti traffic jam sana sini, Totin decide nak naik flight je! Senang!

 

Totin suka rancang percutian dengan Traveloka. Korang pernah dengar tak? Alaaaaaa salah satu website untuk memudahkan perancangan percutian korang! Dulu, setiap kali nak bercuti, berminggu-minggu juga nak survey arah tuju. Nak booking hotel apa, hotel mana yang terbaik dan boleh dapatkan dengan harga yang paling jimat, dan paling penting, flight tiket! Terpaksa survey satu-satu website nak cari tiket flight mana paling murah. Sekarang, tak payah pening-pening nak survey sana sini, sebab Traveloka boleh dapatkan hotel dan tiket penerbangan dengan cara paling mudah dan effective! Dan yang paling penting sekali, MURAH!

123

Haaa tengok tu. Traveloka dah siap-siap surveykan untuk kita mana satu flight paling murah nak pergi Terengganu untuk minggu depan!! Haa senang kerja! Semua Airlines dia list down kan. Boleh pilih nak naik flight apa, pukul berapa, harga berapa, semua dah tertera! Bukan flight dalam Malaysia je tau, dia tolong kita surveykan ticket flight ke seluruh Asia Tenggara! Amboiii senang betul! Harga yang dipaparkan juga sudah termasuk dengan segala taxes dan tiada caj tersembunyi. Menarik bukan?

aaxa

Untuk percutian kali ni, Totin plan nak stay dekat homestay je. Sebab Totin nak bawa sebatilion keluarga termasuk parents, adik-adik dan family abang . Bila mereka duduk satu rumah ramai-ramai pasti akan rasa lebih seronok dengan percutian mereka. Dekat Traveloka ni bukan sahaja ada lebih 100 hotel yang menawarkan harga potongan dengan harga yang berbaloi, homestay pun ada sekali tau. Tak payah lah Totin penat-penat nak google dot kom mencari sana sini. Semuanya di hujung jari! Ecewahhhh.

Korang tak payah risau apa-apa, kalau ada masalah dan memerlukan bantuan, just contact je dekat customer service, +6015-4840-9469 , derang memang membantu! Kalau segan nak call, just click dekat “Need Help” kanan bawah tu, boleh terus live chat bagitahu masalah korang tu.

Haa lagi satu yang Totin perasan,

345

Traveloka sekarang tengah buat holiday sale! KEBETULAN PULAK KAN! Time hujung tahun ni tiba-tiba je ada sale! Dengar cerita Traveloka selalu buat sale cenggini. Cara nak booking pun senang, just masukkan coupon code masa nak bayar dekat payment page tu, terus dapat discount! Alaaa.. sebenarnya kalau takde discount pun dah murah, apalagi bila ada discount kan! Kan totin cakap, nak bercuti kena bijak mengatur bajet!

Okay lah Totin dah penat membebel. Totin nak kemas luggage siap-siap , tak sabar dah nak pergi Terengganu!!! Nak jalan-jalan cari makan. Apa kedai-kedai makan menarik di Kuala Terengganu? Tolong list kan dekat sini !!

 

Untuk info lebih lanjut dan  promosi dari Traveloka, korang boleh dapatkan di ;
Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

No responses yet

Dec 10 2016

My skincare routine

Published by under How to look beauty?

I nak cakap pasal skincare routine malu sebenarnya. Muka tak berapa nak flawless mana pun but since lately ni ramai yang request, I cerita sikit my daily skincare routine daripada celik mata sehingga sebelum tutup mata ok? briefly sahaja tau, kalau nak cerita details kena tanya your own beauty consultant. ;p

In general, setiap orang mempunyai skin types yang berbeza. Jadi apa yang tertulis ini hanya sekadar panduan sahaja. Ini apa yang I pakai daily, it doesn’t means it will suits you. Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza. Steps boleh follow, but skincare product tu you all kena try and error sendiri ok?

DAYTIME

  • CLEANSE

Walaupun bangun tidur ke, pakai makeup or not, tetap akan mulakan dengan bersihkan muka dulu. Actually ada banyak jenis cleanse.

  • gel : better. sesuai untuk combination skin type.

  • milk: jenis ni tak sesuai sangat kalau kulit berminyak. Sesuai untuk kulit kering je.

  • bar soap: boleh buat muka jadi terlalu kering.

Siapa follower totinx.com mesti dah tahu, Clinique adala skincare yang Totin pakai sejak dari zaman student lagi. Dulu muka kita, masyaAllah teruk betul. Menggerutu sana sini dengan jerawat sabung menyabung. Sejak consistet pakai Clinique, semua jerawat slowly resolved. Nak kata tak ada jerawat langsung tu menipu lerr.. cuma dia segan silu sikit nak muncul.

Lebih 10 tahun pakai ni, so far memang tak ada masalah.. Anyway seperti yang I cakap, setiap orang tak sama ye. Kalau pakai any skincare buat muka jadi kemerahan, panas, jerawat bertambah, stop segera ok? Clinique ni walaupun dah lama pakai, time traveling I akan guna skincare lain. Sebab bottle cleanser ni besar dan tak travel friendly. Lepastu pula botol ni jenis picit-picit, bila masuk dalam luggage selalu tumpah. 🙁 I pula sejenis manusia pemalas nak transfer ke small bottle, memang malaaaaaas.

So far, Mary Kay Botanical effect ni pun sesuai dengan my skin. Harga pun cheaper than Clinique. Packaging lebih ringan dan senang nak bawa travel. So cleanser ni memang akan sentiasa berasa dalam travel bags. Senang nanti tak lupa kalau nak kemana-mana.

 

  • TONER

Sebenarnya fungsi toner ni untuk menutup pori-pori. Penting especially untuk yang apply makeup. Cara nak apply toner cuma dap-dap kan sahaja dekat muka. Tak payah banyak-banyak. Tak payah nak tonyeh-tonyeh sangat.

Favourite toner Totin pun tetap dari Clinique. Satu botol ni boleh pakai 5-6 bulan tak abis-abis. Harga mahal tapi berbaloi.

  • HYDRATE

Ramai yang skip this steps kan? Sebenarnya I sendiri pun jarang guna ni dulu. Lately ni baru terasa muka sedikir kering especially after apply makeup. Akan nampak garis-garis kering dekat muka . Eerr mungkin salah satu faktor penuaan juga?

Memandangkan I jenis kurang minum air. Hari-hari berusaha nak minum air banyak-banyak but end up terlupa juga. Pasti gagal! So cara paling selamat, kena rajin hydrate kan wajah. Kalau tak nanti muka cepat berkerut kerepot.

Dulu I pakai Clinique Moisture Surge ni. Memang best tapi bekas ni kecik je, tak puas. I pula jenis tepek banyak-banyak , jadi cepat habis. Tahun ni I start cut cost sikit so untuk hydrating skins I try survey yang lain. Actually banyak jenis dekat pasaran, ada yang suka pakai Hada Lado, but I noted that my skin is not suitable with any korean skincare/makeups. Mesti ada je yang tak kena.

 

Sekarang I pakai Neutrogena Hydro boost water gel. Memang besttt! Rasa lembab sangat skin bila pakai ni. Beli dekat Watson time sale, harga tak sampai Rm50. Bekas pun besar.

  • ESSENCE & SERUM

Korang pakai serum jenis apa? Yang ni Totin pakai, tapi sebab harganya mahal (RM3xx), selalu pakai sikit-sikit jimat cermat. Bertahan 3-4 bulan juga.  Konon acah-acah nak kulit licin macam telur atas tu lah. Kalau consistent pakai insyaAllah boleh. Clinique ni reaction memang slow sikit tapi jangan risau, clinique tak ada chemical and very safe!

  • MOISTURIZE

Untuk mosturizer, ada macam-macam jenis dekat pasaran. Make sure jangan sampai tersalah pilih tergantung kepada skin types masing-masing.

  1. kulit berminyak – cuba cari mosturizer yang water base. Macam krim tapi tak pekat sangat.

  2. normal – combination krim/water base

Totin memang guna basic set Clinique. Termasuk lah yang ni. Mosturizer Clinique sangat jimat, boleh apply 4-5 bulan pun tak abis.

  • PROTECT

Haa steps last ni pun ramai yang skip. Sebelum kita apply makeup, kena protect dulu skin dengan lapisan terakhir. In case nak pakai foundation, jangan lupa apply sunblock dulu dekat muka. Kalau ada day cream, boleh pakai time ni. Kalau setakat nak makeup pergi kerja, Totin prefer guna bb cream, dalam tu dah siap-siap SPF.

  • FACEMIST

Belummmm selesai. Jangan gopoh-gopoh tenyeh makeup / foundation dekat muka. Sebelum tenyeh tu jangan lupa spray facemist dulu. Dalam macam-macam facemist, I paling suka dari Facial Mist Toner Sasatinnie ni. Memang lepas spray terus segar je muka. Bau pun wangiiiii. Spray ni skaligus buat kulit lebih lembab and moisture. Biasa lepas makeup pun I akan spray lagi sekali. Kalau lama-lama muka keletihan pun akan spray lagi dan lagi. Kalau bosan tak tahu nak buat apa pun spray juga. Haa nampak tak taksub sangat dengan bendalah ni.

Spraymist ni beli dekat SASA. Murah je. Sekarang tengah sale harga dalam RM20 macamtu kot.

 

NIGHT

  • MAKE UP REMOVER

Dah malam sebelum tidur, make sure cuci muka semula. Samaada pakai makeup atau tidak, kena bersihkan juga dengan makeup remover. Ambil kapas dan cuci muka dengan makeup removal sehingga lah kapas tu tak menunjukkan sebarang kekotoran.

Micellar Cleansing water GARNIER ni antara my favourite!! First time pakai terus rasa jatuh cinta. Yang bestnya micellar ni boleh sekali cuci face, lips and eye sekaligus. Tapi kalau apply makeup, I cuci juga eye + lips pakai makeup removal yang oily for eyes and lips. Tak kesah lah brand apa pun, semua sama je. Agak-agak kalau dah habis and malas nak beli, rembat baby oil Aurora punya, pun boleh juga.

  • CLEANSE
  • TONER
  • HYDRATE
  • ESSENCE & SERUM
  • MOISTURIZE
  • TREATMENT

Steps yang lain semua sama. Penutupnya jangan lupa letak treatment cream. Kalau ada night cream boleh pakai time ni. Kalau muka ada jerawat boleh cari cream for acne.

Ni yang Totin pakai sekarang.  Sesuai untuk dry-combination skin type (kulit orang asian). Bangun-bangun muka jadi lebih fresh, tak kering tak berminyak pun. Kalau ada jerawat nakal, besoknya dah kecut dah. Smart night ni berfungsi sebagai anti aging juga, dapat hilangkan small wrinkles, garis-garis halus dan uneven skin tone. Bangun pagi terus terperanjat kulit cantik macam Bunga Citra Lestari eh tak pasal-pasal.

WEEKLY

Scrub and mask Totin akan buat 2kali seminggu. Tapi kalau busy sangat, seminggu sekali je. Kalau terlalu malas, 2minggu sekali pun pernah. Semua tergantung mood. kekekeeh. Scrub and mask ni sebenarnya penting untuk buang sel kulit mati. Selalu lepas pakai, kulit akan jadi lebih licin dan terasa bersihhhhhhh sangat. Setakat ni I takde fix apa-apa scrub or mask kegemaran. Semua ok. Kalau agak-agak nak try tu kita try. Agak-agak tak berkenan, kita try bendalah lain plak. So far bila pakai mana-mana scrub tak ada yang jadi allergic reaction or kulit jadi tak sesuai or kemerahan.

Sebelum ni Totin pakai scrub Clinique, tapi sekarang tak lagi. Nak cut cost katakan. Sekarang tengah pakai scrub botanical effect Mary Kay.

Scrub ni 2in1, mula mula pakai as masker. Biarkan 10-20 minit kemudian cuci dengan cara scrub muka sekali. Terus muka licin dan fresh! So far memang best pakai ni. Bau pun tak annoying. Scrub yang bau boleh buat kita pitam tu awal-awal Totin dah blacklist dah.

Ohya, selain scrub wajah, Totin pun suka lips scrub. Yang ni memang selalu buat especially bila bibir makin hari makin kering. Scrub 2 kali seminggu cukup buat bibir jadi lembab dan dapat tanggalkan sel-sel kulit mati dekat bibir tu. Baru lah rasa confident sikit kan!

Ni I baru try. Sambil pakai ni curi-curi rasa sekali, manisss! Haha. Kalau dekat MaryKay Satin Lips scrub ni datang dengan lip balm sekali. Tapi I beli yang scrub je. Lip balm I prefer pakai Nivea sebab dah biasa guna tu dari dulu. Mana-mana pun boleh janji sesuai dengan citarasa korang.

15391060_10154775395022641_7094268220010240574_n

Okaylah dah panjang berjela kan. Korang rasa nak termuntah tak baca? Sebenarnya Totin tengah kerja locum. Sementara tak ada patient ni sempat lagi update blog kan? Kan nak terapkan azam tahun baru 2017 untuk rajin update! Kena start tanamkan semangat dari sekarang! Bhuahaha.

Okay guys. See you later!

 

 

2 responses so far

Dec 08 2016

Fanpekka AEON TEBRAU

Assalammualaikum,

Saya tiba-tiba rajin update. Biasalah setiap kali hujung tahun je jadi rajin update. Kenapa? Sebab hujung tahun adalah tahun untuk renew hosting and domain. Waktu ini baru tersedar kepentingan update blog. Kalau tak update, rugi je bayar blog setiap tahun. Syndrome rajin update ni datang hujung tahun-awal tahun je. Lepas tu hilang dah. Kahkah.

Kali ini nak update pasal FANPEKKA AEON TEBRAU. Siapa pernah pergi? Katanya Fanpekka ni adalah yang pertama di Malaysia dan dibawa khas dari Finland. Totin memang suka spend time dengan Aurora especially masa weekends. Yelah, waktu tu je yang kita ada masa dengan anak. Weekdays memang busy kerja. Balik pun dah lewat malam. Untuk parents, memang recommended sangat untuk bawa anak-anak pergi tempat ni. Banyak pekdahnya.

Bila orang tanya, FANPEKKA ni macam KIDZANIA eh? hemmm. Beza sebenarnya. Pertama beza harganya. Kah kah kah. Fanpekka ni murah je, cuma RM50 untuk kanak-kanak dan RM11 untuk dewasa. Untuk whole day, boleh keluar masuk. tempatnya besar juga, tapi tak sebesar KIDZANIA lah boleh pengsan kita kalau main kat Kidzania tu. Untuk kanak-kanak kecil macam Aurora ni lebih berbaloi pergi Fanpekka je instead of Kidzania. Dulu bawa Aurora ke Kidzania dia tak faham apa membazir je rasanya. Dekat sini, ada banyak aktiviti and for me it’s really good! Memang bagus untuk ajar anak lebih fokus dan untuk pembelajaran anak.

 

img_20161126_144536

Nampak tak dia punya playground area. Aurora tak berapa interested dengan aktiviti lasak panjat-panjat tu semua. Masa datang tu dia terus naik gelongsor and silapnya masatu Aurora pakai gown. So skirt dia buat kaki dia melecet dekat gelongsor. Terus dia tanak main situ dah. Sebab kita masuk pun kena bayar, dengan Totin sekali redah main gelongsor. Boleh tahan cerun slide dia. Kita pulak yang menjerit over. Maklumlah zaman kanak-kanak dulu takde tempat cenggini. kekeke.

img_20161126_144150

Bila kaki dah melecet, dia main bola-bola dekat bawah ni je. Pengajaran lepas ni kalau nak bawa anak main playground jangan lah pakaikan skirt cenggini. Kena cari seluar panjang yang tebal. Actually ni dah second time, dulu tangan aurora melecet bila main slide, kalini kaki pula. kulit dia memang lembut sikit, bergesel sikit dah melecet.

img_20161126_130006

Ala-ala Kidzania juga, sebelum masuk ada passport untuk diisi. Tapi fungsi passport ni macam tak macam kidzania yang boleh claim hadiah kalau tak salah. Stamp kat sini just untuk menunjukkan dah berapa kali kita datang Fanpekka ni.

img_20161126_133337

 

Aurora suka main dekat tempat acah-acah bekerjaya ni. Macam-macam zone pekerjaan ada dekat sini. Stall nye pun kecik-kecik je tak besar. Memang sesuai untuk age 3-8yo. Ngam ngam kedai ni tinggi Aurora, memang dia suka lah. Tak pasal-pasal kita kena acah-acah jadi customer dia.

img_20161126_133633

Nak beli ice cream pun kena beratur. Ramai betul staff kedai ni. -_-

img_20161126_132821-1

Makcik Florist ;p

img_20161126_133812

Si pembuat pizza.

Baru tau uniform penjual pizza memang macam lab coat eh?

img_20161126_153051

Salah satu cara nak suruh Aurora balik. Kalau tak jenuh nak memujuk dia suruh balik. Akhirnya umpan dia untuk main train dekat luar Fanpekka. (actually it’s still under Fanpekka but outsite the play area.) So boleh keluar dari kawasan tu. Senang sikit nak suruh dia balik. Happy semacam dapat naik train. Atok dia melayan, mommy tak kuasa. kekeke.

img_20161126_131849

Haa best kan? Untuk kita yang kepenatan menunggu, boleh try makan dekat restaurant dalam tu. So sambil anak main, kita makan lah apa lagi. Kekeke.. Western food, harga standard lah harga western juga. :p Tak sempat nak amik gambar time makan, dah kelaparan masatu.

 

Sekarang ni tengah cuti sekolah kan? Kalau datang Johor Bahru selain ke Legoland, Hello Kitty Town, Angry Bird park JBCC , boleh datang ke Fanpekka AEON tebrau ni ok?

 

 

2 responses so far

| |