Archive for June, 2016

Jun 27 2016

#GRANDEURRAYA2016

Assalammualaikum,

Daripada sebelum event nak update blog, nak invite uolls datang event dekat Grandeur tapi tak menyempat. Sampai lah event dah tamat, baru berkesempatan nak update. Tak apa lah I anggap sahaja uolls semua follower my instagram ok? So meaning uolls memang dah tahu, I and #grandeurteam ada menganjurkan Jualan Murah Tengah Malam Grandeur pada Jumaat, 24 Jun lepas!

Sorry kalau yang dah terlepas. Event ni sekali setiap tahun.  Boleh datang tahun depan ok?

Macam setiap tahun, setiap kali bulan puasa, I memang memberi perhatian penuh pada baby Grandeur. Masa ni terpaksa stop business lain. Kena all out untuk Grandeur especially for sale event. Dari advertising, marketing, preparation semua I arrange  dari awal bulan. Nampak macam mudah tapi sale strategy memang I aan buat I pening kepala. Nasib baik team memang sangat membantu.

Masa ni butik masih buat preparation. Customers dah ramai menunggu susun kerusi menanti penuh kesabaran, Terharu pula.

Door open tepat jam 9 malam. Alhamdulillah kali ni lebih teratur compare dengan last year. Kalau tahun lepas kami tak dapat buka pintu serentak atas bawah. Emcee pun datang lewat, tak dapat nak countdown. Kalini kami dapat countdown sama-sama, shopping sama-sama untuk Grandeur atas dan bawah. Doorgift dapat bagi dengan lebih adil.

Kalau ada yang menegur I tapi I buat muka macam tak berapa nak kenal tu harap maaf yer. Kadang-kadang memang tak perasan. Kadang-kadang kepala alok. 2 malam tak tidur nak settlekan event. Mata sebenarnya dah rabak habis. Tapi sebab excited event punya pasal, memang stay sampai 4 pagi demi Grandeur.

Adrianna Yariqa antara vendor pertama yang buat happy hour malam tu. Bukan main meriah lagi customers dapat borong Adrianna Yariqa dengan harga super murah. Menyesal betul bila tak dapat beli hari tu tau. Terima kasih tak terhingga juga untuk team Adrianna Yariqa yang sama-sama datang memeriahkan sale event malam tu!

Antara selebriti yang sama-sama memeriahkan event malam tu. Thank you Mamat Sepan yang datang sama-sama lelong baju melayu The sultan by Mamat Sepah. Sesiapa yang tak sempat datang malam tu, still boleh dapatkan di Grandeur Boutique. Kalau lambat nanti size habisssss!!!

Vendor owner Harfah pun datang. Thank you! Tak sempat nak jumpa. I tak perasan, tengok gambar baru tahu. Hahahaa sadis sangat kan. Busy tak sempat jenguk butik bawah. I banyak habiskan masa dekat Grandeur Exclusive first floor malam tu, maklumlah Aurora mengamuk buat hal sahaja. Bila dekat butik atas, senang nak monitor Aurora, dia susah sikit nak keluar masuk.

Bila OwlByNd buat happy hour! 30minit je wehhhh! harga kemain murahhhh!! Rugi besar siapa tak datang sale malam tu.

Setelah buat survey, didapati hampir kesemua yang pulang mendapat sebuah shopping bag Grandeur. Oh ada yang bawa sampai dua tiga buah bag pun ada.

Kalau masuk sini mesti rambang mata kan? Sempat lagi nak datang Grandeur sebelum raya! Butik Grandeur buka sehingga malam raaaayaaa!! Yehaaa!

Alhamdulilah, event went well. Terima kasih tidak terhingga buat kesemua #GrandeurAngels !!!! Semua team Grandeur memang awesome!! Semua dah menjalankan tugas dengan sangat sempurna! Respect sangat! Kita semua sama-sama penat, susah senang sama-sama. Salah silap harap dimaafkan. Ini lah muka-muka belakang tabir yang menjayakan #GradeurRayaNightSale 2016 ni!

Semua staff Grandeur pakai Alma Kurung Moden OwlByNd, sesiapa yang berkenan dengan outfit kami malam tu, boleh dapatkan di Grandeur Excusive first floor ok?

GRANDEUR BOUTIQUE

32, JALAN PADI EMAS 1/4

BANDAR BARU UDA,

JOHOR BAHRU

Instagam: @grandeur_my

Facebook: Grandeur

No responses yet

Jun 07 2016

Raya with OWLBYND!

Published by under Ladies & Gentleman!

Dapat jemputan event ni pun last minute. Bagitahu dress code pun last minit. Lepastu boleh pula buat andaian sendiri, haa ni mesti simple event je kot! Maybe just a hi-tea event. Tak payah lah pakai glamour sangat. Pakai je apa yang ada tu. Schedule pula a bit tight masa tu. Pagi ada business appointment at KLCC. Memang a bit rushing nak ke Flora Terrace lepastu. Jem sikit. Nasib baik sempat.

Memang sampai-sampai je ramai orang. Terus malu nak masuk. Alkisahnya Totin pakai baju putih cardigan H&M kids size 12tahun wakakaka. Teruk betul perangai, pergi event boleh pakai baju kanak-kanak. Nak enterframe lebih-lebih pun malu. Muka memang tak makeup langsung masyaAllah. Kami sebenarnya tengah lapar gila, tak lunch. Sampai-sampai terus menuju ke buffet makanan! Cuma ambil seberapa banyak yang boleh! HAHAHA. Seat yang ada table dah penuh. Kena duduk seat tak ada table. Jauh pula dengan table buffet. Memang tak dapat nak tambah makanan. Makan pun kena kontrol sikit sebab baju putih. Kang keceret terperecik sambal-sambal dekat baju buat jatuh maruah je nanti.

Nora Danish is very friendly. Dia dari dulu memang tak ada sedikit pun perangai sombong dia. Sempat lah duduk sembang-sembang dengan kami sebelum event start. Gambar ni husband candid. Muka tengah macam tempebelacan. Tengah gosip rancak kononnya! Ni yang tak suka bila husband ambil gambar bukan nak cakap 1,2,3!

Event ni santai sebenarnya. Nora as emcee yang memperkenalkan kesemua koleksi raya #RayaWithOwl ni. Kesemua penggambaran koleksi ni dilakukan di Iceland. Ya Allah cantiknya bila tengok video Nora terus terasa nak book Dreamtrip Iceland! heheee.

Semua fashionshow ni dijayakan oleh instafamous yang menggayakan pakaian #RayaWithOwl ni. Tak berapa kenal dorang ni actually. Cuma cam AfifahNasir je. Semua muda-muda cantik berseri.

Semuaaaa koleksi lawa! Tengok ni terus confirm nak pakai baju raya OWLBYND untuk tahun ni. Tak ada nak fikir–fikir lagi dah. Sempat juga belek-belek material. Alamak memang jatuh cinta pandang pertama! Tak sabar nak beli buat pakai raya pertama!

Printed Shawl Raya tu harga  RM189. WOW mahalnya. Itu response orang. Tapi bila Totin try pakai, wow! memang berbaloi dengan harga. Material tiptop tak mengecewakan langsung. Kalau Totin tipu memang Totin tulis totin tipu. Tapi ni memang best! Maxi dress yang Nora pakai pun best. Harga cuma RM169, material sangat flowy! Terus Totin grab satu buat koleksi dress kita!

Haaaa siapa nak beli baju ni? Kita sedondon di pagi raya! Better preOrder sekarang dengan butik grandeur (order.grandeur@gmail.com) sebab stok limited! Hot items sangat ni dah tak banyak tinggal! Harga baju kurung OWLBYND rata-rata RM229 sahaja. Shawl printed yang Nora pakai tu RM189! Beli sedondon cantik tau!

Ohya, kesemua koleksi-koleksi OWLBYND ada di butik Grandeur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Butik terletak di hadapan Minaz Boutique, di sekitar belakang JAKEL. Orang Johor semua boleh dapatkan di butik Grandeur ok? Apa?? Jauh? Tak sempat datang butik? Jangan risau, email dan bagitahu koleksi mana yang anda mahu ke order.grandeur[at]gmail.com ok? Follow INSTAGRAM @grandeur_my atau FACEBOOK GRANDEUR OK?

One response so far

Jun 06 2016

Selamat Berpuasa!

Assalammualaikum,

Buat apaaa tuu? Dah siap sedia nak berpuasa ke belum? Pada Totin, berpuasa kena siap mental dan fizikal kerana makanan yang sedap-sedap dalam wishlist kena make sure dah settlekan dulu sebelum berpuasa. Kalau tak nanti berputih tulang pula.

Ni antara makanan favourite yang wajib masuk dalam menu sebelum bulan puasa. Antara dessert kegemaran! Memang terliur nak makan ni. Panna Cotta ni paling sedap pernah makan. Dekat restaurant BigFood JB. Dia tak muak, dan mengenyangkan! Percayalah dessert ni totin boleh makan dan habiskan sorang-sorang. Oh Totin ni memang gila dessert, bagi lah pencuci mulut manis-manis cenggini memang Totin habiskan. MasyaAllah insaflah wahai Totinjamain.

Burger!!!! Yeerrr makan burger di bulan puasa agak memusykilkan. Bila masa pula nak makan burger time puasa kan? Mesti tak sempat. Jadi Totin dah selamat belasah beef cheese burger dekat one of my favourite burger stall. Bergebu nama stall tu. Stall biasa tepi jalan, terletak sebelum simpang masuk Taman Bukit Perdana, Batu Pahat. Haaa dia punya homemade patty burger dia memang sedap! Korang cuba lah, sempat lagi nak beli malam ni! heheee. Satu burger ni harga RM6 kot. Mahal kemain tapi cuba lah rasa. Mesti tak menghampakan!

Tempe tahu goreng Dewan Jubli Intan, BP. Wahh ni orang BP wajib makan ni! Keturunan kalau dah jawa tu memang tak boleh dipisahkan dengan tempe tahu. Ditambah pula dengan sambal kicap kacang yang makcik dewan jubli ni buat memang menjilat jari! Siapa yang tak pernah try better try! Orang bukan tekak jawa pun boleh mengaku jawa secara tiba-tiba.

Di kesempatan ini Totin nak minta ampun maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, kalau ada salah silap. Selamat menunaikan ibadan puasa untuk seluruh umat Islam. Semoga amal kita diterima Allah. Baju raya kalau belum beli jangan lupa datang ke Butik Grandeur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru ok? (sempat lagi nak marketing) Hehe.

No responses yet

| |