Archive for May, 2016

May 31 2016

Ruang Untuk Disewa, JOHOR BAHRU!

Published by under Ladies & Gentleman!

Masa mama kata nak buka space hall dekat JB, saya lah orang pertama yang berkerut tanda tidak setuju. Tidak faham konsep yang mama maksudkan. Daripada buka tempat begitu baik buat cawangan Grandeur ke kan? Penat mama explain konsep yang mama nak tu, tapi tetap juga tak faham. Tapi sebab mama yang nak, terpaksa setuju tanda support. (The power of mom)

Bila semua dah jadi, dah start renovate sikit-sikit, dah nampak gambaran sikit. Sikit je. Still tak masuk dalam kepala juga. Sehinggalah dah siap total. Dah masuk kerusi meja, baru faham apa yang mama maksudkan. Ini rupanya yang dia mahu. Ohhh. kalau begini rupanya saya setuju lah. Kakakah dah siap baru setuju.

Kadang-kadang anda antara kita nak buat kumpul ramai-ramai nak buat kelas, nak buat seminar, nak buat meeting kecil-kecilan bersama kawan perniagaan, party/sambutan harijadi, studio photoshoot, nak buat bengkel atau apa-apa program tapi tak ada tempat nak buat kan? Nak cari tempat bukan senang. Betul tak? So lepas ni tak payah pening-pening kepala lagi, sebab me and mama ada sediakan ruang khas untuk disewa. Insyaallah ruang ni boleh buat apa-apa yang awak inginkan tu.

GRANDSPACE nama diberi. Adik angkat kepada Grandeur. Tapi konsep tiada kena mengena dengan Grandeur. Ini bukan butik. Ini tiada hubung kain dengan fashion. Ini hanyalah sejenis ruang kosong untuk disewa sahaja. Lokasi tempat ni di Taman Anggerik Emas, belakang Taman Impian Emas, Skudai Johor. Boleh start bagitahu dekat kawan kawan office, jiran tetangga semua ok? Bagitahu boss kalau bilik meeting takde, boleh sekali sekala buat meeting dekat sini! InsyaAllah perkhidmatan tidak menghampakan.

Yang ni ruang besar. Lebih kepada kapasiti orang yang ramai antara sehingga 100 orang.

Yang ni ruang untuk kelas. Lebih kecil dan sesuai untuk kelas-kelas kecil. Buat masa ni Grandspace ada menyediakan kelas mengaji dan tadabbur Al Quran secara percuma. Memang dah lama mama nak buat amal untuk kelas mengaji percuma ni. So ini adalah sebahagian daripada tujuan asal Grandspace ditubuhkan. Untuk menjadi ahi boleh hubungi kami ok? Tak kira semua golongan usia pun boleh.

Macam mana nak contact kami? nak buat tempaham? nak join kelas mengaji? Contact 0197262321 ! Sekarang kami bagi harga promo pembukaan! Boleh tempah space sekarang!!

Ramai-ramai jangan lupa follow instagram @grandspacejb dan facebook Grandseminar Johor Bahru ok?

No responses yet

May 18 2016

Protected: Heart to Melbourne! 

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

May 05 2016

Protected: #worklife #totinseorangdoktor [Password macam biasa]

Published by under Don't sue me!

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

| |