Archive for November, 2015

Nov 26 2015

Penundaan vaksin bayi 18 bulan kepada 24 bulan

Masalah vaksin yang saya keutarakan kelmarin di laman facebook membuatkan segelintir netizen memperbincangkan isu ini. Cheewaaah ayat pembaca berita. Kakakah, tak apa, sila lah share mengenai isu ini. Kalau bab macam ni korang nak viral kan I okey saja. Memang itu tujuannya kan?

Ada tak antara kita ni yang bawa anak check up routinely dekat klinik swasta instead of klinik kesihatan terdekat? Bukan sebab nak kerek acah-acah hebat sebab check dekat swasta, tapi sebab kekangan waktu nak pergi klinik kerajaan. Mesti ada sebahagian dari kita yang mengalami masalah “Maaf kak, klinik kita dah habis vaksin tu. Akak cuma cucuk dekat klinik kerajaan” Nak tak nak memang kena pergi sana. Jangan risau, klinik kerajaan sepatutnya kena menerima pesakit “tumpang” untuk vaksin ini. Memang kami pun dah sedia maklum, masalah kekurangan vaksin ni memang sejak dari awal tahun 2015 lagi.

Alamak gambar ni tesenget-senget, kena telengkan muka sikit.

Oleh yang demikian, pihak KKM dah ambil inisiatif untuk menunda dos tambahan (booster) dari 18 bulan kepada 24 bulan. Iaitu, selepas ini tiada lagi vaccine diberikan pada kanak-kanak berumur 18 bulan (setahun setengah) tetapi ditunda kepada 24 bulan (2 tahun). Tapi bagi yang dah ter ambil vaccine masa 18bulan tu tak payah la datang cucuk lagi masa 24 bulan ok? Jangan risau, ni vaksin booster, kita boleh tunda sekejap.

Jangan ada yang salah faham menyatakan vaksin dah semakin mahal, so kita sengaja melengahkan waktu vaksin. Haippp. tidak ye. bersyukur sebab Malaysia still bagi free vaksin untuk rakyatnya. Cuba tengok negara lain ada ke kemudahan macam kita ni? KKM mengalami kekurangan bekalan vaksin dari satu pengeluar vaksin ini. Tak ada kaitan dengan harga vaksin naik ala ala macam harga minyak petrol naik. Minyak petrol dan vaksin tak ada kaitan. -_-

Untuk lebih jelas, jadual imunisasi vaksin yang comel macam kat atas ni dah tak pakai lagi. nampak tak jenis vaksin DTAP/Polio/Hib tu ada 4 kali cucuk. Yang terakhir tu bulan 18 bulan dah sekarang kita ganti dengan 24 bulan. ? Tak apa, yang penting Dos 2, dos 2 dan dos 3 dah diberikan. Jangan yang tu pun tak bagi, lepas tu datang masa umur 2 tahun sibuk nak cucuk dos tambahan pula? Nak kena cubit ni!

Yang ni jadual yang baru. Alamak I tak sempat lagi la nak buat jadual comel comel gambar baby warna warni.

Hopefully semua readers blog dan kenalan I seorang yang taat setia pada vaksin. Jangan skip skip vaksin jangan malas malas datang cucuk untuk anak ye. Jangan terpengaruh dengan godaan menolak vaksin yang semakin tersebar sekarang ni. Tapi ibu bapa mana yang terlupa cucuk, terskip dose, memang betul-betul tak ingat atau tiba-tiba dah insaf nak bagi anak vaksin pula, boleh datang ke klinik terdekat dan dapatkan consult doctor untuk vaksin yang mana perlu start balik atau dapatkan jadual baru vaksin untuk anak anda ok?

Kalau nak tahu apa kepentingan setiap vaksin dekat atas ni, korang boleh taip www.google.com lepastu tulis keyword nama vaksin tu wakakakaa… Panjang kalau nak explain semua dekat sini kang. Eden tak rajin sebegitu sekali.

3 responses so far

Nov 23 2015

Keluar magazine lagi.

Cakk! Jangan bosan baca caption atas ni ok? Kalau bosan dan rasa tak perlu nak baca, boleh click simbol X dekat bucu kanan tu ok? (kalau korang baca pakai desktop lah. Kalau guna mobile takde lah simbol X tu) Ingat tak photoshoot gigih bersama Aurora dalam entry sebelum ni? Haritu gatal-gatal beli majalah Keluarga edisi December 2015, eh eh dah keluar rupanya interview hari tu!

Cover magazine gambar Jimmy Shanley dan keluarga. Jangan salah beli tau nanti takde muka hakak pulakk!

Lepastu jangan lupa selak sehelai dua dah nampak muka adik beradik ketawa  riang ni. Haha adik beradik sangatttt.

Ni antara best shoot masa photography haritu. Dia punya gigih nak dapatkan mood happy Aurora ketawa riang tu bukan main seksa. Sampai 2 packet gula-gula habis buat umpan. Kalau zoom sikit gambar  ni, dekat tangan tu nampak tak tangan I tengah geletek Aurora bagi ketawa riang. Kalau tak buat gitu dia dah merapu muka selenge sana sini.

Segala apa yang Nisa interview, semua dia tulis. Terpikir hebat juga editor ni ek pandai buat ayat. Kalau suruh I tulis magazine memang bahasa rojak la jawapnya!

Aurora jangan cepat sangat besar!!!! Nanti mommy dah tak dapat nak enterprem masuk magazine dengan Aurora! ahahahaaa.

One response so far

Nov 12 2015

Grandeur First Anniversary!

Alhamdulillah,

1 November 2015 lepas genap Grandeur Umur 1 tahun. Kalau nak diimbau kembali setahun lalu, malam sebelum butik dilancarkan kami masih penat stock in barang. Settlekan semua sampai pukul 4 pagi baru tidur. Gigih! Launching Event mata bengkak tak cukup tidur tapi di cover dengan makeup marvelous, nasib baik! Tanpa pengalaman langsung dalam selok belok perniagaan butik, main lenjan je tau! Tak sangka semuanya membuahkan hasil. Wakaka apasal ayat macam karangan PMR ni?

Bagi mengucapkan rasa syukur, kami buat sedikit kenduri dan doa selamat pada 30 October  2015. Ramai tetamu datang, yang terharu nya semua datang berpakaian mengikut tema hitam-kuning. Bukan ada kenduri je, kesemua vendor kami pun sama -sama meraikan Anniversary ni dengan bagi harga jualan murah dari 30-1 November ! haa selalu sale sehari je ni sampai 3 hari harga runtuh tau! Siapa tak datang serbu hari tu memang rugi! Harga sikit punya murah sampai dengan I sekali ikut shopping! (Bila nak kaya ni kalau sendiri jual sendiri beli? kakkakaka)

Kesemua tetamu yang datang akan dapat free mystery gift box ni. Apa ada dalam tu rahsiaaaa!!  Nama pun misteri kan?

Antara sebahagian tetamu yang hadir. Hampir kesemua berpakaian hitam kuning kecuali yang berbaju biru itu, Ish anak siapa lah tu tak datang ikut tema. Nak kena ni!

Seperti biasa, kalau ada majlis-majlis keramaian macam ni, Aurora memang akan buat perangai dia. Dia akan mengamuk dan berkepit sahaja dengan I. Bajet macam semua orang nak datang dekat dia, nak dukung dia lah tu. Kuat perasan tau dia ni. So, sepanjang majlis memang banyak dihabiskan dengan mengurung Aurora bersama ke bilik stor butik belakang, untuk elakkan bising dan ganggu majlis. Sabar je lah.

Bergambar ramai-ramai itu wajib. Tapi sebab terlalu ramai sampai sebahagian tak dapat masuk dalam kamera. Jadi tak dapatlah akak-akak belah kiri gambar ni untuk enterprem dalam blog totin. Wakakaa. Konon macam blog ni acah-acah famous la.

Yang ni confirm masuk blog ye. Auntie ayam goreng tu antara regular customer Grandeur Boutique tau! Sekali dia shopping lengkap untuk anak beranak dia semua! Thankyou auntie. Bulan ni ada koleksi terbaru dari OWL BY NORA DANISH tau! Dah beli belum? (sempat lagi buat marketing)

Team Grandeur yang sama-sama membantu malam tu! Thanks!

Nampak tak muka I yang paling tak sabar nak telan cake. Nampak simple je cake ni tapi sedappppp gilaaaa ohhhhhhh!!!

Kalau nampak cake je, mesti dia kata itu birthday cake dia. Ok layankan je lah ye.

Selesai sudah majlis kenduri doa selamat Butik Grandeur. Memang impian mama nak buat kenduri ni sebab sejak Grandeur dibesarkan jadi dua tingkat, belum pernah buat kenduri untuk butik bahagian bawah. Alang-alang tu buat lah waktu ni. Sambil shopping-shopping Grandeur, sambil kenduri dan makan-makan. Berkat sikit kalini.

Yang tak pernah datang lagi butik ni, jangan buat buat tak tahu jalan pula. Butik ni senang je. Keluar tol skudai Johor Bahru, terus ke arah Danga Bay, sebelum Bandar Baru Uda, nampak Plaza Angsana sebelah kiri, nampak Jakel, terus ke belakang Jakel. Butik di belakang Jakel, berhadapan butik Minaz dan Zawara. Waze je Jakel Johor Bahru.

Jangan cakap sesat. Tipu!

No responses yet

| |