Archive for October, 2015

Oct 10 2015

Aurora’s second studio photoshoot!

Bila ada yang invite me & Aurora untuk photoshoot, mommy yang terlebih excited. Bukan kita excited nak pshoot, tapi excited nak bawa Aurora ke studio. Berangan nak Aurora photogenic nanti boleh tolong mommy tambah pendapatan. Chehh gituuuw.

Ok nampaknya kali ini lebih mencabar rupanya. Kalau dulu masa studio photoshoot magazine Pa&Ma, Aurora umur setahun. Dia tak berapa sihat cuma hingus hingusan kena lap setiap kali nak shoot. Ingatkan kalini senang sikit since kesihatan pun ok, dah besar sikit ingatkan lebih faham tapi rupanyaaaa

Pukul 6 pagi Aurora dah bangun, so basically bila dia bangun pagi, dia akan tidur balik dalam pukul 10-11 pagi. Waktu photoshoot adalah waktu tidur dia. Haa dah boleh bayangkan ragam dia macam mana.

20151010-7:46:09 am.jpg

Time make up dia dah buat hal. Nak dipangku sahaja. Kalau pangku duduk diam tak apa. Tapi panjat atas badan, lompat lompat henjut henjut, eyeliner bole compang camping dibuatnya! Stress je kak mas yang makeup tu. Takpe lah kak, anggap sahaja ni cabaran waktu bekerja. Kekekkeke.

20151010-7:49:13 am.jpg

Tak sempat nak beli baju. Pakai je apa yang ada. Bila emo, rora jadi susah nak tolerate. Suruh senyum nanti dia masam dan jeling. Kadang-kadang tarik ajak balik. Terpaksa lah umpan gula-gula baru dia senyummm. Memang berkesan ubat gula-gula ni rupanya!

20151010-7:51:52 am.jpg

Nampak tak dia lari keluar studio menyorok belakang cermin tak nak shoot. Nak pujuk kena cara lemah gemalai kalau dia dah menjerit gulik-gulik mengamuk lagi parah jadinya nanti.

20151010-7:53:45 am.jpg

Haa ni dia dah start dah nak susun props sendiri. -_-

20151010-7:55:31 am.jpg

Nak memujuk dia posing sambil baring baring sweet. Sekali dia baring terus minta susu pulak nak tidor. Grrrrrr

20151010-8:49:07 am.jpg

Tema santai santai, so outfit kami pun santai-santai sahajaaa

20151010-8:50:22 am.jpg

Tengok tu dia buat muka. Geram. Geram.

20151010-8:51:25 am.jpg

Sampi kereta, mata memang dah kelelek sebab tahan tidur sepanjang pshoot. Kereta belum gerak lagi dia dah terbongkang keletihan!

Anyway good job Aurora! Next time kita fighting photoshoot lagi ok!!!

No responses yet

| |