Archive for June, 2015

Jun 28 2015

Kacang sedap Kacang licin! Makan sedap, sampai licin!

Siapa peminat kekacang dekat sini? Kalau dulu masa remaja remaja mama selalu bising jikalau makan kacang, nanti berjerawat katanya. Sehingga lah nak makan kacang pun kena berjaga-jaga. Tapi sekarang I tak percaya lagi. Sebab Aurora kuat makan kacang. Tak jerawat pun?

Pernah try kekacang Wany’s tak? Rasa dia memang wow! Dah makan sekali pasti nak lagi! Very addictive!

20150628-6:58:19 pm.jpg

Amboi jujurnya nama kacang ni. Nasib baik memang sedap! Kalau tak sedap dikira menipu di bulan puasa. Berdosa hukumnya! Yang ni kacang goreng, kriuk kriuk memang garing.

20150628-7:00:21 pm.jpg

Tengok teksturnya dah tau sedap. Ok fine dah terliur dah ni! Rasanya a bit spicy, just a bit. Tak pedas sangat sebab Aurora pun tahan je makan kacang ni. Makan kacang yang ni memang menghauskan. So dinasihatkan kena standby dengan air masak. Pekena dengan air masak sejuk, lagi sedap! Walaupun haus, makan kacang ni memang tak akan berhenti.

20150628-7:01:12 pm.jpg

Kacang licin ni memang sesuai dengan namanya yang membuatkan orang nak makan sampai licin. Tagline kacang ni, dipanggang, tanpa minyak, tanpa lemak trans dan tanpa MSG! Jangan takut nak habiskan kacang sampai licin sebab gerenti tak merosakkan tubuh badan.

20150628-7:04:15 pm.jpg

Kacang ni tak berminyak langsung. Rasa dia ada manis manis madu. Senang cerita memang sedappp! Sesuai buat hidangan hari raya. Selain kuih raya, kena ada kekacang juga betul tak?

20150628-7:18:40 pm.jpg

Bukti yang masa tengah ambil gambar  ni, Aurora sibuk celup tangan dia nak amek kekacang ni. Tak menyabau betul dia ni.
Harga sebalang kacang ni cuma RM15. Boleh tempah dengan Puan Kacang – 012-7151998 . Cakap je helo kacang kacang saya nak kacang!!!!

Ingat tau, hubungi Puan Kacang – 0127151998 !

Tunggu apa lagi, call lah sekarang!

No responses yet

Jun 18 2015

Breaks / does not break the fast.

Alhamdulillah, dah masuk bulan Ramadhan untuk tahun ni. Tahun ni sambut 1 Ramadhan di Johor! Excited sebab Johor cuti 1 Ramadhan! Boleh i explore baazar ramadhan di hari pertama! Cheh gitu pula. Alhamdulillah puasa pertama tak ada any difficulty pun. Tak adalah merasa lapar bebeno since I memang jarang lunch berat berat masa kerja. So takde hal kalau tak makan cuma saspen kadang-kadang penyakit gastrik datang menyerang.

Anyway, as a doctor, soalan lazim bulan puasa bila merawat patient, mesti setiap tahun kena menjawap pertanyaan patient seperti,

” Doctor kalau pakai Neb batal puasa tak”

” Doctor kalau letak ubat titis mata batal puasa tak? “

“Doctor kalau ambil darah batal puasa tak”

Okay soalan simple tapi jawapan memang mempengaruhi puasa orang. Silap jawap nayaaaa!

So, to make it clear, I share kan beberapa gambar mengenai puasa, batal or not.

20150618-11:27:42 pm.jpg

Ingat ye, ambil darah tak batalkan puasa tau! Tapi kalau derma darah itu membatalkan puasa! Sama juga macam hidung berdarah, puasa tak batal. Jangan tiba tiba terus makan pula kalau hidung berdarah nanti!

20150619-12:00:29 am.jpg

Injection, pakai inhaler especially untuk yang semput tu tak membatalkan puasa! Haa jangan sanggup menahan semput di bulan puasa semata-mata tak nak pakai inhaler sebab sayang nak batalkan puasa. Silap tu!

20150619-12:01:03 am.jpg

Kalau pakai ubat titis mata tak membatalkan puasa ye. Tapi kalau titis hidung boleh batalkan puasa sekiranya terasa titisan ubat di tekak. (Biasanya kalau titis hidung memang akan dapat rasa di tekak so better elakkan)

20150618-11:28:53 pm.jpg

Akhir kata,

Salam Ramadhan semua!!

No responses yet

Jun 10 2015

Thika putar-putar JB

Published by under Well-meaning friends.

I was on leave for 4 days last week. Banyak urusan! Uruskan #grandeurexpansion, then uruskan event butik bulan puasa nanti, lepastu my ex housemate from Indonesia coming over to Jb. And yeaahh kena lah bawa dia mutar mutar kota johor!!

20150610-1:28:51 pm.jpg

For those who are not following me in Instagram, my boutique, Grandeur nak expanse to 2 storey boutique. So lepas ni butik Grandeur 2 tingkat. Ground floor is for Grandeur boutique, and 1st floor is Grandeur Exclusive , khas untuk celebrities and exclusive vendor. Best kan? Nak shopping apa je dah ada dekat Grandeur. Sekarang butik still on renovation. Banyak benda kena buat segan segera sebab mengejar bulan puasa. Kelam kabut dibuatnya.

Tanak cerita pasal tu pun. Actually my old housemate, Thika datang Malaysia!! Sebab tu apply cuti ! Plan dari awal memang dah promise dengan Thika nak bawa dia pusing pusing Johor Bahru. (Since Thika stay 2 night at Jb and the rest for a week at Singapore)

20150610-1:34:13 pm.jpg

Location pertama yang wajib pergi. Semestinya Legoland! Ramai sangat orang so tak tertarik nak masuk dalam. Sekadar putar-putar selfie je.

20150610-1:36:31 pm.jpg

Paling best sebenarnya dekat Legoland Hotel. Sebab kawasan lobby dia ada pusat permainan legoland yang FOC je. Banyakkk mainann ha apalagi Aurora baik baik tengah tidur masatu terus terjaga.

20150610-1:38:07 pm.jpg

Excited dia nak buat tembok tu!! Tanak balik. Terus kompius sebenarnya nak bawa Thika ke nak bawa Aurora pergi sini ni?

20150610-1:39:43 pm.jpg

Thika and Mas Okta. Dulu masa study dekat Indonesia, diorang ni lah yang selalu menemani kesepian ku. Sob sob sedih pula ingat balik. Memang sahabat susah senang. Dia punya baik hati sampai bulan puasa pun sanggup teman sahur and berbuka dekat luar (walaupun mereka ni non muslim) weekend je pergi hangout sesama, shopping, saloon, karaoke. Haa memang baikkkk bgt orgnya! Ohya, Thika is now 4months pregnant!!! Tak nampak perut buyut pun. Hureyy rora bisa dapat teman baru!!

20150610-1:43:39 pm.jpg

Next destination is Puteri Harbour and Hello Kitty Town! Aku yang excited sebenarnya kalau bab Hello Kitty ni. Rasanya Thika tak berapa kenal si kucing bajet comel ni. Sebab kalau tak salah, kucing ni tak berapa famous dekat sana. So maybe dia pun aneh tengok kucing ni kot.

20150610-1:46:03 pm.jpg

Our outfits from @Odda_rtw . Actually dah beli lama tapi Aurora punya size besar sikit. Baru sekarang Aurora baru dapat pakai. Tu pun lengan panjang sikit.

20150610-1:47:33 pm.jpg

Sebelum pulang, last minute shopping untuk Thika and Mas Okta at JPO. Banyak gak dia borong kasut. Yang herannya me and husband pun terikut shopping sekali. Ni yang malas bawa orang pergi JPO ni mesti jadi macam giniii! Benci tau!

Ok gambar banyak dekat camera and I sangat malas nak transfer gambar at this moment. Layan jekla gambar from my hp ni ye?

Se you later!

No responses yet

| |