Archive for May, 2015

May 08 2015

Bell’s solemnization.

Yes, I suka bila ada geng sekolah kahwin. Lagi suka bila disuruh jadi bridemaids! Buat apa nak gentar kalau setakat jadi bridemaids, angkat dulang hantaran just for a while? Seberat mana dulang itu pun daku sanggup! Sebab apa??

  • Sebab dapat outfit free. Baju and tudung free.
  • Yang kedua dapat enterprem dalam album gambar pengantin banyak banyak termasuklah dapat berpeluang join outdoor photoshoot secara percuma!

Wah pakej tuu. Bukan senang nak dapatkan pakej macam ni kalau tak ada yang kahwin memang mengidam la aku nak berphotoshoot bagai kan?

Macam entry yang lepas, bachelorette Bell dilakukan seminggu sebelum pernikahannya. Sekarang dah nikah dah mereka, Alhamdulillah.

20150508-5:45:17 pm.jpg

Lagi satu syiok nya jadi bridemaids dapat bahang acah acah pengantin baru bila dapat pakai inai lukis free di tangan. Hahahahaa bila lagi nak acah-acah macam ni kan? Inai ni kitorang pilih sendiri. Tension je pengantin bila album inai tu kami yang kongker! Bukannya tolong pengantin pilihkan corak tapi kitorang pilih untuk diri sendiri! kekekee.

20150508-5:52:23 pm.jpg

Kain ni diberi oleh si pengantin sebulan sebelum majlis. Hebat betul, kelam kabut kami mencari taylor. Nasib baik my personal taylor sanggup melayan kerenah ku untuk design begitu begini. Shawl kami dari @houseofjazaba boleh beli di butik @grandeur_my Bandar Baru Uda! haha sempat lagi promote!

20150508-5:54:34 pm.jpg

Gambar pengantin diketepikan sebab pengantin sedang bersiap. Yang menyebuk di belakang buat huru hara bilik pengantin sibuk berselfie dulu. Konon-konon kami penenang darah gemuruh pengantin la tapi I rasa pengantin macam makin stress je dengan keberadaan kami. Kekeke ampunnnnn. Dulu I kahwin uoll buat camtu gak kan? Kekeke.

20150508-6:48:54 pm.jpg

Nampak bukti tak? Pengantin tengah bersiap, yang belakang-belakang tu menyebuk. Waktu waktu begini gambar pengantin tak penting, sebab pengantin ada personal photographer sendiri, kami yang tiada siapa siapa ini haruslah selfie sendiri. Tengok muka pengantin sungguh menyampah katanya.

20150508-6:51:44 pm.jpg

Dalam banyak-banyak hantaran ( okey I baru sedar yang I terlupa ambil gambar kesemua hantaran pengantin) I paling suka kuih tart berbentuk buah-buahan berwarna warni ni. Memang mengiurkan. Kalau anak I nampak ni confirm hantaran dah jadi minus sedulang sebab kuih ni dah dikerjakan dulu.

20150508-6:54:03 pm.jpg

Haii Bell, just nak inform yang kitorang dah kerjakan dulu cokelat hantaran dari pihak lelaki untuk ko tu!! Hahahaha tu lah masa I kahwin dulu habis macaroons hantaran I korang kerjakan.

20150508-7:06:05 pm.jpg

Pengantin gatal. Kah kah kah photographer pening kepala nak shoot gambar pengantin sebab masing-masing bengong. Maklum la derang ni tak bercinta, kekok nak bermesra, semua buat hal bengong masing-masing. Ni gambar paling menjadi kot? (Credit photographer: FareedZain Photography)

Amboii nak bermesra jangan depan kami. Anda takkan aman! Ahaha. (Credit: Fareedzain Photography)

Thank you bagi kami free photoshoot cantik cantik cenggini! (Credit: Fareedzain Photography)

20150508-7:13:08 pm.jpg

Selamat pengantin Baru, Bell!
Selamat menempuh ombak rumahtangga!

(Sebelum laki ko peluk, baik I peluk dulu!)

Byee. Esok nak pergi majlis bertandang Bell plak! So dah boleh agak kan next entry pasal apa?

No responses yet

| |