Archive for March, 2015

Mar 27 2015

Olive Musiccafe, Nong Chik, Johor Bahru

Johor Bahru memang banyak kedai makan. Kalau datang JB, jangan lupa explore kedai makan JB tau! Selain Martabak Cheese, Nasi Ambeng, Kacang Pool, dekat JB ada cafe dan restaurant yang tak kurang hebatnya!

Kalini nak kenalkan korang Olive MusicCafe, terletak di Area Nong Cik, belakang Big Food Cafe. Cafe ni lebih sesuai untuk peminat music macam I ni! Sebab setiap hari pukul 8 malam akan ada live band. Haaa bila sebut live band je mesti terfikir tempat ni hingar bingar kan? Takk jangan salah faham. Tempat ni sangat cozy dan selesa. Kita bawa baby pun tak yah risau sebab Aurora sangat enjoy dan tak mengamuk dengar music kat sini.

20150325-2:11:03 pm.jpg

Piring hitam tu alas pinggan dia. Style kan.

Setiap kali pergi restaurant/ cafe, I suka spot check toilet. Toilet melambangkan kebersihan dapur.

20150325-2:12:36 pm.jpg

Toilet dekat sini sangat bersih, harum semerbak. Siap sediakan sanitizer. InsyaAllah dapur dia pun bersih macam ni. Terus rasa yakin nak makan dekat sini lepas singgah toilet bersih macam ni.

20150325-2:13:57 pm.jpg

Hari tu I teringin nak makan laksa sebab bosan dengan western food. Laksa dia not bad juga, cuma kalau ada pitis lagi sedap!!

20150325-2:15:06 pm.jpg

Burger ni sebenarnya besar, husband pun tak abis makan. (Aku lah tong sampah nya) Harga pun berbaloi. Memang puas hati makan kat sini.

20150325-2:16:32 pm.jpg

Yang istimewa nya dekat sini mestilah sebab live band! Tak ingat la plak apa nama band yang perform malam tu. Aurora sampai asik nak kedepan je tengok abang abang ni main music. Mengamuk tak nak balik sebab taksub dengan band ni.

20150327-8:40:16 am.jpg

Kebetulan masa datang sini, ada baby celebrate birthday. Meriah dengan belon! Haa baby pun celebrate birthday dekat olive tau. So jangan risau, memang selesa tempat ni.

Next time nak makan sini lagi and try all the foods and dessert! Wah rakus semacam!

No responses yet

Mar 25 2015

Malaysia Trauma Life Support

Busy month for me. Memang kerja merantau sana sini. Meeting, attachment, course. Masuk klinik pun jarang-jarang.

I baru balik Malaysian Trauma Life Support ( MTLS ) . Kalau nak tau, course ni bukan macam kursus biasa selalu buat yang setakat datang , makan, dengar, tersenguk-senguk, zzzzz. Kursus kali ini memang mencabar sebab ada praktikal dan exam. MTLS tu apakebende? Ok yang tak ada pengetahuan kesihatan memang blur apa tu MTLS. Ni berkaitan Trauma Life Support. Maksudnya, course ni untuk mendidik paramedik dan doktor untuk hebat dalam menangani kes trauma atau accident.Kalau nampak orang accident jatuh motor tepi jalan, kepala berdarah, kaki patah, nafas tercungap-cungap, apa pertolongan yang you all nak bagi???? Haaa pertolongan kene buat dalam kurang dari 5 minit sebelum kematian sel otak. So program ni mengajar kita bertindak pantas, cekap dan tepat membuat keputusan! Chewahh

Instructor dan facilitator semua yang mantap-mantap. Kebanyakkannya adalah doktor pakar dan boss yang famous di Johor dan Malaysia. Ada sesetengah tu yang I jumpa pun dah dapat aura menggigil dan terketar-ketar. Dulu dorang pernah cover hospital tempat I houseman, time dia datang je I lari tunggu dalan toilet sampai dia balik. Kakakaka buruk betul perangai aku ni patut la sampai sekarang tak pandai-pandai.-_-

Bukan doktor sahaja yang join kursus ni. Selain doktor ada juga MA dan staff nurse dari bahagian kecemasan, pejabat kesihatan dan hospital swasta negeri Johor.

Basically, course selama 3 hari. Start dari 7.45pagi. Tepatttt! Bukan macam janji melayu pukul 8.30pagi pun tak start lagi. As what I said, instruktor memang tegas , sebab I jenis cepat terkucil, pukul 6.45 pagi dah sampai hospital tau. Lepas tu study dalam kereta. Gila skema aku ni teringat zaman housemanship.

2minggu sebelum course, kami dah diberikan satu buku untuk study. Memang kena study serba sedikit kalau tak nanti confirm terpinga-pinga masa lecture tau. Lecture memang membina. Sangat bestttt!!!!! Dan amazing nya korang tak akan rasa nak tersengguk sengguk pun! Maybe sebab faktor I duduk depan sekali (kan dah cakap sebenarnya I ni skema) dan I punya mind set, ada exam, kena Lulus!!!!! Tak lulus malu woooo.

20150327-3:50:02 pm.jpg

Gigih study dekat klinik time tak de patient. Kalau bawa balik rumah alamatnya buku kena koyak dengan Aurora.

Sebelah pagi adalah lecture dan sebelah petang adalah sesi praktikal oleh facilitator yang tak kurang hebatnya! Kagum ternganga tengok diorang demo and perform. Lepas tu of coz kene buat sendiri. Memang terkial kial aku. Basically practikal session ada 6 bahagian. Hari pertama pasal airway management, intraosseous iv, chest tube proc, iv access. Hari kedua belajar xray, cara communication ambulans yang pakai “roger rogerrr bola satu bola satu” self respondens, dan immobilization. Kitorang practise dengan kambing tau. Real punyaa oke. Yang tak best nya masa latihan sangat kurang, nak practice puas-puas pun tak dapat. Hari ketiga dah exam! Bonus untuk doktor kot sebab semua procedure tu rata-rata doktor dah pandai buat. Tinggal cuak nak exam jekla sebenarnya!

Exam terbahagi kepada 2. Teori dan praktical session. Orang lain takut teori, tapi I lebih takut practical. Maklumlah darah gemuruh ni memang jenis susah nak kawal. Dia punya debaran macam OSCE zaman medical student dulu. Kekeke. Ada 3 session. First pasal airway. My question is 24yo male, accident jatuh motor, datang dekat kecemasan hospital. Basically kena buat semua lah step by step. Daripada awal awal pasang OPA sampaila oxygen desaturate dan kene intubate. Second session pasal Circulation, bagi IV access dan pasang chest tube. Last sekali dapat scenario pemuda jatuh motor tergolek tepi jalan. Kita jadi first responder yang nampak mangsa tepi jalan. Haaa nasib baik lakonan menjadi dan semua praktikal session lulus.

20150325-1:55:41 pm.jpg

Alhamdulillah, hasil usaha pulun study, dapat juga sijil ni. Lepas ni aim ATLS plak lah. Kakakaa ok poyo betul.

Ps: habis je kursus ni makin banyak plak kes accident datang klinik. Haduiii saja je nak kita real practice kan?

2 responses so far

| |