Archive for January, 2015

Jan 20 2015

Aurora’s First Photoshoot

Iyaa tak sempat nak cerita. 2 bulan lepas, bawa Aurora pergi photoshoot untuk magazine. Sebenarnya dah banyak kali Fatin, the editor of Pa&Ma ajak datang studio tapi tak kesampaian maklum lah I ni nak minta cuti bukannya hari ni mintak, esok boleh dapat. Last-last dapat juga curi waktu untuk ke Karangkraf, Shah Alam.

Sorry lah, I was so jakun that time. Tak pernah ke sana, never know how the editor works. Besar gila rupanya karangkraf tu. Dalam dia mak aih banyaknya staff and every table dipisahkan dengan banyak partition-partition and they categorize it depends on department department kot. Kalau pergi sendiri memang sesat dekat dalam tu nasib baik Fatin accompany me from lobby.

Aurora was not feeling well actually. Cough and runny nose. Was so worried sebab si kobis ni kalau dah batuk, dia akan muntah. Malam tu memang make sure dia tidur awal, dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Cheh mommy dia yang over risau sebenarnya.

Alhamdulillah, tak susah handle dia masa tu. Saspen sikit sebab pergi studio berdua je, takut kubis buat hal, mati lah aku nak handle. Bila turn make up i, kubis pandai bawa diri. Dia pergi ke hulu ke hilir, ke setiap table and partition, mengacau orang buat kerja. Keh keh lantak lah janji dia tak menjerit mengamuk, mau bergema satu office tu.

20150120-080558 am-29158085.jpg

Ni lah muka ceria dia sebelum photoshoot. Tengok dia senyum, alhamdulillah hati dia tengah senang dan good mood.

20150120-080717 am-29237836.jpg

Tapi sebab dia terlalu ceria dan aktif, agak susah nak capture muka dia masa tu. Sebab setiap kali photographer snap, dia terus berlari ke arah camera, nak tengok balik hasil gambar dia tu. Mungkin kalau muka dia slek, dia suruh delete kot! Kekeke.

Hasilnya?

20150120-081045 am-29445710.jpg

Aurora tak senyum pun. Masa ni bergambar bersama dengan baby soffiya ni, anak doktor lain. Baby tu senyum, Rora masam. Baby nangis, Rora senyum. Haa gigih kan nak bergambar baby ni sebenarnya. Masa ni rupa diri sendiri dah tak fikir dah.

20150120-081301 am-29581207.jpg

I rasa artikel ni macam tergantung. Macam tak abis cerita je, bersambung next issues kot.

20150120-081747 am-29867948.jpg

My casual outfit is from Adrianna Yariqa, featuring with my favourite chiffon shawl from House Of Jazaba. All available at Grandeur Boutique, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Kalau terjumpa magazine cover girl ni, beli tau! Nanti boleh baca cerita poyo Dr Totin. -_-

20150120-092517 pm-77117909.jpg

One response so far

| |