Archive for August, 2014

Aug 21 2014

Cerita Aurora- babysitter

Published by under Where the heart is.

Assalammualaikum,

Diriku dah bertekad nak teruskan update blog menggunakan applikasi wordpress di iphone sahaja. Kecewa dengan laptop yang sudah terburai isi perut dikerjakan anak yang buas.

Isnin lepas, 18 Ogos, hari pertama hantar Aurora ke babysitter. Magic! Dah 10bulan baru nak hantar babysitter. Selama ini tak pernah hantar Aurora ke sesiapa selain papa atau atok neneknya sendiri yang jaga. I wish I can do everything, kerja and jaga aurora sendiri. I really wish that tapi tak boleh juga. Diriku bukan robokop.

Mencari baby sitter dah lama, tapi tak ada yang berkenan. Until my friend (dr. Ain) suggested me to her neighbour. Their son( 7 month old) is one of my patient juga. I am a bit particular on choosing Aurora’s babysitter. Rasanya semua mommy macam tu kot? Have to merisik-risik , tengok the environment, rumah dia selamat ke tak, orang nye macam mana.. And every single things lah. Last sekali, tawakal. Tak jauh dari tempat kerja. Sekangkang kera je. Senang nak jenguk jenguk if anything happened.

Nangis and mengamuk on her first day. Aurora memang takut strangers 🙁 alaa tak sampai hatinye. Tapi lama lama dah ok. Sebab ramai kawan, Aurora memang gimik je lebih. Cucu cucu jiran sebelah suka datang main. I hope aurora’s friends are well. I mean sihat. Afraid of certain disease affected childs area sini macam hand, foot, mouth disease or scabies, URTI, bla bla haa tudia akibat jaga maternal child health clinic terus kepala fikir bukan bukan. Insyaallah everything is fine.

Okay lah, it’s 830 in the morning. Pesakit dah menunggu, aku boleh update blog pula.

20140821-092143 am-33703667.jpg

Aku tak tau berapa besar gambar ni kalau buka dengan monitor. Tapi upload jekla. The only pic i amek masa first day aurora dekat sana. (Yang lain semua video ) Kesihan aurora tengok luar mengenang nasib hidup. Eceh.

One response so far

| |