Archive for April, 2014

Apr 19 2014

Onomnom

Bila kita stress apa kita buat? Setiap orang mesti ada solution sendiri. I ada perangai buruk yang berlaku sejak housemanship lagi. Masa study tak ada pula begitu. Start kerja je jadi cenggini. Bila stress je confirm balik kerja nak mencari makanan sedap-sedap. Selagi tekak tak rasa sedap, selagi itu stress tak hilang hilang. Bhuahaha alasan betul. Mungkin sebab itu ada pepatah mengatakan, orang stress selalu gemok. Eh adeke pepatah begitu?

Lately ni I stress sebab kena handle klinik ibu mengandung dan kanak-kanak sesorang. Sebab partner kita lagi seorang sedang cuti bersalin. Request pengganti tapi tak ada siapa nak layan. Sob sob mana aci kalau semua tanggungjawab kita yang handle sendiri. hwarghhhhh ok ingat klinik je dah mula stress. Haa mula lah mencari makanan sedap sedap.

Nah kali ini I nak membantu sesiapa yang mempunyai masalah stress lantas mencari makanan sedap sedap untuk dimakan. Tak perlu google jauh jauh, tengok entry ni je cukup untuk makanan sedap selama seminggu! ­čÖé

Mi goreng disajikan dengan chicken cordon blue ada cheese leleh dalam tu. Ibarat macam makan mii dan makan chicken chop. Kenyang nak meletop. Kedai ni terkenal dengan portion yang besar besar. Rasa dia ala bole telan. Sesuai ketika lapau mahabau punya.

Kat mana ni? Ye betul, ni dekat Restoren Murni. Ada macam macam cawangan Murni ni.

  1. 53 Jalan SS 2/75, Ss 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
  2. 2-1, Jalan PJU 1/3D, Sunway Mass Comercial Centre, 47301, Petaling Jaya, Selangor
  3. 41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Tempat lain korang boleh google sendiri. kihkih.

Ikan bakar sedap sedap mana lagi kalau tak ke kedai ikan bakar belakang Istana Negara tu. Kalau tengah hari katanya sesak gila sampai beratur ratur dibuatnya. Ni I pergi waktu malam, tenang je order tak payah sesak sesak.

Nasi Daun Pisang, memang lama sangat nak makan ni. last week makan sini lepas habis kursus.  Bila mamak tu letak postin nasi, I minta tambah lagi. Pelahap betul. Last last tak habis. Portion memang banyak sangat. I tambah lauk chilli chicken and Emmet minta daging apa tah. Ayam tu nama je chilli tapi tak pedas pun. Lepas tu ada basic lauk macam pappedem (camna nak eja) dan lauk lain entah apa cuba tengok dekat gambar. Kuah kuah kari sekali. Bagi pencinta nasi kandar mesti suka makan nasi daun pisang ni. Saya tak kot. Silap besar, beli air teh tarik. Terus rasa muak nak termuntah.

Oh ya, nak makan Nasi Daun Pisang ni boleh pergi dekat Bangsar, kedai berhadapan dengan Wangsa Walk, sederet dengan Restaurant Flavour

Satayyyyyyy!!

Nyam nyam sedapnya! Banyak dah satay sedap sekarang ni, ada yang prefer Satay Kajang, ada yang suka Satay Station, tapi semua semua ni I paling suka Satay Willy! Pertama sebab harganya lebih murah. 80 sen secucuk kalau tak salah. Satay dia manis dan kuah kacang dia pedas. Favourite!! Tapi jauh la pula kedainya dekat foodcourt area Sungai Ramal, Kajang. Tapi kalau pergi sana sure happening beratur berderet orang makan situ. Padahal pergi hari Selasa masa ni!

I bukan orang Kelantan dan I tak kenal pon nasi kak wok ni. Intagram Nieja buat menjejeh air liur tengok dia makan nasi kak wok. Kebetulan hari itu ada urusan dekat Shah alam, terus tanya mek klate tu dekat mana kedai ni. Nyammm portion nasi dia sikit tapi tengok orang beratur gigih nak makan situ, terus rasa tertanya tanya sedap sangat ke? Dia macam nasi berlauk ayam, ada sambal yang manis dan sedap dan kuah gulai rasanya. Air dia warna hijau. Itu trademark dia. Patutnya hijau tu letak susu tapi sebab I orang Johor tak tahu pun kena letak susu baru sedap. haha.  Makan kat san apun dia bagi nasi bungkus dan cawan plastik. Jimat betul tak payah cuci pinggan. Makan dekat sana memang fefeeling orang kelantan sebab kiri kanan meja semua dok kecek klate!~

Nasi Kak Wok memang terkenal dekat kelantan, tapi sekarang tak payah pergi kelantan sebab dah ada dekat Shah Alam.

Address:  Jalan Opera J U2/J , TTDI Jaya, Shah Alam

Boleh jenguk instagram dia @kedai_nasi_jj_kak_wok kalau sesat tak jumpa kedainya.

Bagi yang mengidam nak makan makanan padang (saya lah tu) boleh pergi area kampung baru. Dekat sana ada kedai makanan padang yang sedap sedap!!! Haritu balik dari locum terus terasa nak makan satay padang! Favourite kita time study dekat Jogja dulu.

Yang ni I makan dekat Restaurant Rose, Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Berdepan dengan Restaurant Garuda. Selain Satay padang, ada macam macam lagi makanan indonesia termasuk Mee Acheh, Ayam penyet asli, Nasi Padang, Lotek, Gado gado. Arghh yang lain tak sempat try lagi!

Satay Padang berbeza dengan satay kita tau! Satay padang ni disajikan dengan kuah berempah, bukan kuah kacang. Kuahnya agak pedas pedas rempah entahla tak tahu nak describe. Sedap memang sedap, tapi dekat sini kuah dia cair sikit tak macam satay padang asli yang I selalu makan dekat Indonesia tu.

Okay lah, cukup seminggu makanan sedap sedap korang boleh makan. Eh ada 6 je rupanya. Tak apa, lagi sehari tu korang masak maggi jekla ok sebab duit habis merantau buat cari makanan sedap.

kekeke K byee!

No responses yet

Apr 11 2014

Baby First Meal

Cakkkk!!!

Saya menjelma! Haha dengan muka tak bersalahnya saya menjelma kembali. Harini nak share pasal baby first meal. Memandangkan ada patient kita yang request dan seiring dengan umur Aurora yang sudah mencecah 6 bulan, mari kita share tentang pemakanan bayi.

Bila mencecah 6 bulan, saat paling excited sebab baby dah boleh makan. Kita yang excited pula padahal baby takde pape pon. Excited pun excited juga tapi jangan main harung je bagi baby makan itu ini. Meletop perut anak tu kang. Ada beberapa jenis makanan yang termasuk dalam NO NO list to first year baby.

I bukan chef nak mengajar cara memasak. Tapi nak bagitahu list makanan pengenalan buat baby. What is safe and what is risky.

Makanan yang TIDAK BOLEH diberi pada baby kurang 1 tahun:

Madu
Peanut butter
Putih telur
Strawberries, raspberries, blackberries dan segala yang berry berry
Susu lemak manis
Udang
Kerang
Jagung

SAFEST for first food.
(Paling jarang terkena allergy reaction)


Kentang
Buah avocado
Brown rice cereal
Apple
Pears
Pisang
Kacang peas
Buah labu
Timun

Muka bangga dapat makan. Bajet dah mumayiz lahtu.

Sebenarnya banyak sangat nak listkan makanan dari yg high risk allergy to low risk allergy. Tapi rasanya ni paling penting, yang lain lain tu tergantung sensitivity baby tu sendiri. Setiap kali suapkan baby makanan, kita kena ingat apa. Just in case timbul allergy reaction, kita dah boleh stop kan makanan tu.

Jangan ingat allergy reaction ni perkara remeh ye. Boleh bawa kematian kalau kita tak ambil kisah. Waspada bila timbul tanda tanda allergy seperti:

Diarrhea, muntah muntah, sakit perut, batuk batuk teruk disertai nafas berbunyi, nafas laju, bibir bengkak, keluar rashes kemerahan di muka atau badan, hidung gatal, baby jadi irritable tetiba macam gelisah semacam, letih lembek, keliling mata membengkak.

Kalau ada tanda tanda tu pada anak kita especially baby yang baru baru belajar makan, segera bawa ke hospital.

Segala pertanyaan boleh directly email ke etotinx[at]gmail.com ye tapi tak janji reply bila. Kekkekeke key lah. Bye!

No responses yet

| |