Archive for February, 2014

Feb 21 2014

Apa product best untuk hilangkan blackheads & mencerahkan kulit?

Published by under How to look beauty?

Husband saya mempunyai sebatang hidung yang besar dan bergerigi. Kihkihkih suka hati je kutuk. Tapi betul tau, dia selalu membebel bagitahu hidung dia banyak sangat blackhead. Suruh kita bersihkan heee tak kuasa haku nak picit-picit.

Selalunya blackheads ni terjadi pada kulit yang berminyak. Bila pore especially at nose area tersumbat dengan any foreign particles, diead skins or oit, berlaku oxygenation and finally terjadilah blackheads. Okeh tak perlu lah nak explain patophysiology blackheads, isi penting sekarang ini nak review tentang satu product penghapus blackheads!

Sebenarnya bila kita pakai nosepack dekat pasaran tu, yang paling merisaukan bila berlaku opening pore. nanti nampak hidung berlubang lubang lepas pakai nosepack. Esok lusa blackhead datang balik dekat pore tu.  And this is the solution,

Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack” akan tutup balik liang roma yang terbuka tu. By using pore stamping serum dalam tiub hijau tu. Nampak tak tulisan kotak tu semua tulisan korea. Haa baru lah muka kpop sikit lepas pakai nosepack ni! Lagi satu, it’s containing SULFUR AND CHARCOAL. Kalau sesiapa tak tahu, charcoal ada kehebatan dapat menyerap sebum dengan bagus. Selain dapat remove blackhead, it also can control our sebum production over the skin. Tak adalah hidung kita silau silau nampak berkilat berminyak.

Lepas cuci muka, terus tepekkan nosepack ni dekat hidung. Nosepack ni bersaiz besar, jangan risau kalau mempunyai hidung sebesar cerobong asap seperti dalam gambar di atas. kihkih.

15 minit kemudian.

Euwwww. Kan kita dah cakap dia punya blackhead macam kulit landak. Jijik.

Lepas tanggalkan nosepack, now you need to tighten your pores! Sapu serum dekat hidung. Amek secolet je tak payah banyak banyak. Oh waktu ni korang dah boleh zoom in hidung tu. Nampak beza tak?

Tak percaya juga?

Nah kita tunjukkan cerobong asap sebelum dan sesudah. Awal awal hidung nampak gelap dan dull (kiri). Lepas menggunakan Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack terus hidung jadi cerah. Blackhead tak ada!!!

Amazing tak? The price is only RM37 and you can buy directly from www.hansaegee.com

Black Pearl Inspect Esthetic Solution Mask

Yang ini I tak gunakan husband sebagai experiment. Yang ni I pakai sendiri! I jenis pemalas sikit nak pakai mask. Especially yang jenis bancuh bancuh lepastu nak tepek dekat muka, bila kering nanti kerak kerak jatuh merekah. Oh a big NO.

But this mask is so eassssy. Dah siap terbentuk. Tinggal tepek je dekat muka. Tak payah risau risau kerak jatuh. And yang paling penting, bau dia amat menyegarkan! Like hey, kena pakai for about 20minutes (until it dry) kot, tak kan nak pakai mask yang berbau tengik?

Mask ni free size. Eh sejak bila mask ada size? ala korang jangan risau sebab mask ni flexible. Adjust-adjust sikit lubang mata hidung mulut tu, Yang penting korang boleh bernafas.

Mask ada macam-macam fungsi. Black Pearl Inspect Esthetic solution mask lebih kepada pencerahan kulit, melembabkan dan memutihkan lagi kulit muka kita. Nampak kulit lagi segar dan bertenaga. Tak adalah nampak kulit tu kusam.

Sesiapa nak berkulit cerah secara instant dan selamat, boleh dapatkan product Hansaegee direct from http://www.hansaegee.com . Sekarang tengah sale, only RM9.20 .Yes it’s available online!

Happy shopping ladies!

No responses yet

Feb 19 2014

Jom pergi Gerobokz Celebrity Baazar!

Published by under Ladies & Gentleman!

Assalammualaikum,

Apa aktiviti korang hujung minggu ni? Daripada menggelamun dekat rumah, apa kata kita cuci-cuci mata dekat Gerobokz Celebrity Baazar, di Dataran Underground, Dataran Merdeka. Dari 11pagi sampai 9malam. Tempat ni fully aircond, indoor, tak panas! So tak ada lah bersesak sesak berpeluh bau ketiak kalau nak shopping baazar.

Nama pun celebrity baazar, jadi ada ramai celebrity yang akan memeriahkan baazar tu nanti antaranya termasuklah Betty Rahmad, Eira Syazira, Nabila Huda, Natasha Hudson, Nazim Othman, Enot eh ramai lagi lah. Nak sign! Nak sign!

Haa kita pon akan ada dekat sana tau, tapi bukan sebagai celebrity ye! Haipp. I akan join booth Totinissa combining with Outerlook and Elly Shop. Wee first time tau Totinissa jual cookies dekat baazar! And first time juga untuk Outerlook jual dekat baazar. Sebut pasal Outerlook..

Kalau korang kaki shopping, Outerlook terkenal dengan signature volume skirtnya. Haa dekat Gerobokz baazar nanti for the first time Outerlook tunjukkan material kebabomnya and it’s ready stockkk heyyyy! Korang tak payah tempah dan tunggu lama-lama sebab datang baazar, bole try test dan beli terus! Lepas tu akan ada 24 warna top casual batwing from Outerlook! Exclusive tak ada jual online lagi!

NAK BELIIIIIIIIIII !!! *jerit kuat kuat*

More info: http://www.facebook.com/theouterlook

Instagram: @outerlook

No responses yet

Feb 19 2014

Saya pengguna Iphone!

Published by under Spare me 100 bucks!

Assalaualaikum. Ini first time saya menggunakan iphone. First time update blog pakai iphone. Dan ini pertama kali saya curang dengan samsung.

Sebenarnya jiwa raga tak rela pun nak beli phone baru. Tapi sebulan dua ni note pink kesayangan asik buat pasal. Baru je sebulan repair, dia buat hal lagi. Tak boleh charge. Rosak dekat bahagian kabel nak charge tu. Memang dah tua dah handphone tu.

Atas review kawan kawan rapat, akhirnya beralih arah ke iphone. Kena kawan rapat yang meyakinkan baru tergerak ganti iphone. Kalau orang orang luar cakap iphone best, saya memang tak percaya.

Setelah dua tiga hari pakai.. Best ke? Emmm sat na nak pikiaq sat.

Camera cantik. Clear and sharp bila zoom. Hahaha paling penting camera. Nampak sangat kegunaan handphone zaman sekarang untuk ambil gambar bukan untuk bercakap di telepon. Kikiki.

Tapi iphone ni kecil. Sangat geram nak taip. Jari i ni dahlah montel. Asik typo je geram lah pula.

Kita beli Iphone5 64g dengan harga RM2200. Gigih pergi lowyat kononnya nak survey macam macam kedai cari yang termurah. Tapi sampai sana dah pening kepala banyak sangat kedai. Singgah satu kedai je terus beli. Hahaa hampeh betul.

—-

Rupanya entry ni dah sebulan terperap dekat draft. Setelah sebulan menggunakan iPhone, ternyata masalah sama saja, which is bila nak charge je problem. Nak kena adjust2 charger baru boleh charge. 🙁

Lepastu keluar cenggini.

Jangan tuduh I pakai charger cokia, I guna charger dari kotak Iphone tau. Baru sebulan pakai takkan la beli charger cokia.

Kesimpulan yang boleh saya dapat, saya memang suwey dalam penggunaan handphone. Uhuk uhuk. Okeh bye bye. Jumpa lagi entah bila agaknya?

3 responses so far

Feb 01 2014

Entry tak ada isi.

Published by under I'm just rambling.

Selamat Tahun Baru Cina bagi yang merayakan! Ni first time cuti panjang tak balik johor sebab locum malam raya tu. Malas gila nak rempuh jemzz.Bila cuti ni, dapat la jenguk sikit blog ni. Kalau dah balik Johor confirm macam macam nak buat last last blog pon ikut bercuti.

25 January lepas, genap setahun kami berkahwin. Kih kih macam kelakar pejam celik aleh aleh dah ada anak. Kami celebrate anniversary dengan…….. erm.. ingat balik jap…. ermmm pagi tu pergi CME meeting dekat Kajang, lepastu.. ermmmm.balik rumah dan tak ada pape berlaku. Or even a wish pon tak ada. Kah kah kah. Tak apa redha jekla dapat suami tak romantik apa nak buat.

Membawa Aurora bersiar-siar di hujung minggu menjadi satu rutin. Memang kaki berjalan dak ni. Okay gambar ni menunjukkan Aurora malas nak layan mommy dia bercamwhore. Chait.

Last week kami pergi Baby Expo dekat Midvalley. Tujuannya nak mencari baby carrier. Sebab Aurora ni ada angin sikit, kadang kadang nak duduk stroller, kadang kadang mengamuk nak dukung. Bila dukung, sorry lah mommy dia lembik sikit. I memang dah tak larat dukung si gemok ni.

Last last tak beli apa pon sebab sesak sangat. Budak gemok tu mengamuk. Haih.

Cuti ni tak tahu nak buat apa, semalam pergi opening SincerelyByuShawls dekat Bangi. Chehh, gigih sebenarnya pagi pagi bagi idea dekat Emmet nak pergi situ. Sebenarnya nak makan free, malas masak. Kih kih burok perangai. Iyelah selalu kan bila opening kedai ada makan makan free. Sekali sampai sana tak ada pon makan makan free, yang ada hanyalah barisan orang beratur panjang gila sampai lebih 10 shoplots siap berpayung sakan. Padahal cuaca panas gila kot.

Gambar ciluk instagram Sincerelybyushawls

Yang itu I pelik, fenomena apakah sebenarnya yang berlaku. Emmet tanya lagi sekali, betul ke nak pergi ni? Nak kena beratur bagai macam esok lusa kedai ni tak buka pula. Kalau pergi, nanti terbeli, kalau terbeli, duit kita yang habis. -_-

Ni kalau kita pergi ni, Aurora bukan sahaja mengamuk, boleh kena sawan rasanya ni.

Anyway to SBU team, congratulations!! Muda muda dah success. Thums up!! Sesiapa yang jadi salah seorang crowd dekat dalam gambar ini pon tahniah juga. Kagum dengan jiwa kental beratur panjang nak shopping punya pasal. Memang jiwa shopping mengalahkan haku ni.

Hari ini nak pergi Damansara Street Fest pulak la. Macam biasa, kalau terlalu crowded kita patah balik. Heheee.

No responses yet

| |