Archive for January, 2014

Jan 27 2014

Pap smear sakit ke tak?

Published by under Don't sue me!

Assalammualaikum,

Hari itu ada buat survey dekat facebook,ramai yang request nak minta kita jelaskan tentang Pap Smear. Pap smear ni satu pemeriksaan screening awal untuk detect penyakit kanser pangkal rahim. Kanser pangkal rahim atau omputihnya kita sebut cervix cancer ni dikatakan pembunuh no1 wanita. Haa jangan main-main korang sekarang sihat walafiat tapi mana tahu akan datang macam mana? Jadi sebaiknya kita lakukan screening dari awal.

Siapa?

Siapa yang kita galakkan buat pap smear ni? Yang penting perempuan lah. Lelaki mana ada serviks. Sebaiknya perempuan yang sudah at least 3 tahun melakukan hubungan seksual dengan pasangan, sangat dianjurkan buat pap smear setahun sekali terutama sekali bagi yang aktif berhubungan seksual di atas umur 21tahun. Bila dah umur 30tahun, boleh buat pap smear setahun sekali sehingga 3 kali berturut-turut, hasil adalah normal, so boleh gap sikit buat pap smear dalam 2-3 tahun sekali.

Sakit tak?

Haa ni yang paling ramai alasan orang tak nak buat pap smear, sebab sakit, katanya. Hek leh tak buat lagi dah kata sakit. Padahal masa beranak tu puluh kali ganda sakitnya. Pap smear sama sekali tak sakit tau!

Ni kita bagi gambaran sikit. Patient akan disuruh mengangkang ala-ala macam nak bersalin tu. Kemudian kami akan masukkan alat yang dinamakan speculum. Rasa tak selesa la tapi tak adalah sampai sakit bebeno. Yang penting jangan kaku, keras-keraskan atau kemut kemutkan haa susah la alat tu nak masuk. Kalau pakai speculum plastik boleh patah speculum kat dalam tu. Tarik nafas masa alat tu masuk, and relax jeeer.

Bila alat dah masuk, kita akan jumpa pangkal rahim.

Ni contoh serviks/ pangkal rahim yang sihat.  So korang dah boleh gambar kan tak apa tu serviks? Bila dah nampak je gambaran seperti ini,  kita ambil brush or stick untuk dapatkan sampel kat situ. Just colet2 sikit je kat pangkal rahim tu, tak rasa apa pun.

Lepastu, keluarkan speculum, and siap!!!!

Tunggu appointment akan datang untuk tahu hasilnya!

Kalau kita tak buat pap smear, alhamdulillah kalau serviks sihat. Yang paling kita takut bila kita lakukan pemeriksaan speculum, tengok-tengok serviks dah jadi cenggini. Masa ni dah terlambat. :'(

Lebih sedih lagi bila cancer cerviks dah merebak ke rahim. Orang sebut-sebut pasal cancer rahim tapi tak tahu apekebende. Haa cenggini lah gambarannya..

Yerrr tak salah kalau kita cegah dahulu kan? Korang boleh pergi dekat klinik kesihatan terdekat and request untuk buat pap smear. Percuma jer!

Waktu Bila?

  1. Sebaiknya waktu 5 hari setelah bersih darah haid. Sebenarnya untuk elakkan sample pap smear kita bercampur dengan darah haid. Nanti jadi tak accurate pula.
  2. 2 hari sebelum pap smear, elakkan cuci vagina dengan sabun ker, atau sapu cream gatal ke apa ok?
  3. Haa lagi satu,2 hari sebelum pap smear juga elakkan dari berhubungan dengan suami.

Okey tu jekla yang boleh share. Simple simple as basic yang korang perlu tahu. Dah faham tak kepentingan pap smear untuk apa? Jangan lupa tolong sebar-sebarkan pasal pap smear ni dekat orang lain ok?

Semua gambar-gambar ni ciluk dekat encik google.

No responses yet

Jan 15 2014

Sudah masuk kerja.

Iya, kerana itu blog kembali berdebu. Rasanya banyak betul pending entry tak update update. Lagi lagi fasa Aurora sekarang yang tak boleh letak je mesti menangis, haa bayangkan gigih nak update blog pun tak kesampaian.

Tahun baru, mula masuk kerja. Uhuk2 selamat tinggal batu pahat indah permai. Kembali ke kota metropolitan. Misi tahun baru kalini nak lebih serious dan nak tambahkan sikit sikap berperikemanusiaan dalam diri especially waktu bertugas. Lagi lagi sekarang ni handle kanak-kanak dengan ibu ibu mengandung. Betul betul dekat dengan diri kita. Kalau dulu perasaan kurang sebab tak pernah mengandung dan ada anak. Sekarang ni lain sikit.

Haritu didatangan 2 pesakit syndrome. Habis semua mesin scan dikerjakan. segala perut, pipi discannya dibuatnya macam mainan. HAIPP! hehe tak adalah. Ni 2 orang member yang datang melawat klinik. Sakit kononnya. Tapi tengok macam sakit jiwa adalah.

Misi seterusnya untuk tahun baru, nak stop minum ais. Wahhh satu percubaan untuk diri sendiri ini. Sejak berpantang dah belajar stop minum ais, berimpian nak teruskan sampai bila-bila. Umur dah lanjut ni badan dah banyak reput.

Selain itu, nak banyakkan minum air putih sehari kena habiskan lebih 2L air. Haha biar kembong perut tak apa. Dulu jenis sehari nak minum seteguk air masak pun kurang, sekarang memang nak berubah. Ewahh. Dekat rumah tak ada simpan air manis lagi dah. Korang datang rumah aku pun kena jadi mangsa minum air masak je padan muka.

Ye, memang best bila ada ni semua kat area rumah. Tapi gigih juga la pergi gym sambil bawa stroller. Lepastu kena betul-betul letak stroller menghadap kita supaya Aurora nampak kita tengah running (sambil renjis renjis peluh dekat dia). Kalau tak buat cenggitu confirm menjerit.

Workout!! Yer, nampak tak tahun baru ini memang misi semua berbentuk kesihatan. Gaya macam aku ni pesakit chronic je tapi takdelah. Ni semua untuk kesihatan dan masa depan ewah ayat macam dalam iklan tv. Nak pasang impian setiap minggu at least sekali swimming and pergi gym buat running. Alah facilities semua dekat rumah ada tinggal rajin malas je sebenarnya.

Haritu bawa si kubis ni ke klinik. Sebab daddy dia nak pergi semayang Jumaat. Nasib baik la patient tak ramai.

Time patient datang, pass dia kejap dekat kaunter depan. Rora jadi nurse kejap. Syiok betul dia.

Okey lah. Jumpa lagi minggu depan. (Sebab confirm minggu depan baru update balik) kih kih.

One response so far

Jan 14 2014

The miracle of ayat alquran.

Bismillahirrahmanirrahim,

Masa menulis ni, eh menaip maksudnya, Aurora dah tidur. Alhamdullilah. Mommy minta maaf sangat sangat for what had happened just now…

Oleh kerana esok public holiday, so malam tadi decide nak makan luar. Saja nak spend time dinner dekat luar and try kedai makan yang tak pernah try. Mula mula nak pergi Restaurant Tupai-tupai.. lepastu tak jadi sebab tiba tiba terasa nak makan dekat Fatty Crab. On the way to there, google2 kedai tu baca review orang pasal kedai tu crowded selalu ramai orang, so tak berkenan since bawa baby.. leceh sikit. Emmet teringat kedai Humble Chef dekat Plaza Damansara, sampai sana tengok kedai tu pon ramai orang. Skip takmo lah pergi situ. Sampai area Damansara, termasuk Penchala Link.

Okeh redah je apakata kita makan area Penchala. So try la makan dekat Subak Restaurant. Google map tempat tu, gigih cari sebab review orang kata not bad. Tak sangka ke situ jalan gelap gila. On the way situ siap terserempak sekumpulan lembu besar -besar,lebih besar dari kereta kitorang. Imagine how scary time tu. Kot kot lembu tu sodok kereta kami. Sebab memang lembu lebih 10 ekor baring2 bersantai tengah tengah jalan raya. Kereta betul betul lalu sebelah lembu. -_- GRRRRRRR.

Restaurant tu atas bukit, sebelah hutan hutan pokok pokok. Malam.. so xnampak sangat sebab gelap. Ada lighting2 kononnya lawa and peaceful tapi masa tengok tempat tu je dah rasa ‘something’ tapi kitorang jenis.. dah sampai ni apakata kita try je makan sedap ke tak.

Emmet suruh amik gambar. Untuk review blog kononnya. Ni dari bawah, tapi kami kena daki bukit sikit untuk ke restaurant tu. Lepastu duduk dekat tepi pokok berhutan apa entah. Selain kami ada 2 meja lain yang tengah makan, tatau kenapa waiter tu suruh kami duduk terceruk situ.

Masa on the way tadi, Aurora tidur. Ni gambar snap sebelum gerak keluar makan. Memang dia tidur je sepanjang perjalanan. Bila sampai restaurant tu je dia dah celik cekik mata pelik. Biasalah mamai. Merengek rengek sikit.

Buka menu, hamboi bukan main mahal lagi harga. Tak sesuai harga bajet kami sebenarnya. Tapi seperti yang dikatakan tadi, sebab dah sampai jadi kami try jekla makan. Order yang paling cheapest, nasi goreng RM25, mi kari RM22, air teh tarik RM8. Phuh baik haku tarik sendiri teh kat rumah.

Ignore the price. Time tunggu order, Aurora dah start menangis. At first, I think it’s okeh.. lagipun papa dia yang dukung.. biasala tu menangis bangun bangun kalau nampak papa tapi tak nampak mommy  hik2. Maybe nak susu kot. Okehla prepare susu terkedek kedek, lepas minum susu okeh la tu agaknya

Papa Aurora bagi susu, dia tak mahu. Makin kuat menangis. Sangat kuat. Alamak. Try dukung dia and bawa dia jalan jalan. Lagi kuat nangis. Masa I dukung Aurora… I saw her eyes like scared of something. Terbeliak melilau lilau. And crying continously..

Cuba tengok kiri kanan. I saw asap asap smokey gitu. Saspen juga. Cuba cari punca asap tu. Ohh rupanya ada ubat nyamuk yang hijau melingkar tu dedekat meja kitorang

Terus rasa tak sedap hati. Makan cepat cepat. Gilir gilir makan sebab Aurora tak bole duduk diam. Menangis hentak hentak kaki meronta ronta. Yes I’m sure she saw something. Makan pon tak hingat la sedap ke tak. Memang tekak tawar je masatu sebab terfikir anak.

Balik cepat cepat. Masuk dalam kereta. Selalunya Aurora akan okeh bila bagi direct breastfeed. But still the same. Menangis makin kuat. Susu semua tak mahu. Meronta ronta tarik tudung I semuaa. Selawat dekat telinga dia banyak banyak. Tak berkesan. Sedih sangat tadi sampai kita pun nangis tak tahu nak buat apa.

Baca ayat kursi. Masani tu jekla yang hafal dalam kepala. Bisik dekat telinga dia. Tupun tak berkesan. Maybe I’m not good in bacaan ayat qursi tu. Sedihnya tengok Aurora yang meronta ronta teresak esak terbatuk batuk menangis macam nak bagitahu yang dia takut sangat sangat.

Tak de idea nak buat apa lagi. Almost 2hours la dia non stop crying. Last last buka mp3 alquran dalam Hp. Pasang dekat telinga Aurora, bagi dia dengar and kami sama sama baca ayat AlQuran dekat mp3 tu. Aurora slow sikit nangis. Bagi susu.. dia hisap. And nangis makin slow…

Kami teruskan bagi dia dengar ayat alquran tu sampai dia tertidur. Subhanallah ajaibnya ayat Al Quran tu sampai Aurora rasa shahdu dan terus tenang lepas dengar ayat Al-Quran. Kita tengok sendiri muka dia yang pelan-pelan makin tenang.

Terasa bersalah sangat bawa Aurora pergi situ. Ni kali kedua kejadian pelik since mengandung masa pergi Fraser Hill aritu. Fraser Hill dan Subak Restaurant dah blacklist dalam hidup. Selalu memang bawa Surah Yasin dalam handbag tapi beberapa hari ni  tak bawa sebab suka letak handbag bawah kerusi kereta. Haih.

Sempat lagi upload gambar dekat instagram masa Aurora mula mula start mengamuk. Masani ingat biasa-biasa je. Lepastu dah gelabah sampai tak sempat nak jawap bila orang tanya makan dekat Subak sedap ke tak. Sorry memang tak ingat langsung rasa makanan tadi, tak boleh nak review.

Aurora dah tidur, terus nak update blog and share cerita ni dekat semua. Pengajaran untuk diri sendiri dan semua orang. Kalau ada baby,  kena tengok-tengok sikit tempat apa yang kita nak bawa. And sentiasa stand by ayat Alquran dengan kita sebagai pelindung.

Aurora tidur nyenyak nyenyak. Don’t be scared sayang.. Esok mommy tak kerja and will be here with you for the whole day….

Salam Maulidur rasul.

No responses yet

Jan 11 2014

Aurora tiga bulan

Published by under Where the heart is.

Tahun baru 2014, Aurora dah genap 3 bulan. Bila masuk 3 bulan je, memang pasang beberapa impian untuk Aurora. Antaranya, Rora kena start belajar swimming. Ngehh strict betul mummy dia, tak pasal-pasal si kecik ni kena belajar swimming. Bukan apa, Rora ni boleh dikatakan ada high risk for Asthma. Since Emmet pun ada semput masa kekecik dulu. So dengan swimming dari kecil ni elok sangat untuk pernafasan bayi.

Sebenarnya Aurora suka gila main air. Especially waktu mandi. Kalau dia melalak memekak tanak berhenti menangis, buka je baju dia and bawa pergi mandi. Memang dari menangis boleh jadi ketawa terbahak-bahak.

Mula-mula penat juga mencari pelampung untuk baby. Last-last jumpa dekat jusco. Ada 1 jenis dan 1 warna sahaja. Terpaksa lah sama dengan pelampung Eshan, sepupu Aurora. Harga Rm39. Semalam survey dekat Expo baby pun ada jual juga warna and jenis yang lain. Harga tak usha plak berapa masatu. Pelampung ni sesuai untuk baby <11kg ye.

Haha punya lah poyo sampai mandi dalam besen pon nak pakai pelampung.

Disebabkan air kolam ni tak suam macam mandikan dia selalu, masa awal-awal masuk kolam renang mesti dia menjerit. Kalut betul dia ni.  Tapi bila dah lama lama dalam kolam, buat muka poyo pula. Selalu bawa dia mandi waktu waktu dah panas sikit lah, sekitar pukul 10pagi cenggitu. Takut menggigil plak dak ni.

Kalut sikit Aurora ni tak pandai nak swimming sangat. Tak reti pon dia nak kocak-kocak kan air tu. Kaku je tangan kaki. Aurora ni waktu berak ni boleh agak bila. So tak susah la nak bawa dia swimming.

Bila dah syiok swimming, marah bila kita angkat ajak balik. Awal-awal berkerut je lama-lama menjerit satu KL boleh dengar. Wah hyperbola sungguh ayat.

Bersama Eshan, sepupu Aurora yang 6 bulan lebih tua dari dia. Sebenarnya yang excited kita kita ni haa, budak 2 orang ni rileks je muka malas nak layan.

Ni habit bapak dia dari dekat rumah sampai dalam kolam suka buat Aurora cenggini. Sekuat-kuatnya dia genggam rambut bapak dia tu haa.

Aktiviti cenggini kami pasang niat untuk buat setiap minggu. Mandikan sekejap pun jadi lah. Bukan Aurora je yang berendam, kita yang berlemak ni pun nak latih diri untuk exercise sekali.

Ramai yang suggest suruh Aurora pergi Hyppopo baby spa. Satu tempat swimming and spa untuk baby. Tapi Emmet tak berkenan katanya sama je bawa mandi dekat kolam rumah ni. Tapi kalau rumah korang takde pool, boleh la bawa pergi situ. Bagus sebenarnya bawa baby swimming ni especially untuk breathing exercise baby. Yang penting sekali kita kena ada sama lah waktu swimming jangan plak korang duk humban anak korang berenang sendiri.

No responses yet

Jan 04 2014

Pa&Ma January 2014

Published by under Ladies & Gentleman!

Assalammualaikum,

Walaupun dah lama majalah ni dipasaran, tapi baru kali ini sempat nak bagitahu dekat sini. Sesiapa yang cam muka doktor yang selebet dekat page 36 tu korang memang hebat. Takde mention pun itu Totin, tapi ada bagitahu nama sebenar sahaja. Professional lah kononnya kalau pakai nama sebenar kan?

Pompuan hidung mancung tu obviously bukan aku ye!

Thank you Kak Nor sebab sudi email interview Totin. Yang kelakarnya, dia pergi email kawan kita masa  mula-mula nak bagitahu pasal ruangan Pa&Ma ni. Nasib baiklah kawan tu tak menyamar jadi Totin kalau tak habis tips merapek meraban dia bagi.

So, kalau korang nak tahu 6 asas selepas bersalin dari saya, jom sambut tahun baru 2014 dengan majalah Pa&Ma keluaran January 2014 (tak pasal-pasal). Sesuai untuk para ibu dan bakal ibu yang tertanya tanya apa benda penting yang kita kene tahu bila dah bersalin nanti.

Okeylah. Aurora dah mencebik minta susu.

Tadaaaaa.

No responses yet

| |