Archive for December, 2013

Dec 18 2013

Photoshoot Outerlook.

Assalammualaikum,

Lama betul tak update. Minggu ni sangat busy. Busy dengan event sana sini. Busy dengan benda remeh temeh sebenarnya. Nak kata busy dengan kerja, kita tak masuk kerja lagi. Kih kih kih. Banyak nak cerita, tapi tunggu turn la yeh.

Kalau follow my instagram, last week I ada join satu photoshoot. Saja suka-suka. Dah berzaman sebenarnya tak join photoshoot. Last sekali masa sebelum start kerja. Bila dah start kerja, especially time housemanship memang menangis lah, dapat offer mesti tolak sebab takde cuti yang mengizinkan. Uhuk uhuk.

Make up ni sentuhan kak Emma Razak. Thankyou sis, cantik sangatt! Oh lupa nak bagitahu, shoot kalini untuk online shop OUTERLOOK. Online shop ni baru je, semua product akan release next year, 2014

Emmet curi curi amik gambar kami. Skirt yang I pakai tu best gila, flowy flowy bagaikan nak terbang dibuatnya.  Yang shoot masa tu ada 3 orang. I bawa konsep muslimah. Actually ni baru first time buat photoshoot bertudung. Hikhik hentah apa lah aku pose. Kadang kadang terlupa konsep. Hilang kemuslimahan hakuu. Yang derang derang bawa konsep lain. Nak menunjukkan yang outfit untuk OUTERLOOK ni sesuai untuk semua, dress formal, nak pergi kerja, nak bersantai semua ada. Memang confirm korang rambang mata punya!!

Juga menunjukkan barangan OUTERLOOK sesuai untuk yang ketotz mahupun tinggi. -_-

Lagi satu yang bestnya, OUTERLOOK ni sejenis home made online shop. Korang order design, pilih nak warna apa, nak adjust ukuran pon boleh, nak ubah sikit design pon boleh, contohnya macam dress yang kat atas tu, kalau nak tambahkan lengan panjang pun boleh. Nama pon homemade basic, korang order je nak cemana. Material jangan risau, kain dia memang lembut, tak panas, tak mudah ronyok. Material jenis apa tu I tak tahu sebab I tak kenal jenis kain kikikihhh.

Takut juga bawa Rora pergi studio kot kot studio tu tak selesa. Nak tinggalkan dia, takde siapa nak jaga. Tapi tak sangka studio tu best and comfortable sangat. Tengok Rora excited je dekat studio, duk melepak atas bean bag ni. Harap maklum, outfit Rora takde kena mengena dengan OUTERLOOK. Ni pemberian auntie Ida. 🙂

Sempat curi-curi minta shoot kan Rora sekali. Excited betul dak kecik ni tengok lampu kelap kelip sana sini!

Okay, untuk korang semua yang penggila online shopping, jom follow instagram @outerlook dan www.facebook.com/theouterlook sekarang!! Save duit, tunggu next year lepastu borong banyak-banyak! Lepastu kita ber fashionista sambil menangis nangis (sebab duit dah abis) -_-

Korang boleh tolong copy and send gambar ni dekat Instagram (with #outerlook) or share dekat facebook, lepastu message mereka bagitahu korang dah tolong promote, untuk dapatkan voucher code. Kalau korang tolong derang promote before 30 december, korang dapat 10% discount of any items! Wahhh, dahlah murah-murah barang kat situ, dapat 10% discount lagi, menari-nari dompet kuu.

ps:  untuk blogger yang nak review cenggini, with gift items dari outerlook, boleh email theouterlok[at]gmail.com

No responses yet

Dec 14 2013

Pesakit kencing manis boleh makan madu tak? [Q&A]

Soal jawap lagi.

Manis madu sepah dibuang. Tapi ramai yang keliru dengan kemanisan madu. Kalau ada kencing manis boleh makan madu tak? Madu kan manis. Tapi katanya madu tu bagus. Boleh makan ke tak ni? Kompius ahhhhhh

Okay, meh sini I bagi sedikit fakta yang berkaitan dengan madu.

  1. Madu memang manis. Tapi madu cuma meningkatkan SEDIKIT sahaja kadar gula dalam darah kalau nak dibandingkan dengan gula lain.
  2. Madu dapat meningkatkan kadar insulin. Insulin ni sejenis hormon yang berfungsi untuk menyerap glucose dalam darah. Jadi sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kencing manis kita.
  3. Madu asli juga dapat menurunkan kadar kolesterol, trigliceride dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik)  dalam badan.
  4. Madu dapat mengurangkan kadar glucose dalam darah serta elakkan daripada risiko penyakit jantung.

Nampak tak khasiat madu tu? TETAPI, kenapa gula still tinggi atau melonjak naik juga lepas kita makan madu? Haa sebelum makan madu, kita kena teliti juga keasliannya. Madu yang tak asli dan tak de kualiti ni memang tak memberi kesan pun pada kesihatan kita. Kadang-kadang makin memburukkan penyakit kencing manis kita adalah. Cari madu yang mempunyai kandungan air bawah 18% untuk kekalkan khasiatnya.

Maduuu, di tangan kananku..

Racunnn, di tangan kiri ku..

Aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku..

Ingat! kakau dapat madu dari tangan kanan tu, terus minta yang asli! no cetak rompak! ;p

Gambar Hiasan.

Suka membebel bila patient minum manis-manis tapi diri sendiri dua kali lima je sebenarnya.

Kihkihkih.

No responses yet

Dec 13 2013

Macam mana nak atasi kelemumur ni? [Q&A]

Terima kasih atas soalan tersebut. Sebenarnya dah lama dapat email ni tapi asik terlupa je nak jawap. Kalini I jawap soalan dekat blog sebab soalan ni sangat random. Dimana ramai yang mengalami masalah yang sama, kan kan?

Korang nak mengaku ke tak nak, tak heran pon. Tapi bila seseorang ada kelemumur, itu dah cukup memalukan.Lagi-lagi bila kita keluar dating dengan pasangan kita alih-alih ada salji turun dari kepala. Eee paiseh okey.

Kelemumur sering terjadi pada kulit kepala yang berminyak. Kulit kepala yang semakin berminyak akan dapat memicu pertumbuhan fungi. Fungi ni sifatnya lipofilik, iaitu kalau kulit kepala kita berminyak, makin berpesta la fungi tumbuh!

Sesetengah orang ada kelemumur yang ringan, boleh hilang dengan bershampoo biasa sahaja. Sesetengah orang tu jenis kelemumur degil, sehingga kulit kepala jadi kemerahan, gatal sangat… ha yang tu kita dah kategorikan sebagai penyakit yg kita panggil Dermatitis Seborrhoic (jangkitan kulit kepala pada kalenjar minyak) Haa macam tu kot kalau translete kan dalam bahasa pasar.

Cara Atasi?

Cari shampoo yang sesuai dengan kita. Kalau semakin kita bershampoo, kulit kepala menjadi merah mak ngah, gatal-gatal macam beruk, rasa panas atau ada allergic reaction, sebaiknya segera hentikan. Tu maksudnya shampoo tu tak sesuai dengan kita. Shampoo yang kita pilih mestila sesuai dan ada kandungan

  1. Zinc pyrithione. Contohnya macam shampoo Head&shoulders. Kandungan ni berfungsi sebagai anti bakteria dan anti fungi untuk kulit kepala
  2. Salicylic acid. Kandungan salicylic dapat mengurangkan ‘sisik’ pada kulit kepala tapi kadang-kadang boleh buat kulit kepala jadi kering. So, sebaiknya lepas bershampoo, kita pakai conditioner pula!
  3. Selenium sulfide. Dapat membantutkan pertumbuhan fungi Malassezia (fungi yang menyebabkan kelemumur)
  4. Ketoconazole shampoo. Bersifat antifungi spektrum luas. Sesiapa yang datang klinik, I boleh bagi shampoo ni.

Shampoo yang mempunyai kandungan salicylic acid.

ITUKAN CONTOH…

Shampoo yang mempunyai kandungan Selenium Sulphate

ITUKAN CONTOH…

Ingat ye, setiap orang ada kulit kepala yang berbeza. Kena pandai pilih sendiri shampoo yang bersesuaian. Yang penting jangan berputus asa.

Ha lagi satu tips, jangan lupa ye, kelemumur bukan sahaja berpunca dari penjagaan kulit kepala. Selain tu effect pemakanan pun penting!! Banyakkan makan makanan yang mengandungi zinc dan vitamin B . Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya makan supplement tambahan untuk stabilkan nutrisi dalam badan.

Bila perlu jumpa doktor?

Apabila penyakit kelemumur kronik. Kulit kepala menjadi semakin membengkak kemerahan kadang kadang disertai dengan nanah, jangkitan kuman, berbau. Yang ni bukan kelemumur dah ni sebenarnya. Entah entah sakit lain yang berkaitan dengan kulit kepala seperti psoriasis, eczema, atau contact dermatitis.

Ingat ye, penyakit kulit macam kelemumur ni bukan sejenis penyakit emergency. Jangan pula korang datang klinik kecemasan pukul 3 pagi bagitahu doktor tak dapat tidur sebab gatal kelemumur kulit kepala. Meh sini doktor Totin tolong gerudi kepala tu kasi hilang itu kelemumur.


Dulu saya ada jual shampoo penghilang kelemumur ni. Berkesan sangat! Tapi sekarang tak ambil stok lagi. Maaf sangat-sangat bagi sesiapa yang asik bertanya tu..

No responses yet

Dec 12 2013

Risiko menggunakan minyak kitar semula!

Full story klik sini.

Bila baca muka depan kosmo hari ini, topic utama adalah tentang penggunaan minyak kitar semula dari dapur tidak halal. I tak nak cakap tentang isu minyak halal atau tidak, tapi nak cuit sedikit dari aspek kesihatan.

Kita sedar tak minyak yang kita gunakan untuk memasak itu mempengaruhi kesihatan kita? Sebab tu kita kena cari minyak masak yang terbaik untuk kita dan keluarga. Tapi tak guna juga kalau beli minyak mahal-mahal siap cari yang cholesterol free lah konon tapi kita goreng gunakan minyak yang sama sampai 5 hingga 6 kali.

Oke, memang sayang nak buang minyak yang dah digoreng. Sebenarnya boleh, tak salah. Tapi syaratnya tak lebih daripada TIGA KALI gorengan. Kali ke 4 dah kena buang tau! Perasan tak, minyak bekas penggorengan itu biasanya berwarna kuning pekat, hitam hitam sikit, kadang-kadang ada kesan kriuk kriuk bekas gorengan sebelumnya. Itulah punca kolesterol tinggi dalam badan kita. Khasiat minyak tu dah takde, dah bertukar jadi kolesterol jahat!

Ingat ye, kolesterol merupakan salah satu silent killer kita. Tengok kita sihat walafiat, badan kurus slim cantik molek, sebenarnya kolesterol melambak dalam badan. Bila kolesterol dah banyak (hyperlipidemia), kita akan berisiko tinggi terkena penyakit seperti stroke dan penyakit jantung. Apatah lagi ditambah dengan lifestyle kita yang jarang bersukan ni betul tak?

Lagi satu, penggunakan minyak goreng banyak kali ni boleh buatkan struktur kimia pada minyak itu berubah menjadi bahan karsinogenik. Apa tu? Berselirat lidah nak menyebutnya. Berselirat juga kami para doktor nak merawatnya. Hee Karsinogenik itu bahan  yang berpotensi menyebabkan penyakit kanser. Terutama sekali kanser perut dan usus..

Haa seram tak. Jadi sebelum kita beli goreng-gorengan dekat pasar malam tu, kita pikir dua tiga kali dulu ok? Jenguk jenguk sikit dekat kuali penggoreng tu. Kalau minyak dah hitam legam, cuba kita tegur. Tegur elok-elok sikit lah kang kena jirus dengan minyak panas pulak. Matihaku.

Minyak masak yang sihat mempunyai bau khas, tak tengik! Warna dia jernih je tak berkeladak.

Anyway, saya akan keudara besok bersama topic ini di Radio Ultra 101.3fm pukul 8 pagi. Masa on the way nak pergi kerja tu jangan lupa dengar radio Ultra, ok?

Siapa tak tahu, radio Ultra Fm ni radio baru untuk pendengar sekitar Lembang Klang. Boleh like facebook mereka https://www.facebook.com/ultranisme

Thankyou bai bai.

No responses yet

Dec 03 2013

Jom ramai-ramai makan stem cell mana tahu tahun depan dapat beli Ferrari?

Assalammualaikum,

Cukup lah kontroversi yang melanda. Hamboi mengalahkan Shila Hamzah la nak berkontroversi bagai. Kali ini tak nak cerita pasal hospital, doktor, kesihatan dan sebagainya. Kali ini nak tolong mama kita promote-promote tentang product kesihatan ni. Eh janji tadi tak nak cerita tentang kesihatan?

Pernah dengar tentang Phytoscience double stem cell?

Kalau dekat sekolah masa nak jadi doktor dulu adalah belajar tentang stem cell ni. Stem cell in bone marrow, mesenchymal stem cell semua. Bila mama explain pasal stem cell ni bagus dimakan, mula lah dekat fikiran, eh? tulang boleh telan ke?

Punya lah kolot aku ni padahal stem cell tu ada di mana-mana. Maksud stem cell itu sendiri adalah sell induk. Jadi, Double Stemcell ni ialah sel induk yang diambil daripada buah Swiss apple (yang tak ada dekat malaysia pon) dan buah anggur. Prosesnya tak tahu lah cemana (cheh nampak sangat aku tak pandai nak explain, ni kalau entry berbayar ni confirm orangnya bengang).

Mula-mula ingatkan pil. Kalau pil dah malas nak telan sebab dah sebakul pil Shaklee kita telan hari-hari. Yang ni serbuk letak bawah lidah, sedappppppp sangat. Kalau lidah kontot nak letak atas lidah pon tak jadi masalah sebenarnya.

Muka happy dan excited sebab berjaya rembat sachet kedua double stemcell mama punya. Orang lain makan sehari sekali je, kita makan sampai dua. Mana tak mama bising. hik hok hik hokkk…

Lepas tu sempat pula hasut Emmet suruh makan juga mana tahu boleh menambahkan stem cell misai dan janggut sekaligus menyerupai wak doyok. ??

Okaylah, merapek dah aku ni. Nampak sangat tak reti nak advertise stem cell ni. Baru teringat, point penting boleh terlupa nak bagitahu. Dengan makan stem cell ni bukan sahaja bagus untuk kesihatan tapi sekaligus ada usd bertambah dalam pocket kita. Boleh tambahkan pendapatan sampai 5 figure dalam sebulan atau kurang dari tu. Strateginya tak susah pun, kalau nak tahu lebih lanjut boleh contact mama kita. Orang JB boleh datang rumah kita sebab mama selalu buat class untuk explain pasal business ni.

Untuk yang berminat sahaja ok?

Cuma bayar RM250 satu paket.

Tambah sikit duit RM270 untuk terus jadi ahli. Terus ada USD dalam pocket. Terus berangan beli Ferrari.

No responses yet

Next »

| |