Archive for November, 2013

Nov 26 2013

Bayi perempuan perlu sunat tak?

Ramai yang kompius sama ada bayi perempuan perlu disunatkan atau tidak. I bukan ahli agama untuk bercakap tentang hukum tapi yang penting sunat perempuan itu tidak wajib. Ramai yang tak sunatkan bayi sebab katanya kesian dekat bayi, lagipun tak wajib bla bla bla.

Sunat perempuan sebenarnya potong sikit je. Bukan macam lelaki yang rumit dan penuh terperinci nak jahit-jahit bagai. Bagi perempuan, sunat hanya memotong sedikit bahagian selaput pada biji kelentit (clitoris) perempuan. Very the tiny cut lah. Sebesar tahi hidung. Eh rasanya tahi hidung aku lagi besar. Bhuahaha

Bila teliti pada biji kelentit baby akan tampak timbul sikit. Selaput yang itu kita potong. Actually tak ada keluar darah pun. Kalau ada pon co’et je. Lepas potong sapukan sikit ubat kuning, lalu selesai. Tak adalah sampai jahit ke apa. Tempat yang dipotong tu kawasan paling banyak nerve (tiba-tiba otak jadi jem plak tak boleh nak fikir ayat nerve dalam melayu apa, korang google sendiri lah), jadi memang akan rasa sakit sikit. Sebab tu kita galakkan buat sunat perempuan waktu baby. Masa tu nerve tak banyak and rasa sakit tu kurang pada baby.

Sebenarnya clitoris fungsinya sebagai sensory perempuan. Kira macam nafsu lah. Menurut fahaman, selain sebagai menjaga kebersihan, sunat perempuan ni untuk mengurangkan nafsu perempuan yang katanya dapat menjaga syahwat perempuan. Nafsu perempuan tak bersunat ni berkali-kali ganda daripada yang bersunat. Kata ahli agama lah tapi menurut I memang logik pun kalau nak dikaitkan dengan fungsi clitoris tersebut.

Point utama cuma nak bagitahu Aurora dah sunat pada 20November lepas. Tak nangis pon dia, cuma pejam mata kuat-kuat. Gagah perkasa okeh!

Terpulang pada korang nak sunat ke tak. Ikut fahaman masing-masing. Tak semua doktor boleh sunatkan baby perempuan. Kalau dulu I pun tak berani, tapi sekarang dan confident bila tengok anak sendiri kena sunat. Oh senang rupanya potong tu, InsyaAllah boleh buat.

No responses yet

Nov 21 2013

Oh my Ganu!!!

Rabu lepas genap 44hari bersalin iaitu yeay! freedom dari berpantang! Hari ke 45 terus pergi holiday ke pantai timur. Hamboi bukan main jauh! Itupun sebab ada wedding sebelah family kakak ipar dekat Terengganu.

Stay satu malam dekat Zenith Hotel, Kuantan. First time stay sini walaupun sebenarnya family dah banyak kali datang. Jadi I dengan Rora je jakun datang sini. ( tak pasal-pasal libatkan Rora)

Yang bestnya dekat sini, facilities dia macam-macam. Selain ada swimming pool, ada playground, wii game, gym, spa&sauna.

Masa ni Aurora tengah tidur, aku kejut dia suruh main gelongsor. Muka Rora nampak gembira tapi sebenarnya dia tengah mengamuk! Haha kejam betul haku ni.

Yang ni dia dah sedar sikit. Terpaksa layankan je mommy dia yang terlebih excited.

Kecik-kecik dah pandai pandang sleck kat aku. -_-

Yang bestnya bila datang Kuantan ni, jangan lupa singgah warung Pok Su Mok Su dekat Tanjung Lumpor. Dapat merasa makanan fresh panas-panas especially sata yang memang takde dekat Johor. Konon nak berdiet lepas habis pantang. Hampeh baru hari pertama habis pantang, misi dah kecundang.

Baru first time makan Tomyam Kelapa. I bukan penggemar tomyam tapi bila makan ni memang sedap! Terasa macam makan tomyam sambil minum air kelapa? Haha boleh gitu?

Stay satu malam dekat Kuantan, kemudian terus ke Dungun. Bersantai di pantai Dungun, berhadapan UITM Dungun.

Shawl yang dipakai ni best. Lembut dan sejuk. Senang nak pakai. Ni wideshawl, siapa yang suka tutup dada boleh lebarkan lagi bahagian dada. Punyelah minat sampai beli macam-macam koleksi warna. Kalau korang berminat boleh beli dari instagram vanillarose.

Dulu tak berani nak pakai Pallazo pants sebab takot nampak pendek macam penguin berjalan. Tapi sebenarnya nampak lebih simple dan menarik bila dah pakai dan kena gayanya. Pallazo pants sangat comfortable ni beli dekat fashionvalet. Kalau korang nak, beli sendiri.waakakaka.

Sampai rumah wedding jadi blur bila kiri kanan cakap ganu.

“#&#^$%÷€¥÷*#$ pantang?”

Ohh rasa-rasanya dia tanya bila habis pantang kot? So aku pun bantai la jawap ” baru 2 hari lepas…”confident je haku ni hentah-hentah dia tanya lain. Oh my Ganu!!

Taksub sangat makan ni sampai gambar pengantin pun tak ada.

Makanan wajib makan kalau pergi rumah kakak ipar, Jala Emas.. Saja bagi korang kecooorrrr

No responses yet

Nov 21 2013

Tips untuk doktor Houseman!

Published by under Don't sue me!

*Peringatan: Blog entry kali ini lebih spesific kepada medical students. Jadi ayat-ayat dalam ni more to medical terms. Harap maaf.

Assalammualaikum,

Daripada soalan adik ni, I nak bagi tips untuk doktor-doktor yang baru melangkah ke alam pekerjaan a.k.a doktor houseman. Memandangkan I pun baru je lepas azab houseman, jadi ingatan semua masih fresh lagi so boleh kita share sama-sama dengan adik-adik yang excited gila nak jadi doktor tu!

Memang excited kot bila tiba-tiba dapat title doktor. Lagi-lagi bila time convo, waktu nama disebut atas stage DOKTOR KESUMA DEWI chewah ada doktor dekat nama kita, menangis kegembiraan mak bapak kita time tu. Masatu mula lah rasa berbaloi belajar 6 tahun akhirnya tercapat juga cita-cita ku.

Eceh aku saja je mukadimah panjang-panjang. Tapi hakikatnya bila hari pertama je kau masuk tempat kerja, mula lah rasa nak terkucil. Lots of unexpected turns in life. Kalau balik kerja tak sakit sengal-sengal kaki tu bukan doktor lah kau. Nampak macam best kan doktor? Tapi bila bayangkan waktu tagging hour (7 pagi sampai 10-11malam), mostly berdiri sepanjang masa (pernah dengar ke doktor ada table sendiri untuk duduk?) Kita bukan kerani, kita doktor. Round ward sana, round ward sini. Masa tu dapatla merasa pengalaman macam musafir miskin tak cukup makan. Menjerit lapaaarrrr tapi tak sempat nak makan. Simpan kacang, gula-gula, cikedis kecik-kecik dalam lab coat (oh tu aku, korang takyah nak tiru, nanti kang nak keluarkan reflex hammer tersangkut kulit kacang)

Masa houseman ni lah korang akan belajar berlapar, belajar hidup kental, belajar tidur merata tempat, tidur atas kerusi, tidur atas meja, atas lantai, tidur beralaskan lengan, tidur sambil berjalan. Ye, saya selalu tutup mata sambil berjalan sebab mata penat sangat tapi tak berkesempatan nak berehat. Setakat ni tak pernah jalan masuk longkang langgar tembok lah.


Dekat sini nak bagi tips untuk doktor houseman.

  1. ALWAYS ASK!! Jangan memandai. Walaupun soalan bodoh pon, kau tanya je. Lantak la orang nak kata apa. Biar lah orang anggap kita bodoh, daripada kita memandai-mandai. Apa-apa yang terdetik dalam hati tu, tanya je. Especially masa ward round, tanyaaa! Tanya dengan niat nak tahu tau, jangan menanya dekat doctor MO tu semata2 nak test MO tu pulak. Habis kau kena blacklist. Merana sepanjang hidup.
  2. Kerja dalam satu community. Kena berbaik dengan staff nurse especially. Lagi-lagi yang senior.  Learn from them! Betul, pengalaman mereka lebih menggunung dari kita yang baru sehari dua bekerja tu. Jangan nak kerek semacam, eleh awak tu nurse je tak layak nak tegur aku. Amboiiiii kembang kuncup kembang kuncup je hidung nurse tu menahan geram.
  3. Always do revision. Masatu jangan bajet kau dah official doctor ye. Sentiasa anggap diri ni di alam pembelajaran. Setiap kali dapat case, buat catitan dekat note. Balik rumah buat revision sikit tentang case-case yang kita dapat hari tu. Actually sampai sekarang I buat cenggitu. Case-case baru memang I akan cari update.
  4. Lagi satu tips as doctor HO ni, kena buat kerja cepat-cepat. Very the laju punye. Efficient and fast! Jangan terkedek-kedek terkial-kial. Yang tu is very annoying. Actually dulu I pon cenggitu, maklum la I ni slow leaner slow segalanya. Tapi bila dah jadi MO, tengok houseman yang terkial-kial , clerking patient sampai berjam tu rasa nak rampas je pen dia, biar aku buat lah gitu. Baru faham kenapa dulu aku selalu kena marah dengan MO. -_- Betul tau, doktor kalau dapat emergency call, jalan terkedek-kedek macam model.. sampai-sampai katil patients, ahli keluarga dah siap baca yassin dah.
  5. Kalau kena maki ke, kutuk ke, kena buli ke apa, terima jeklah dengan senyuman. Anggap jer itu asam garam kehidupan. Masa baru-baru kerja dulu, I kena buli dengan colleague kaw-kaw punya. Paling ingat bila I disuruh datang kerja pukul 5 pagi, lepastu ambil darah semuaaaaa patient dekat 2 ward tu. (Padahal tu tugas colleague yang oncall, tapi dia buli aku yang tagging dan noob ni), segala prosedure disuruhnya aku buat. Derang gelak2 je dalam oncall room. Lalu I buat lah begitu hari2 kerja dari 5pagi sampai 11malam. Menangis tak menangis tak. Dengan I yang jenis terkial-kial buat kerja tu. Tapi bila fikir balik, terima kasih kerana membuli, hasilnya sekarang I jadi paling hebat buat prosedur especially inserting branula tu tutup mata pon boleh, kengkawan fail pasang branula dekat nenek-nenek tua, baby, patient chemo ke apa semua akan minta bantuan I, jadi terror pasang Peritoneal Dialysis (PD), pasang chest tube, IJC, eh apa-apa prosedur insyaAllah I boleh buat.
  6. Gain trust from your MO and colleague. Maksudnya segala apa kerja yang diberikan, kita buat sungguh-sungguh. Jangan buat separuh jalan then lepaskan tanggungjawab. Patient kita tanggungjawab kita, jangan nak harapkan MO je. Selagi kita boleh buat, kita buat.. Selalu catch up tentang patients kita review semalam. Tengok lah dia ok ke tak, hidup lagi ke tak..

Anyway, korang boleh pinjam prinsip blog ni, BIAR KENA MAKI, JANGAN PATIENTS MATI. Pinjam je tau, jangan curi. Walaupun kena bambu macam mana pun, anggap je itu satu pengalaman dan pembelajaran untuk kita hadapi patients. Yang penting nawaitu kita untuk bantu patients!

Chewah aku ni cakap je pandai kan kan kan. Rasanya sesiapa yang pernah jadi MO/specialist I mesti nak muntah baca blog ni. Poyo je lebih budak ni.

Hari terakhir sebagai seorang houseman. Buku yang dipegang adalah log book yang korang kena isi in every department. Make sure completekan logbook before exam in each department! Jangan nak exam baru sibuk isi logbook (aku lah tu)

ps: Siapa student ukm yang buat family medicine under saya? Saya garang tak? Bhuahaha. Nak sign saya kena jawap soalan dulu! kih-kih-kih.

One response so far

Nov 19 2013

Cara menyimpan susu ibu

Assalammualaikum,

Biasanya, bila ada yang bertanya dan memerlukan explaination yang panjang-panjang, I akan jawap soalan tu dekat blog. Jadi lately ini banyak soalan yang berkaitan ibu mengandung, bersalin, menyusu.. senang cerita soalan mak-mak gitu. Adik-adik yang baca blog ni jadi mengantuk lalu menguap banyak kali. Alaa sorry. Lepas ni kita buat entry version adik-adik pula. Okey?

Ada yang bertanya tentang cara terbaik menyimpan susu. Mungkin ada yang tak tahu lagi susu yang diperah boleh simpan berapa lama? Iyelah dekat klinik, nurse tak terangkan. Lagi-lagi kalau kita tak bertanya, nurse memang tak ada masa nak explain semua basic thing dekat klinik yang sesakbarat tu. Jalan terbaik, tanya dekat blog dr totin. Gituwwwwww.

First, nak cakap yang gambar illustrasi di atas adalah susu ibu yang disediakan untuk baby normal. Kalau baby tu tak cukup bulan/ baby sakit, waktunya jadi tak sama. Kena extra precaution sikit untuk baby-baby special case cenggitu.

Tips mengenai penyimpanan susu ibu.

  • Cuci tangan sebelum memerah susu! Apa-apa yang berkaitan dengan baby kena cuci tangan.
  • Jangan lupa tulis tarikh dan masa perahan pada botol penyimpanan susu.
  • Jangan simpan susu lebihan yang baby dah minum sebab air liur baby tu ada bacteria dan enzim yang boleh merosakkan susu.
  • Jangan panaskan susu dalam microwave. Panaskan susu dengan rendam air panas atau alirkan dengan air panas.
  • Susu yang dah dipanaskan jangan simpan balik dalam freezer. Make sure susu tu diminum dalam 24jam.

Boleh tak nak campurkan susu ibu yang diperah pada waktu berbeza?

Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak. Bagi saya, BOLEH, selagi waktunya dalah 24jam yang sama. Yelah nanti tak lah confius masa nak label botol storage. Kalau sekali pam dapat 1oz je  kang penuh pula storage korang kalau tak boleh campur. Syaratnya, susu yang nak dicampur hendaklah pada suhu yang sama untuk elakkan susu tu rosak. Contohnya susu beku kita campurkan dengan yang beku. Susu sejuk kita campur dengan susu sejuk.

Sebenarnya kita nak sarankan korang belek-belek buku baby korang. Alaa, biasa kalau korang buat check up baby dekat klinik kesihatan akan dapat buku pink kalau baby perempuan, atau buku biru kalau baby lelaki. Sebenarnya buku tu untuk korang, bukan untuk doktor. Kalau belek buku itu akan ada complete tentang perkembangan dan penjagaan baby. Semua ada, cuma kadang-kadang kita terlepas pandang.

Dekat page 27 ada jadual tentang cara penyimpanan susu.

Google-google terjumpa doa untuk tambahkan susu ibu. Boleh amalkan InsyaAllah lepas ni boleh buka kilang susu.

2 responses so far

Nov 13 2013

Awak doktor ke saya doktor?

Published by under Don't sue me!

I nak cerita sikit pengalaman bila berdepan dengan patient yang merasa dia lah doktor. Sekarang ni ramai orang pandai. Betul korang semua pandai, tapi pandai korang tak sama dengan fact yang kiterang belajar in medic. Bukan nak kata, doktor ni pandai tapi kalau korang sakit untuk jumpa doktor, what for jumpa doktor kalau management kiterang.. korang tak follow?

I bagi satu contoh yang selaluuuuuuuu sangat kiterang hadapi.

Patient datang, complaint batuk selsema. Baru semalam batuk. Tak demam. Tak sesak nafas. Kahak putih, senang nak keluarkan. Tak ada underlying illness. Tekak tak bengkak, tak merah.

“Doktor, saya mahu antibiotik. Selalu makan antibiotik terus baik.”

??? Datang datang jumpa doktor terus minta antibiotik. Sebenarnya, batuk selsema tak perlu antibiotik pun. Most likely viral infection yang sememangnya boleh baik sendiri. Unless kalau batuk lebih 3 hari tak baik, disertai dengan complication .. yang itu lain cerita.

Bila kita explain, mula lah mereka jadi doktor.

“Doktor, kalau setakat ubat batuk sirap hitam ni saya boleh beli sendiri, saya nak antibiotik! 2 kali makan mesti baik punya!”

Korang tau ke apa effectnya bila korang makan antibiotik yang sebenarnya korang boleh baik tanpa makan ubat? Tahu tak apa effectnya bila korang ambil antibiotik tapi tak compliance. Ambil 2 biji lepastu tak habiskan? Bila antibiotik dah resistance dalam badan, baru korang tercari-cari penyebab kenapa makan ubat tak baik-baik. Masa tu jangan salahkan doktor, sebab korang lah doktornya.

If I said, NOOOO!

“Doktor, saya boleh saman doktor!”

Menjadi-jadi lagi bila patients start bersuara sambil mengaku dia kenal Dato’ X, Dato’ Y, sepupu YB, anak sedara Menteri Buluh Betong lah apa. Sikit-sikit saman, sikit-sikit saman. Dilemma betul jadi doktor ni, nak bagi ke tak nak? T_T

Sorry, harini doktor garang sikit. Haipp!

Satu lagi case, masa jadi houseman. Seorang lelaki muda awal 30an, ada isteri dan seorang anak, terlibat dalam kemalangan jalanraya. Patah tulang dekat peha (fracture of femur). Basically, kalau patah tulang dekat peha, rawatannya mesti buat operation. Mesti! Tulang peha sangat besarrrr. Tak boleh pakai simen dengan harapan lama-lama bercantumlah tulang itu.

Tugas doktor cuma explain dari A to Z tentang operation, complication, sebab dan akibat masa depan kalau tak operate. Sedaya upaya kami dah jelaskan. Setiap kali round ward, mesti nasihat dia suruh undergo operation. Imagine kalau tak operate, anak bini dia cemana? Cemana dia nak kerja, nak cari nafkah keluarga? Kiterang kasihan tau, bukan suka-suka je nak buat operation dekat orang. Tapi apakan daya, doktor cuma ada hak untuk nasihat je, segala keputusan adalah di tangannya.

“Saya tak nak operate. Kawan saya haritu patah tulang juga, pergi urut je dah baik”

Wow miracle. Dengan mengurut boleh menyambungkan displaced fracture of femur. Macam gitu memang ajaib. Kadang-kadang fahaman orang ni berbeza. Susah nak jelaskan.  Dia kata kawan dia baik selepas mengurut. Entah-entah kawan dia cuma ada crack fracture (tulang retak) dekat pergelangan tangan. Cenggitu memang lah tak payah urut pun tak apa, boleh baik sendiri.

Boleh faham kan, niat doktor sebenarnya nak tolong. Nak sangat semua orang sihat.

Banyak lagi case patients ‘degil’ cenggini.

Case yang terlalu biasa doktor hadapi adalah case patient tak makan ubat darah tinggi atau kencing manis, sebab fed up nak telan ubat hari-hari. Mind set derang, kalau makan ubat hari-hari nanti buah pinggang rosak. Padahal kalau kencing manis makin teruk, bukan buah pinggang je rosak, segala organ semua jadi K.O.

Mereka percaya traditional medication. Makan ubat herba je dah boleh baik. Jumpa je bomoh, ramai dah pergi buat rawatan dekat situ.

So, lepas ni kalau patient datang jumpa doktor, plan of management kiterang:

REFER BOMOH.

REFER TUKANG URAT

FOR TRADITIONAL MEDICATION

Senang tugas doktor. Semua refer je kan?

Untuk para medical students or doctor wannabe, bila berhadapan dengan case cenggini, just smile. Tell them in a nice way. Saya paling tak suka marah-marah patient. Tugas kita cuma explain yang terbaik untuk mereka. Usaha bagi mereka faham dan rasa terkesan. Follow guideline. Selebihnya adalah pilihan mereka sendiri.

PATIENTS ALWAYS RIGHT.
-_-

ps: Selalu muhasabah diri untuk kerja kerana Lillahita’ala.

One response so far

Next »

| |