Archive for October, 2013

Oct 30 2013

Diaper bag pilihan hati

Dalam banyak-banyak barang baby, paling I excited adalah diaper bag. Bhuahaaha barang untuk baby tak excited pula. Diaper bag untuk mommy yang kita excited. Hik hik. Dari first trimester lagi dah usha diaper bag. Ada banyak diaper bag dekat pasaran. Antara yang berkenan di hati,

STORSAK ISABELLA Sand

Dalam banyak-banyak diaper bag, rasanya yang ini paling menarik. Nampak macam handbag biasa dari luaran tapi dalamnya cukup compartment untuk baby. Lama kita belek-belek diaper bag ni tapi husband macam tak menunjukkan reaction memberangsangkan. Pertama kerana harganya, RM674 retail price. Harga discount pon dapat RM572. Tu dia harga dah macam beli handbag GUESS.

STORSAK Nina Print Tan RM390

Diaper bag jenama STORSAK ni terkenal dikalangan artis-artis europe. Ala-ala Angelina Jolie lah kononnya. Yang ini, husband berkenan juga. Katanya sebab size yang besar. Dah alang-alang nak cari diaper bag biar cari yang besar, senang nak sumbat semua barang dalam tu.

Tengok compartment dalam tu, macam macam boleh sumbat. Harga a bit relevan RM459 retail price tapi kita dapat harga discount RM390. Niat hati nak beli tapi hold dulu. Survey lagi selagi boleh. Mana tahu jumpa yang lebih menawan kalbu?

Babymoov diaper bag

Yang ini kita suka juga sebab ada pink sikit-sikit. Hikhik tapi tahu dah husband aku awal-awal tak berminat. Sebab dia kata diaper bag actually not for mommy, at last nanti dia yang kena bawa kan? So dia akan rasa malu nak bawa bag yang kekanak cenggini.

Mes enfants Diaper Bag

Setelah survey kesemuanya, dari segi compartment, harga dan kualiti. Kami sepakat nak beli brand Mes Enfants sahaja. Tak payah nak Angelina Jolie sangat lah. Mes Enfants pon menarik designnya. Ada macam-macam sampai rambang mata!

Of course lah yang ini pilihan hati. Pink pink bunga bunga didatangkan dengan 1 set tote bag, 1 bag kecik, ada tempat isi botol susu dan alas ganti lampin tu. Comel sangat. Tapi biasalah, husband aku dah berkerut je tengok pilihan hatiku. Mungkin padanya aku ni bad taste? Padahal dia yang tak de taste kan kan kan? bhuaha

Dua design ini yang husband berkenan. Pertama sebab size yang besar dan warna yang kelihatan matured. Dia nak tolong bawakan diaper bag pon tak rasa segan silu. Harga pula memang murah lagi-lagi beli time tengah expo baby hari itu. So antara dua ni, bagi sebulat-bulatnya pilihan untuk Emmet. Suka hati dia lah nak beli mana. I rasa both okey je.

So kami sepakat membeli ini.

Inilah pilihan saya dan Emmet. Puas hati akhirnya dapat juga beli diaper bag dengan harga yang murah terjangkau. Bag ni pun besar, senang nak sumbat macam-macam.

Untuk persediaan bersalin, I tak bawa banyak pun ke hospital. Biasanya dekat hospital dah sediakan semua. Lagi-lagi private hospital. Apa ada dalam bag ni?

  • 2 helai kain lampin
  • 3 keping pampers newborn
  • 2 pasang baju newborn
  • 1 paket baby wipes (tisu basah)
  • sepasang stokin dan sarung tangan baby
  • 1 barut baby
  • 1 kain bedung baby
  • 1 botol minyak telon

Barang lain:

  • 1 kain batik
  • sehelai t-shirt
  • maternity pad
  • disposable underwear (beli size L yang longgar supaya tempat luka tak sakit)
  • Buku Merah Ibu – Haa jangan lupa pula benda penting ni
  • Sijil Nikah – kena tunjuk waktu nak keluar hospital
  • Bantal kecik. Yang bantal tu saja saja je ngengada nak bawa. Baby bukan boleh pakai bantal pon sebenarnya. Saja nak nunjuk yang bag aku tu besar boleh sumbat banyak-banyak. Bhuahaha.
  • Untuk yang berminat nak beli diaper bag glamour-glamour ala-ala Angelina Jolie, boleh survey online dekat sini,

    BEBE TOTZ

    Bukan sahaja diaper bag, dekat Bebe Totz ada pelbagai barangan baby yang kebanyakkannya branded items. Confirm rambang mata! Yang tak ada baby pun boleh tiba-tiba rasa nak ada baby. Wah gitu sekali.

    No responses yet

    Oct 29 2013

    Susu kambing untuk bayi?

    Apa-apahal sikit, suruh minum susu kambing. Anak sembelit, bagi susu kambing. Bayi kuning, bagi susu kambing. Sakit perut, minum susu kambing. Senang cerita, susu kambing lah yang terbaik.

    Masa Aurora minggu pertama, Aurora ada kena kuning sikit. Bila tekan tu nampak la kuning, jadi gelabah juga takot Aurora masuk wad sebab kuning. Malu la pula anak doktor sendiri kena kuning. hik hik hik. Jadi gigih nak kurangkan kuning. Gigih breastfeeding Aurora. Masa itu macam-macam petua orang tua tua keluar. Salah satunya, ada yang suruh minumkan baby dengan susu kambing. Kalau emaknya yang minum susu kambing, I boleh terima. Tapi kalau baby.. erm..

    Memang betul, susu kambing itu bagus. Apatah lagi, susu kambing ni dikatakan makanan sunnah Rasulullah. Dari zaman nabi lagi dah minum susu kambing. Khasiat susu kambing ni dapat dijadikan anti inflamasi yang mengelakkan kita dari mudah terkena penyakit, memudahkan sistem pencernaan, mengelakkan allergik dan membantu sistem metabolik dalam badan. Jadi kalau kita sembelit-sembelit, susah nak berak, cubalah minum susu kambing dengan bismillah. InsyaAllah mudah je nak buang air besar. Yang ada masalah allergik pun bagus. Susu kambing tak ada protein kompleks macam susu lembu jadi risiko allergik pon berkurang. Kalau nak comparekan susu kambing dengan susu lembu, susu kambing lebih bagus dan berkhasiat. Tapi bau dia hanyir sikit so I sendiri tak reti minum susu kambing. Heheeeee.

    Mungkin bagus untuk kita, tapi tak semestinya apa apa yang bagus untuk kita, bagus juga untuk baby. Salah tu. Perut baby tak sama dengan kita. Keperluan baby tak sama dengan kita. Jadi, susu kambing sebenarnya tidak digalakkan untuk diberikan kepada baby. Susu kambing tak memenuhi nutrisi baby. Kandungan vitamin, folic acid, zat besi, dan lain-lain zat tak cukup untuk baby. Baby nak membesar, memerlukan zat yang lebih untuk perkembangan dan yang paling penting untuk otak. Paling bahaya, susu kambing boleh mengganggu sistem metabolik badan baby sehingga menjadi beracid dan sekaligus mengancam nyawa baby. Seram kan?

    Kandungan pada susu kambing itu sendiri pun dapat merosakkan buah pinggang. Buah pinggang baby baru nak develop, tak sama dengan buah pinggang kita. Susu kambing masih belum sesuai untuk baby. Kesihan dekat baby, baru nak lihat dunia dah dapat resiko penyakit buah pinggang.

    Susu yang terbaik untuk baby adalah SUSU IBU. Tak kiralah ibu tu kuat makan petai ke, petola ke, sambal budu ke apa, khasiat susu ibu tetap sempurna. Tak ada kaitan, “alah harini makan cencalok banyak sangat, malas lah nak breastfeed, kasihan baby bercencaluk nanti. Bagi baby susu kambing jeklah hari ni” . Haipp siapa ajar tu? Kambing makan rumput mentah siap ada taik kucing terselet tu tak terfikir pula?

    Tapi kalau susu ibu tak ada atau tak banyak. Takkan nak bagi baby berlaparan. Pilihan kedua adalah susu lembu. Bukan susu kambing ye. Baby lebih sesuai minum susu lembu kalau nak dibandingkan dengan susu kambing. Susu lembu kaya dengan zat besi dan zat nutrisi lainnya hampir sama dengan susu ibu.

    Oke, apa yang I cakap ni randomly untuk normal baby. Not for certain baby yang ada masalah-masalah sejak lahir macam baby tak cukup bulan, tak cukup berat, baby yang mempunyai masalah darah / metabolik. Untuk special baby, kalau ada sebarang masalah boleh pm facebook atau email secara personal.

    Harap ni dapat membantu para ibu / bakal ibu.

    Terima kasih.

    4 responses so far

    Oct 28 2013

    Totinx.com in Harian Metro

    Blog ni tak pernah masuk media cetak. Kesihan tak? Jumaat lepas (25 Oct), first time blog ni glamour sikit. Sikit jekla tak banyak mana pun. Dapat lah naik singgit dua dekat Nuffnang tu. Terima kasih untuk Harian Metro kerana sudi tulis tentang blog yang tak seberapa ni. Uhuk terharunya.

    Click gambar untuk baca full article.

    Jangan segan untuk bertanya! 🙂

    Suka betul dengan penulisan penulis ni. Setiap apa yang dia interview I, dia tepek betul-betul dalam article!

    Lagi lagi part, “Ketika di klinik masa amat terhad kerana ramai pesakit yang menunggu setiap hari, jadi saya perlu mengambil inisiatif menulis di blog” Tepat sekali. Siapa-siapa yang pernah datang klinik I time patients menimbun, korang tahu lah stress nya muka ku. Muka ketat masam-masam. Kadang kadang senyum tapi dapat menilai senyuman kurang ikhlas tersebut. Bila patient minta explaination, kadang-kadang terpaksa jawap dengan cepat pantas sampai patient tak berapa nak satisfied. Alah minta maaf sangat-sangat. Kita kesihan dekat pesakit lain yang menunggu lama. Kalau nak detail explaination boleh cari kita dekat blog eh? ;p

    Anyway, I letak gambar banyak-banyak sebab blog readers dari luar Malaysia tak dapat beli Metro. Haha bajet blog ko bertaraf antarabangsa lah ye? Ehe takdelah, ramai kawan-kawan especially from Indonesia yang request suruh zoom in kan artikel sebab derang nak baca. Eleh macam lah derang faham kan? Yo-yok-o je.

    Lagi satu nak bagitahu,

    Android sekarang dah boleh install BBM. Yeay! Disebabkan Android baik hati, I nak share my bbm pin untuk semua readers. Lepas ini sesiapa ada masalah kesihatan atau kemusykilan, selain email / pm inbox facebook totinx.com, boleh juga kita bergurau senda di BBM!

    Jom kita kawan?

    2 responses so far

    Oct 16 2013

    Tips mengelakkan stretch mark!

    Orang perempuan kalau mengandung, yang paling tak bestnya bila tengok perut, makin hari makin berubah rupa. Perot membojol itu tak apa, katanya bangga bila membojol kerana ada baby. Dapatlah cover perut yang aslinya buncit kan kan kan? Tapi jadi mengerikan bila buka baju, tengok perot tak secantik dulu lagi.

    Stretch mark dan ibu mengandung itu memang dah sebati. Biasanya strect mark keluar dalam 5 – 6 bulan mengandung. Ramai orang beranggapan, strect mark ini benda normal untuk si ibu mengandung. Tak dapat nak dielakkan. Salah salah. Tanggapan itu salah. Stretch mark dapat dielakkan kalau kita atasi dari awal! Bukan ibu mengandung sahaja, kalau badan berisi pun, perut akan keluar petir petir kilat sabung menyabung kesan dari rekahan kulit. Punca stretch mark ni terjadi apabila kulit tiba tiba mengembang secara mendadak.

    Perut orang mengandung. Perut orang lain tau, bukan perut kite! Haip.

    Perut selepas bersalin. Perut kendur, petir-petir pun mengendur dan makin buat perut tak lawa. Bila dah start ada stretch mark, nak hilangkannya bukan mudah tau!

    Contoh stretch mark pada betis dan paha bagi kes kelebihan berat badan

    Ni I bagi tips mengelakkan berlakunya stretch mark. Langkah pencegahan kena dilakukan seawal-awal mengandung. Kalau nak tahu, sepanjang I pregnant dan sampai sekarang pun I tak ada stretch mark langsung. Kalau boleh ambil gambar perut dan tunjukkan bukti I dah buat dah. Tapi tak elok la pula.

    First yang i amalkan, sapukan Bio Oil, 2x sehari. I dah start sapu dari 1st trimester. Memang tak pernah lupa. Sampai nak bersalin pun, kulit smooth and licin je. Even Linea Nigra (garisan hitam selari dengan pusat) tu pun tak kelihatan sangat.

    Yang penting, makan makanan yang boleh meningkatkan peregangan kulit tubuh. Jadi bila kulit mudah elastic, tak adalah stretch mark. Rajin minum air putih banyak-banyak, buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, perbanyakkan makan protein especially albumin sebab dapat menjaga kolagen kulit kita. Untuk protein, I tak pernah lupa minum ESP Shaklee. Kandungan protein dalam ESP sekaligus boleh mencantikkan kulit dan mengelakkan stretch mark.

    Sesiapa berminat untuk dapatkan ESP dan segala product Shaklee , boleh contact/sms/whatsapp 0133628486 atau email emmet.ihsan84@gmail.com

    No responses yet

    Oct 09 2013

    Aurora’s first footprint!

    Published by under ET Junior

    Masa preggy lagi, Emmet dah cakap, nak buat footprint/fingerprint masa baby baru-baru dilahirkan. Bila Aurora dah besar boleh jadi sentimental value sikit mengenang zaman-zaman baby dia. Fingerprint/ footprint untuk baby ada macam-macam. Ada yang jenis tanah liat, ada yang jenis cop.A da yang combine footprint + fingerprint. Ada yang siap dengan photo frame dan macam-macam lagi. Harga pun bukan main juga lah -_-

    Mula-mula berkenan sangat nak beli yang ini. Tapi Emmet tak berkenan bila tengok harganya. Tak berbaloi harga beratus-ratus cuma dengan frame cenggini. Katanya boleh beli frame murah-murah dekat luar, lepastu beli cop dan kita cop kaki tangan dia sendiri. Betul juga kan?

    Yang ni pun menarik. Tapi I tak berkenan frame yang letak-letak meja ni. Sebab I bukan jenis cermat, takot takot tersenggol lalu pecah. Maka hilanglah sentimental value Aurora begitu sahaja.

    Aurora first foot print on her day 7 of life.

    Dah beli footprint ni masa mengandung lagi. Survey survey dan belek-belek, sepakat nak beli footprint sahaja. Kalau fingerprint macam susah pula sebab baby akan ada reflex yang dia menggenggam jari jemari, agak susah nak buat fingerprint baby.

    Yang ni beli dekat ToysRus. Harga RM34.95 nasib ada tanda harga lagi kalau tak memang tak ingat harga pon. Kira survey-survey ni yang paling murah dan memuaskan hati. Sengaja buat footprint hari ke 7, sebab awal-awal macam lembek sangat kesihan pula dia.

    Okey, nak share itu je.

    Thanks for reading!

    No responses yet

    Next »

    | |