Archive for August, 2013

Aug 27 2013

Free consultation!

Malu berjumpa doctor? Malu menceritakan masalah kesihatan peribadi di hadapan doctor? Nak jumpa doctor tapi tak ada masa? Dan pelbagai lagi alasan kalau bab jumpa doctor je mesti melepek je rasa.

Tak apa, Dr Totin lah penyelesaiannya! Bhuahaha dah macam iklan sabun Attack. Sebenarnya tak tahu nak tulis entry apa, tengah tak ada patient dekat klinik ni, jadi merepek dekat blog sekejap.

Bila buka email, dapat beberapa soalan-soalan tentang masalah kesihatan kawan-kawan kita diluar sana. Seronok sebenarnya bila menjawap pertanyaan derang sebab at the same time dapat share info dan membantu mereka juga.

So bagi sesiapa yang ada kemusykilan tentang kesihatan, boleh sama-sama kita share, kalau boleh bantu, I bantu. Kalau nak jumpa untuk personal consultation boleh datang ke klinik. Bayar RM1 je tak mahal pun kalau nak jumpa dr Totin ni. Sesuai dengan ilmunya yang tak seberapa. Bhuahaha.

Email: etotinx[at]gmail.com
Atau inbox message dekat facebook Totinx.com

Kalau nak tanya berkaitan masalah kulit, disarankan send gambar kulit sekali untuk lebih jelas. Ohya, kadang-kadang ambil masa nak reply. Tak boleh la nak reply secepatnya saya bukan robot. Tapi kalau pertanyaan urgent memang I reply cepat. Chehh consultation Totin pun ada triage juga tergantung redzone ke yellow zone ke green zone. Hahahahakkkk.

Mulai minggu ini, I nak rajin-rajin bagi simple tips kesihatan dekat facebook Totinx.com . Jom semua kita berkongsi rahsia disana!

Apa-apa pun, jom enjoy tengok short video tipu MC ini. Lepas ni nak buat cenggini kat patient yang suka datang klinik minta-minta MC. Haippppp!

No responses yet

Aug 06 2013

Ramadhan Yang Hilang…

Tajuk entry blog mengingatkan tentang Delisha yang jahat gila menyampah tengok dia, dah lah anak kutip, tak kenang budi! Eh tiba-tiba emosi.

Bagaimana dengan persiapan raya semua orang? Dah siap ke belum? Sabtu lepas pergi Jalan TAR. Tak sangka sanggup meredah jalan TAR. Tak pernah terfikir untuk kesana di waktu-waktu begini. Tapi demi mencari baju melayu Aaron Aziz dan Jakel KL cuma di jalan TAR, terpaksa pergi juga. Emmet lah sibuk nak baju itu, kononnya nanti handsome macam Aaron. Tapi last-last dia beli baju lain. Sabar jela. -_-

Berbalik kepada jalan TAR. Kelakar, nak pergi Jakel pun siap pakai GPS. Menjadi pejalan kaki yang sesat dekat sekitar jalan TAR, masjid India, tapi tak jumpa-jumpa Jakel yang besar gedabak itu. Ramai sangat orang sampai sesat-sesat dibuatnya.

Awal-awal tak ada niat nak pergi sebab takut pengsan kerana kurang pengudaraan meredah kesesakan makhluk disana, tapi last-last Emmet yang pening-pening lalat. Aku pulak syok semangat shopping! Lagi-lagi pabila tudung Ariani buat sale 70% dalam masa 10minit. Terus kaut tudung untuk mama, cma dan mak mertua.

Tahun ini baju raya 2 pasang sahaja, cukuplah. Itupun belas ehsan government bagi duit bonus. Duit raya awal-awal dah tukar, tapi tak cukup sampul duit raya. Siapa ada lebih, sila sodokah!

Syok kerja diwaktu begini, patient pun tak ramai.

Anyway, saya masih bekerja. Sengaja tak mahu ambil cuti awal-awal sebab mahu raya lebih-lebih. Selamat hari raya untuk semua orang yang baca ini!

Jom kita konvoi raya?

Ps: First time dapat cuti raya lama sikit. Selalunya raya kedua dah masuk kerja. Nikmatnya kerja office hour di klinik kesihatan. Alhamdullillah.

:: Err sebenarnya nak post entry ni akhir akhir ramadhan hari itu, tapi tiba-tiba rumah blackout. Bengang betul rasanya. Lepas itu dah sibuk nak packing baju balik beraya, terus tak menyempat nak post entry blog ini. Daripada terpendam lama dalam draft baik post sahaja. Eh sukatilah, blog aku kan? Bhuahaha. Entry raya, coming soon! ::

No responses yet

Aug 03 2013

Automatik cantik berseri lepas pakai kosmetik halal FCC !

Muka sangat teruja sebenarnya nak hunting barangan raya. Elok-elok pergi KL Festival Mall untuk cari baju raya buat suami tapi end up dengan beli barangan make up raya untuk diri sendiri. Amboi barangan make up pun nak ada versi raya? Eh, penting tu, supaya raya nampak lebih berseri. Tak adalah hambar sahaja. Baju dah cantik, muka pucat lesi kilat barat pula nanti. <– Bagi alasan ini dekat husband untuk beli make up. Bhuahaha.

Survey punya survey, tiba-tiba tertarik nak mencuba barangan FCC (Farmasi Colour Cosmetic). Teruja betul dengan product ini lebih-lebih lagi nama dia ala-ala perubatan gitu. FCC menunjukkan bukan sahaja menaikkan seri muka tetapi juga dapat merawat kulit muka kita! Ala-ala macam, kau bagi muka kau makan ubat kecantikan lah.

Begitu teruja sampai tercangkung cangkung. Nasib baik tak bentang tikar duduk bersila.

Jangan tak tahu, FCC merupakan satu-satunya kosmetik HALAL antarabangsa dari Turkey. So tak payah ragu-ragu boleh bawa solat ke tak ye make up aku guna ni? Kau nak makan pun boleh, sebab HALAL! Eh tapi dah kenapa nak makan cosmetic? Kat rumah takde ketupat ke?

Saja je beli soft touch eyeshadow, color glamorous gitu. Kalau ikutkan I ni sempoi je mana ada pakai eyeshadow bergerak kesana kemari. Tapi disebabkan nak raya, inilah masanya untuk melawa. Muka tak lawa pun tak apa tapi bila pakai FCC ni terperasan macam Katy Perry pula. Eh?

Pallate ini ada 4 warna kombinasi. Eyeshadow ni senang nak apply, bila tepek terus lekat. Tak bersepah-sepah atau bercapuk-capuk. I sengaja beli purple basic, sesuai dengan baju raya tahun ini. Alamak kantoi dah baju raya aku warna apa.

Yang specialnya walaupun color bombastic,tapi bila apply dekat muka, tak adalah macam opera cina. Nampak macam glittery tapi kesan glitter dia tak kilat percik percik sampai silau mata kau. Konsep natural tetap ada, cuma lebih tambah berseri dari sebelumnya. Confirm raya tahun ini, salam tangan suami sambil kelip-kelip mata tunjuk eyeshadow baru. Bhuahhaa.

Oh ya, bersempena nak raya ni, FCC ada buat raya promotion! Korang boleh dapatkan FCC Adorn Set dengan HANYA RM155 SAHAJA! Wow wow wow murah gila hokeeyyyhhh. Hey ini bukan barangan cikai, It’s an international branded cosmetic mana boleh dapat dengan harga cenggini!

Dalam Adorn Set ini lengkap dengan BB Cream/ CC cream, mascara, eyeliner, lipstick, make up remover dan blusher. Korang terus angkut je set ini untuk bawa beraya di kampung ! Siap free dengan Money packet dan tote bag percuma dari FCC lagi! Promotion ini cuma berlangsung dari 1 July hingga 11 August! (Masih sempat lagi nak beli!)

Lagi satu nak bagitahu, FCC dengan baik hati nak bagi duit raya RM1000  bagi sesiapa yang bertuah. Dah alang-alang beli barangan make up FCC apakata join sekali demam duit raya FCC?

Caranya mudah je.

1. Hantarkan nama penuh, no tel, email, blog (kalau ada lah, kalau tak ada pun tak payah susah-susah nak creat blog semata-mata nak duit raya -_-) dan alamat FB anda serta bukti pembelian apa sahaja barangan FCC via PM kepada FCC Facebook page FCC (Farmasi Colour Cosmetic) ataupun emailkan kepada marketing@naturalifesolution.com

2. Buatlah review tentang product FCC menerusi Facebook FCC dan share kepada kengkawan korang.

3. Jangan lupa like  FCC Facebook Page dan Instagram: FCC Malaysia

Eee! Tak sabarnya nak beraya dengan FCC!

Untuk keterangan lanjut:

Official website: www.fcc.net.my

Official Instagram: FCC Malaysia

Official Facebook: FCC (Farmasi Colour Cosmetic)

One response so far

| |