Archive for July, 2013

Jul 31 2013

Cara-cara untuk mendapatkan MC dengan mudah!

Published by under Don't sue me!

Wah gitu. Tajuk  blog nampak sangat nak naikkan ranking. Tak de maknanya aku nak bagi kau tips cenggitu! Anyway, just nak cerita beberapa scene dan adegan tipu helah meminta MC yang terlalu tipikal ketika ini. I jenis kedekot MC. Sorry lah kepada yang merungut tak dapat MC tu, tapi itu style gua. Chewah. Habislah lepasni semua patient tanak datang clinic haku!

Anyway, bukan lah kedekot apa, selalunya tipu helah MC tu, doctor boleh baca. Tak payah nak kelentong sangatlah.

“Doctor, saya cirit birit hari ini, dah lebih 10 kali. Nak kerja tak larat! Patutnya saya kerja harini”

Okeh. Ayat pertama je dah sebut pasal tak kerja. Nampak sangat mind set dia jumpa doctor untuk MC, bukan untuk sembuh.

“Harini puasa?”
“Puasa doctor!”

Eh? Kerja tak larat. Puasa larat pula. Motif pergi jumpa doctor bukan nak ubat untuk sembuh tapi nak MC. Dari situ kita dapat tahu.

Well, banyak lagi temberang korang yang boleh dikenalpasti, bila cirit birit yang teruk, bibir akan jadi kering kontang, muka lesu, bunyi perut gendang kecapi, bila kita letak stethoscope dekat perut tapi bunyi sunyi sepi, maksudnye perut kau relax je tak ada masalah.

Maybe betul, cirit birit. Kalau tak ada tanda tersebut, maksudnya tak teruklah. Bila tak teruk, maksudnya anda masih larat pergi kerja. Ambil timeslip, rehat sebentar, kemudian boleh kerja half day.

“Tapi doctor, tempat kerja saya jauh!”

Banyak lah alasan kau. Kalau niat tak mahu kerja, ambil cuti. Bukan MC. Doctor pun ada kuota MC juga, tak boleh bagi MC sesuka hati, nanti kami yang salah. Jadi sila faham.

Itu satu contoh. Banyak lagi contoh penyakit tipikal untuk meminta MC seperti demam (padahal check suhu tak lebih 37.5 jadi tiada MC untuk demam suam suam kuku), gastric ( tapi bila offer injection tahan sakit, tak mahu. Maksudnya tiada MC untuk gastric sakit sikit sikit alahai itu)

Bukan apa, start menjadi kedekot MC ni bila terfikir time kita sakit teruk dulu. Kelelek kelelek pergi kerja. Gigih tau. Husband suruh cuti pun ku tegarkan diri untuk kerja juga. Sebab terfikir dekat clinic tak cukup doctor, kalau MC, kasihan patient kena tunggu lama sebab tak cukup doctor. Selagi boleh kerja, selagi itu kita kerja. Tengok, aku kesihan kan patient, patient tak kesihan kan aku pon. Sob sob cheh buat cerita sedih pula tiba-tiba.

So, jika betul-betul terdesak nak MC, mak sakit suruh balik kampung kalau tak balik kampung putus perrhubungan persaudaraan, nak minta cuti, cuti dah habis buat kenduri kahwin haritu, tips yang paling sesuai untuk kelentong ađalah..

Buatlah alasan dengan acting yang bombastik sikit.

Contohnya, gastric. Datang masuk clinic smbil uwerkkkkk uwerkkkkkk. Konon konon nak muntah loya loya tekak gitu. Nak lebih tragis naik kereta sorong. Konon-konon tak larat nak jalan. So kita nampak la kesungguhan anda nak menipu itu.

Kalau alasan ciritbirit, bawa sample najis sekali. Masukkan dlm botol kecil, menunjukkan yang anda betul-betul cirit. Kalau sebenarnya anda menipu, celet la sikit najis kucing korang ke apa. Kata nak MC untuk cuti hidup dan mati kan, kesungguhan anda amat kami hargai.

Sekian sahaja tips dari saya. Siapa berjaya buat tips ini, dia layak mendapat anugerah pelakon terhebat!

No responses yet

Jul 30 2013

Resipi membuat chocolate mousse, antara paling mudah di buat.

Wah tiba-tiba Totin Jamain nak kongsi resipi gitu. Sebenarnya teringin nak buat kuih macam kengkawan lain yang macam satu wabak, bila nak raya je semua pakat buat kuih. Kalau tak raya, boleh je buat tapi wabak endemic berlaku cuma waktu raya sahaja.

Al Kisahnya I takde oven di rumah. Nak beli oven membazir amat sebab wabak cuma berlaku di hari raya, jadi kalau tak ada wabak, oven berhabuk pula. Jadi I berfikir untuk buat kuih pencuci mulut coklat mousse sahaja. Antara kuih yang tak perlu pakai oven!

Bahan-bahan yang digunakan.

1. Coklat masakan – I beli Van Houten punya sebab sedap!

2. 1 sudu gelatin – kalau nak buat macam jelly2 sikit tapi I round supermarket tak jumpa gelatin, so I gantikan dengan letak butter je.

3. 5 biji telur yang telah dipisahkan putihnya.

4. 80g gula pasir halus. Ikut suka, agak-agak kalau ada diabetes boleh kurangkan sukatan.

5. 1 kotal 200ml whipping cream.

6. Strawberry untuk hiasan.

Okey now kita masuk step pertama.

Ambil coklat masakan, patahkan kecik-kecik kemudian masukkan dalam bekas dan cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Tak payah campurkan dengan air. Biar dia cair begitu sahaja.

Kacau sampai cair. Campurkan gelatin kalau guna gelatin, tapi I guna butter, so campurkan sedikit butter.

Lepastu biarkan sahaja coklat itu mencair.

Kita buat benda lain pula.

Pukul telur putih sampai kembang. Nak lebih mudah, pakai lah mesin mixer. Tinggal tekan dan perhatikan telur sampai agak-agak dah kembang, masukkan gula pasir halus perlahan-lahan.

Masukkan whipped cream dalam adunan tadi.

Step terakhir, masukkan coklat dalam adunan. Kemudian gaul pakai kaedah kaup mengaup. Tapi kalau dah malas sangat, gaul je pakai mesin adunan ni. Pastikan betul-betul sebati sampai tak ada kesan kasar-kasar gula ke apa yang tak larut lagi, nanti tekstur tak cantik pula. Chellamak.

Siapp! Tak payah masak-masak pun. Terus masukkan dalam bekas dan sejukkan. Lebih kurang 2 jam masuk dalam freezer, lepastu dah boleh makan.

Sebelum hidang, kita hias dengan whipped cream dan letak la strawberry sebagai hiasan. Disebabkan bendalah ini manis, jadi I prefer letak strawberry so bila makan dengan strawberry ada masam-masam sikit. Sukati korang lah nak letak apa.

Bhuahaha comot lomot haku buat. Maklumlah tangan tak seni.

No responses yet

Jul 28 2013

Persiapan nak berhari raya!

Assalammualaikum,

Macam mana dengan persiapan raya uolss? Lagi 2 minggu nak raya ni, berdebar tak? (motif??) Tapi I berdebar juga la, first time beraya menjadi isteri orang. Pulak tu, kena beraya rumah mertua pula. Sob-sob tiba-tiba lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf berkumandang. Saspen ni nak kena pakaikan samping suami di pagi raya. Dah kena start belajar pakai samping dari youtube dot kom.

Haa, akan aku pakaikan dia samping sampai mencecah lantai!

Baju raya? Oh Emmet tak peduli apa pon baju raya dia. Siap tanya lagi, perlu ke pakai baju raya sepasang-sepasang ni? T_T Eeeee.. tak ada jiwa suami isteri sungguh la dia ni. I pula kononnya sungguh-sungguh nak cari baju raya tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Habis round semua tempat, tak ada yang berkenan di hati.

Untungnya kalau kamu seorang pengguna tegar Clinique, kamu akan mendapat hadiah Hari Raya dari Clinique! Benda-benda free cenggini kita tak boleh lepaskan!

Cuma kena tuntut hadiah ini sebelum 4 August. I dapat satu purse from clinique, untuk isi card-card, duit ke apa, handphone pon muat! Dalam Clinique Bonus ada apa pula??

Taraa, ada Clinique keychain , Foundation Clinique Even Better, Lipgloss Clinique, Clinique Happy Perfume, Even better Clinique Dark spot corrector, Foaming cleanser, Mosturizer dan Clinique Pencil Eyeliner (tapi tak ada dalam gambar).

Best tak dapat barang Clinique free? Best kan! Haa tu lah dah suruh guna Clinique dari awal-awal dulu tak nak!!

Nahhh rambut raya lah konon-kononnya. Sengaja I color rambut dengan hitam sehitam-hitamnya sebab bengang dengan rambut sebelum ini yang bawah karat atas hitam dah macam baju peplum raya pula aku tengok. Disebabkan rambut sudah serba hitam, I buat cutting simple macam back to school punya style konon-konon nampak muda kanak-kanak la. Lepas itu ramadhan-ramadhan jalan baazar pimpin tangan lentok-lentok dengan Emmet, makcik sebelah usha pandang serong ibarat aku kanak-kanak gatal. Cis.

No responses yet

Jul 20 2013

TotiNissa Cookies di Baazar Ramadhan Sebelah Dewan Jubli Intan, Batu Pahat!

Assalammualaikum,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, eh eh bulan Ramadhan ini tiba tiba muslimah pula blog ini. Untuk pengetahuan semua, secara officially sepanjang bulan Ramadhan ini product TotiNissa Food and Cookies akan berada di Baazar Ramadhan sebelah Dewan Jubli Intan Batu Pahat!!

Jangan lupa singgah booth no 7! Betul-betul menghadap jalan besar Jalan Rahmat. Boleh beli ‘drive thru’ lagi jangan memain curlasss gitu. Dari tepi jalan boleh jerit, “Tart nenas Totinissa Satu Balang Please!!!”

Kalau tak percaya dengan kualiti dan rasa cookies kami, boleh cuba tester cookies kami dari booth. Baca bismillah takot korang menggelupur kesedapan pula nanti. Eh over tau.

Popia horlicks ini tak perlu tunggu raya. Makan ngemil-ngemil depan TV lama-lama habis. Lepas itu menyesal apasal tak beli banyak banyak?

Tart Nenas yang tak putus-putus mendapat tempahan. Ngap sekali nak lagi eh lagi eh lagi. Antara kuih tart nenas favourite I. Hidangan wajib di hari raya!

Popia serunding yang renyah kriuk kriuk bunyinya.

Coklat Chip bagi penggemar coklat. Popia Udang Kering pon ada!

Ni pula gambar-gambar belakang tabir yang sempat dirakamkan sewaktu team kru TotiNissa sedang menyiapkan tempahan. Sampai tak cukup tangan dengan tempahan yang berpusu-pusu. Eh macam salah je ayat ni. Lantaklah.

Semua harga cookies bermula dari Rm10 – RM28 bergantung kepada saiz balang. Nak tahu fully price tag boleh check dekat Facebook TotiNissa

Kami masih menerima tempahan. Jadi bagi sesiapa yang tak sempat nak datang booth TotiNissa ataupun yang tinggal jauh tapi kempunan nak rasa product kami, perkhidmatan delivery pos laju juga disediakan (Hanya untuk cookies sahaja ye, frozen food tak boleh buat delivery lagi) Penghantaran percuma untuk pembelian 3 product dan ke atas!!

Terima kasih daun keladi, esok lusa beli lagi!

One response so far

Jul 18 2013

Buffet Ramadhan MAEPS murah meriah MmmmMMm!

Assalammualaikum,

Sorry, nak share pasal buffet Ramadhan lagi. Kali ini I nak share buffet ramadhan di MAEPS. Harga semestinya murah, rm42.90. I memang mencari buffet yang tak mahal melampau sebab rasanya membazir amat dengan kouta makan I yang sekadar ala kadar ini tak sesuai pergi buffet yang mahal-mahal. Lepas itu nanti nak sujud waktu solat maghrib dah terasa nak termuntah belahak.

Yang penting tempat dia tak serabut sangat. Tak terlalu ramai orang, sampai perlu berebut-rebut beratur panjang panjang untuk ambil makanan. Tapi tak adalah kosong macam gambar di atas. Waktu itu semua dah balik dah tinggal kami-kami je.

Yang bestnya dekat sini ada steamboat. Mana lagi tempat buffet yang sediakan steamboat dengan harga murah dibawah rm50?

Bukan steamboat sahaja, ada macam-macam lagi termasuklah bubur lambuk, rotBuffi canai, roti jala, martabak, rojak, mi goreng, kuew tiaw goreng, laksa arghhh banyak lagi lah .

Tak ketinggalan juga, nasi campur dan lauk-pauk. I memang tak pandai berbuka dengan nasi campur jadi bahagian ini I skip je tak jenguk pon lauk apa yang ada.

Berbuka puasa kali ini bersama rakan-rakan sekolah Emmet. Ini first time I rasa tak ada ambil gambar diri sendiri langsung. Tak apalah bagi chan pada mereka bergambar sakan.

Baiklah, mana lagi Buffet Ramadhan yang terbaik dan harga yang berpatutan menurut korang? Mana baazar Ramadhan paling wajib dikunjungi sekitar KL and apa makanan yang masuk dalam list ‘Must Buy’ dekat baazar tu? Jom share!

2 responses so far

Next »

| |