Archive for June, 2013

Jun 28 2013

Kembang Melati is on instagram!

Published by under Ladies & Gentleman!

Assalammualaikum,

Pengumuman kepada semua kucing-kucing di Malaysia dan juga di luar negara, Kembang Melati sudah mempunyai account instagram. Sila follow untuk mengetahui perkembangan terkini Kembang.

Chewah bukan main si Kembang sekarang siap dah ada instagram. Sebenarnya tujuan buat insta dia ni supaya senang nak buat collection gambar dia. Sengaja tanak campur adukkan dengan instagram sendiri. Bila boring-boring tekanan perasaann, tengok gambar kembang je dah boleh tersenyum.

No responses yet

Jun 27 2013

Masakan pertama!

Perh! Berpeluh-peluh pegang sudip bila diberi task untuk memasak. Seakan-akan memasuki rancangan masterchef peringkat akhir. Chewah intro tak boleh blah.

Sebenarnya ni first time memasak, untuk suami. Bukan sahaja untuk suami, tapi untuk tahun ini juga. Bhuahaha buruknya perangai aku. Iyelah sebelum ini duduk rumah ada bibik masak, tinggal order sahaja amboi kemain. Sekarang dah tinggal berdua di rumah sendiri, tiba-tiba terasa nak menjadi macam isteri.

Masakan pertama adalah macaroni cheese. Amboi bukan main. Baru pegang sudip dah terus masak western. Tak berani nak share resipi sebab sedar diri memang tak layak! Bhuahaha. Masak secara hentam krono je main agak-agak tengok gambar dan bayangkan. Wah baru tahu memasak ini memerlukan imaginasi rupanya.

Tara! Menjadi! Macaroni cheese + meatball ala-ala secret recipe gitu. Sedap untuk first try macam aku ni! Terasa bangga dengan diri sendiri lelagi bila tengok Emmet makan tambah 2 kali. Tak tahu lah sebab dia lapar pelahap ker atau memang betul-betul sedap. Alah anggap jekla memang sedap. (pemangkin untuk masak lagi esok hari).

Wah tiba-tiba blog jadi blog mak-mak. Bhuhahaha.

No responses yet

Jun 14 2013

Hello Tingkap baru!

Published by under Ladies & Gentleman!

Assalammualaikum.

Dulu selalu berangan-angan untuk memiliki laptop baru. Alah sebenarnya takde lah nak sangat laptop tapi nak windows 8 sajerkk. Memandangkan nampak cool windows 8 itu, impian menjadi hampa bila terkenangkan laptop pink Dell cabuk tak mampu nak install windows besar-besar.

Few month ago, my laptop dijangkiti virus super awesome yang buat I rasa annoying setiap kali pasang USB ke apa mesti terjangkit virus juga. Jadi nak tak nak kena hantar jumpa my special laptop specialist.  Jadi dia terus offer,

Nak tambah RAM?

Nak tukar windows 8?

Lepas itu dia explain about my laptop RAM is 1 then dia nak tambah to 4 ke apa untuk buat programme lagi laju oke fine my IT knowledge is nothing so I angguk sahaja lah.

“Kau buat lah apa kau nak buat!”

And the outcome,

Excited tengok Interface serba pink! Mula-mula ingatkan bila dia kata dah upgrade laptop itu terus jadi touch screen rupanya tak. Bhuahahaa banyak cantik kau kan? Tak apa, tetap boleh navigate ke sana ke mari pakai mouse. Masih dipandang cool! Lepastu programme semua tak loading lembaps macam dulu lagi!

Semua programme dah terpapar dekat Interface. Nak check email, click terus sampai. Main game? Tengok calender? Arghhhh semualah. Ok jakun gila padahal windows 8 dah lama dipasaran. BooOooOo Totin BoooOoo!

Apa-apa pun, thank you to my IT specialist, Azizan Zabha. Kalau laptop dijangkiti kuman, virus merbahaya, atau mempunyai apa sahaja masalah IT boleh terus pergi buat consultasi dengan dia. Dijamin memuaskan! Keutamaan untuk orang Batu Pahat! 🙂

PM dia direct dekat facebook,

Zabha Junior

One response so far

Jun 09 2013

A GOODBYE just means that A HELLO will be coming soon.

Jumaat lepas (7 June 2013) merupakan official date I berkhidmat buat kali terakhir sebagai MO doctor Emergency Department Hosp. Sultanahh Noraa Ismaill (saja aku tulis wrong spelling sikit takot-takot pengarah google nama hospital nampak blog aku plak cuak aku cuak) I dihalau dari berkhidmat disana kerana dibenci masyarakat sob sob sob ok itu propa.

Well,I tak buat farewell ke apa apa pon. Lagipun kemungkinan besar akan datang kembali seminggu dua ini sebab nak minta pospone dulu dari tempat kerja baru. Gila hape tiba-tiba suruh pindah satu benda tak prepare. Ingat masa last day kerja nak camwhore-camwhore dengan semua staff and rakan-rakan doctors tapi apakan daya ED resus area dilanda ribut petir pula. Ada patient redzone je dah 3 case, yellow zone, full. Memang bersilat kami hari itu.

Cuma sempat petik sekeping gambar sahaja setelah kami selesai bersilat. Ini pon sebahagian sahaja daripada kami, selebihnya tengah attend patients. Jeling je patient tengah sakit-sakit bole tengok kiterang bergambar pula. Lihatlah keadaan semua huru-hara. Yang lelaki melayu nampak smart sebab mereka tak join bersilat, baru balik solat jumaat. Rambut siap gell terpacak lagi.

Terima kasih tidak terhingga untuk boss dan juga semua rakan-rakan HO and MO yang pernah sama-sama bekerja. Terima kasih atas tunjuk ajar. Maaf atas segala salah silap. It was a great pleasure working with you guys! All the best and till we meet again!!

Aku hometown dekat batu pahat, bosan-bosan kang aku datang lah hospital buat-buat sakit. ;p

No responses yet

Jun 05 2013

Bila jumpa kakak lain mak lain bapak lain bangsa lain bahasa.

Published by under Well-meaning friends.

Last week dapat FB message from Mba Ncus, katanya mahu datang ke Malaysia. Punyalah excited sebab dekat 5 tahun tak jumpa dia. Mba Ncus ni my housemate time I study Indonesia dulu. Memang dah macam kakak sendiri. Makan bersama, gossip bersama, buat modeling dan bercamwhore bersama, susah senang bersama., mandi bersama eh yang tu tak.

Tapi sebelum I habis study lagi, dia dah meninggalkan diriku. Sob-sob-sob. Dia pindah Hongkong sebab dapat job stewardess under Cathay Airline. Sejak tu memang tak jumpa dia lah. Tapi still keep in touch dalam facebook!

Kebetulan, minggu ini flight dia overnight dekat Malaysia. Stay 2malam dekat Sunway Hotel, jadi cepat-cepat I minta cuti untuk berdatings dengan dia!!

Bezanya mba ncus dengan stewardess di pasaran sekarang ini, dia jenis down to earth. Kalau keluar besiar-siar tu memang secalit make up pon tak pakai. Simple sangat. Tak berubah dengan waktu kami kenal dulu-dulu. Orangnya sangat lembut dan perangai ke-sister-an dia terserlah disitu.

Since Mba Ncus stay dekat Sunway Hotel, nak senang jumpa dekat Sunway Pyramid sahaja. Jalan-jalan temankan mba shopping. Tapi last-last haku pon terjebak sama. Menyampah tau!

“Mba masih ingat nga dulu aqu pernah suka cowok di dublin, ini dia, suamiku!”

“Hah? yang kamu sering skype itu?”

Wah tiba-tiba teringat 5tahun lalu, setiap kali Emmet kecewakan aku, permainkan perasaanku, reject cintaku *eceh* lepastu terus nangis-nangis frustated *lah konon* ketuk bilik mba Ncus. Terperanjat dia bila tahu, suami aku sebenarnya orang yang sama aku tergila-gilakan dari dulu.

Wah betul lah pepatah “Kalau dah jodoh tak kemana”.

ps: Ada rezeki lebih, nak pergi Hong Kong pula. Jom!

No responses yet

Next »

| |