Archive for May, 2013

May 27 2013

Jauhi lelaki jahat!

Published by under Don't sue me!

Patient ke hospital selepas membuat laporan polis di atas untuk pembuktian pemeriksaan samaada hamil atau tidak.

Urine pregnancy test: Positive

Lalu patient pengsan.

-_-

Sungguh dramatis. Patient kami ramai tunggu kat luar tu sempat lagi buat adegan drama sebegini. Sebagai pengajaran, jangan percaya kepada lelaki. Tak kira lah boipren ke, tunang ke, husband wannabe ke selagi dia bukan siapa-siapa kita, kenapa perlu percaya? Erm, agak-agak apa nasib baby itu nanti ya?

Tapi kadang-kadang tak faham dengan perangai lelaki sebegini. Mereka tak punya perasaan ke? Tak ada keluarga perempuan ke? Sanggup buat cenggitu dekat perempuan.

Banyak sebenarnya drama-drama sebegini kalau kerja hospital. Lagi-lagi kes bawah kawalan polis. Belum I cerita kes rogol, seksual bawah umur suka sama suka, penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga. Bila check full physical exam, love bite seluruh badan mengalahkan aku yang dah kahwin. *ups*.  Haih ini baru dekat Batu Pahat, rasanya kalau kerja dekat kota-kota besar, kes-kes cenggini mesti polis layan sambil tutup mata. Yang peliknya tak ada penyesalan pun di antara mereka. Pelik-pelik.

Nauzubillah Min Zalik.

ps: Bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar pengajaran bersama.

No responses yet

May 23 2013

Skin care yang selamat!

Assalammualaikum,

Amboi ramai betul yang bertanya apakah skincare yang paling selamat digunakan? Tolong listkan semua kosmetik yang tidak merbahaya? Kosmetik ini bahaya tak? Yang itu bahaya? Dr Totin pakai apa? Doktor lahh sangattt. Soalan yang dilemparkan ibarat saya seorang pakar kaji kosmetik yang menjalankan pemeriksaan labaratories ke atas kesemua barang kosmetik di pasaran -_-

Buat masa ini, I masih mengamalkan penggunaan kosmetik ini. Seperti yang dinyatakan dalam entry blog yang lalu. Tak pernah ubah kosmetik. Hampir 3 tahun menggunakannya. Bukan sahaja pencuci muka, toner, mosturizer, malah make up I pun mostly dari Clinique. Alhamdulillah, muka tak cantik mana pun tapi yang penting kulit sihat tak bermasalah. Tak pernah expect nak putih melepak tapi cukup sekadar mudah penjagaan, kulit tak banyak kerenah. Pergi kerja tak pakai make up pun sebab malas tapi okay lahh tak adalah muka berkilat barat.

Clinique memang pricely sikit bagi yang tak berkemampuan, tengok harga mengigil juga. Tapi pada I berbaloi sebab sekali beli harga mahal tapi boleh pakai lama. Dalam 3 bulan baru habis. Seperti yang I kata, better guna product kosmetik yang memang sudah bertahun-tahun dipasaran, sudah ternyata keberkesanannya, sudah disahkan oleh world dermatologist, tanpa sebarang keraguan. Langsung!

Yang seronoknya, Clinique ini suka buat promotion, kalau beli one set clinique or above RM370, akan dapat set free gift clinique. Untung kan, bukan satu dua je, biasanya I suka paw macam macam. Lipstic, eyeshadow, compact powder, eh macam-macam lah free gift tapi yang baby set dia lah. Comelssss! Jarang sekali beli makeup items Clinique sebab kebanyakkannya dapat dari free gifts.

Start dari 23rd May – 9th June akan ada promotion 9pc gift di Clinique Pavilion and Clinique City Square JB. Siapa duduk Batu Pahat, boleh dapatkan free gift promotion pada 24th – 26th June di BP Mall!

Product terbaru dari Clinique. CC Cream, yang dapat mengurangkan kesan darkness dan kulit yang kusam selain memberi hydration dan UV protection untuk kulit. I belum try lagi, this week nak beli time promotion free gift!

Masa nikah aritu, dah siap-siap pesan dekat husband bagi barang Clinique sahaja untuk kosmetic. Tak payah cari yang merepek-repek lain sebab I memang pakai Clinique. Rugi kalau beli tapi tak pakai. Sampai sekarang barang dia bagi ni tak habis pakai lagi. 🙂

Untuk yang ingin tahu lebih lanjut tentang Clinique, boleh kunjungi www.clinique.com.my

Kalau nak baca review I tentang clinique yang lalu, boleh baca sini.

One response so far

May 21 2013

AWAS! Ciri-ciri krim kosmetik yang bermerkuri!

Assalammualaikum untuk semua readers yang cantik cun melecun!

Hehe untuk entry kali ini lebih specific to female jadi I puji readers yang cun melecun sahaja lah, yang handsome kacak bergaya lain kali I puji. Memandangkan sebelum ini I bagitahu tentang 5 kosmetic beracun yang tidak selamat digunakan, ramai juga yang bertanya tentang apakah kesan sampingan barangan kosmetic bermerkuri, macam mana nak bezakan, dan segala yang berkaitan dengan merkuri.

Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri

1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Tektik lettew.

2.  Tidak homogen : Maksudnya cenggini, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi? Bajet ada orang nak kiss kau sambil berkata wanginya bau pipi?

4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.

6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Cheh waktu itu bajet macam kulit kita dalam proses pemutihan lah padahal anda tertipu. Kulit anda sedang berlaku irritation.

7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga  kuman/ bakteria  tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. -_-

12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).

Sekarang lah waktunya kita ubah kosmetik yang kita gunakan!

Muka macam nak kena lempang.

BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.

1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.

5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.

Jangan rosakkan diri sendiri demi mengejar kecantikan. Jom share dekat semua orang!

3 responses so far

May 19 2013

Senarai 5 produk kosmetik Malaysia yang TIDAK SELAMAT digunakan!

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan sebanyak 5 produk kosmetik Malaysia yang mengandungi lebihan betamethasone dan mercuri dalam bahan kosmetik (RACUN).

1 Cellnex Anti Sensitive Essence treatment (Mengandungi Betamethasone)

2. Natural 99 Day cream

3. Natural 99 Night cream

Kedua-duanya mengandungi mercuri. Hoohhh, kalau nak tahu betapa bahayanya mercuri itu sungguh scary. Dulu pernah tersentuh merkuri yang tumpah terus kelam kabut gelabah cuci tangan betul betul samak. Apa jadi kalau amek merkuri letak dekat muka pula?

4. SF Beauty Night Cream

5. SF beauty Day Cream

Kalau baca comment dari para dealers SF beauty, mereka akan katakan, barangan SF beauty yang beracun adalah keluaran tiruan. Yang asli tak beracun. How did they know? I believe in KKM (Kementerian Kesihatan) takkan lah orang kementerian amek tester dari tiruan. Mereka tidak sebodoh itu untuk jalankan ujian sebegini. But anyway, terpulang pada individu masing-masing nak percaya yang mana. For me, lebih baik mencegah. Banyak lagi produk yang dijamin selamat dipasaran.

Sumber daripada artikel,

No responses yet

May 18 2013

Akibat memakai susuk..

Published by under I'm just rambling.

Yesterday I got one patient, alleged MVA (Motor Vehicle Accident).. dia datang clinic sebab ada luka-luka dekat muka, nampak deformity macam ada patah la dekat area mulut…Gigi pun ada patah juga.. Jadi to be save and to know which bone yang patah, I buat xray muka, dan tulang belakang (sebab dia complaint backpain juga)

Homakkau terperanjat tengok banyak jarum susuk di wajah dan tulang belakang. Pening juga nak buat cemana ni. Nampak ada patah dekat tulang bawah mulut, tapi banyak jarum susuk. Susuk susuk itu kena cabut ke kena buat cemana I also dunno. Refer dekat Dental, let them decide and do lah.

Sengaja tanya akak (or makcik) tersebut.

“Akak ada pakai susuk ke?” direct je aku tanya.

” Eh tak adalah doc. Kulit saya memang macam gini. Selalu amalkan minum jamu dari muda, doctor!”

Hamboi aku tak cakap pun kulit dia lawa?

Ini antara contoh-contoh xray bagi sesiapa yang pakai susuk itu, boleh nampak jelas dari xray.

Sumber dari En. Google.

Something like this la xray patient I tadi tapi lagi teruk kot.

Pengajarannya, memakai susuk selain daripada berdosa disisi agama, juga memudaratkan kesihatan apatah lagi jika berlaku perkara tak diingini seperti accident yang boleh memperburukkan lagi cedera yang sedia ada. (Dan juga memeningkan doctor pula satu kerja nak cabut susuk tu satu persatu -_-)

No responses yet

Next »

| |