Archive for April, 2013

Apr 23 2013

Kembang Melati

Published by under Where the heart is.

Berbulan-bulan menunggu untuk dapatkan si Kembang Melati. Dari tahun lepas memang tertarik nak beli kucing British Breed. First time jumpa kucing jenis ni dekat Petshop Uptown tapi owner dia tak mahu jual. Buat pameran sahaja. Pasrah. Terus aim kucing jenis ni sampai ketemu!

Geram tak? British breed ni shorthair cat. Tak macam kucing parsi yang bulu panjang-panjang tu. I memang nak cari yang shorthair sebab husband ada allergy and  history of asthma. So, macam tak elok pula bela longhair cat. Basically, warna asal dia memang kelabu. Original breed. Kalau dah kahwin dengan kucing lain jadi warna lintang pukang itu maknanya sudah tidak asli lagi.

Akhirnya ada satu owner petshop dekat JB yang sudi menjual British breed shorthair. Tapi dengan syarat, tunggu lagi beberapa bulan sampai kucing tersebut beranak and dia akan jual babynye. Yeay! Dapat baby! Selepas 3 bulan baru kucing tu bersalin. Kemudian bukan boleh terus dapat, kena hold dulu, tunggu sampai kitten tu dah putus susu. Bila dah putus menetek dari maknya, owner tu suruh hold lagi 2 minggu. Tunggu sampai kitten tu boleh berdikari. Mak aih lecehnye.

15 April 2013 baru boleh dapat si Kembang Melati dengan harga rm1800. For me, reasonable price for British Breed. Kalau beli yang besar sikit dah rm4-6k tak mampo den!

Kembang Melati sangat aktif. Berbeza dengan sifat kucing parsi yang pemalas kuat tido, kalau si Kembang sangat lincah sampai nak pegang pun susah. Kejap je dia duduk dekat riba kita lepas tu dah hilang panjat sana panjang sini.

Since Kembang ni still consider as paediatric lagi, jadi kena minum susu every morning for growth and development. Susu ni memang for kitten ye bukan beli susu Dumex. Jadi memang kena label susu ni betul-betul takut pagi-pagi aku plak yang minum susu itu. I rasa dia masih kurus dan kurang gemok. Maybe sebab the owner dah tahu I memang nak beli Kembang, jadi penjagaan terhadap Kembang masa infant pun kurang.

Ni pula makanan si Kembang Melati. Currently kembang makan Royal Canin jenis Kitten. Cat food jenis Royal Canin ni ada macam2 level untuk Kitten, Paediatric, Adult, cats with diabetes or renal disease dll boleh google sendiri. Harga dalam rm75++(pack regular)

Kembang lentok sendiri lepas penat bermain.

Kembang Melati dah buat full physical examination dekat Hari Pet Clinic dan mendapat her first vaccination for Chlamydia vaccine. For pets, vaccine ni untuk prevent any respiratory infection. Next vaccine si Kembang sebulan akan datang .

Untungnya kerja doctor ni, boleh dapat 50% discount masa physical check up and vaccinated untuk si Kembang Melati ni. Daripada rm300, I bayar rm150 sahaja. Kata doctor tu, sebab kita sesana doctor, bidang kita sama, jadi boleh dapat discount. Wow begitukah!!

Untuk orang Batu Pahat yang nak dapatkan rawatan untuk pets dia, boleh datang ke Hari Pet Clinic & Surgery yang terletak di Taman Batu Pahat,  bertentangan dengan Pelican Hotel. Dekat 10 tahun lebih dah kitorang selalu pergi clinic ni kalau kucing ada sakit dan masalah. Sekarang Hari Pet Clinic ni dah ada macam2 survice including USG, X-ray, Surgery, hotel penginapan dengan harga rm20 semalam pun disediakan!

Okeylah, satu persatu I cerita pasal si Kembang Melati.

Ada sesiapa dekat sini pemilik british breed cat tak?

2 responses so far

Apr 09 2013

What a life!

Ada anonymous tanya saya soalan begini.

Kenapa ye, bila dah kahwin je terus you jadi jarang update blog. Banyak sangat ke tanggungjawab dekat suami?

I is don’t know what to answer. Tanggungjawab suami? Bhuaha boleh tergelak pabila suami ku membacanya. Honestly aku tak buat apa-apa pun sebagai seorang isteri kepada suaminya. Selain daripada mengemas bilik dengan baju kotor suami dimasukkan ke dalam bakul kotor. (lalu bibik yang tolong basuhkan baju). Menyedukkan lauk /nasi ke atas pinggan suami (itupon kadang-kadang terlupa sebab dah lapar sangat, bhuaha), tetapi lauk dan nasi itu dimasak oleh bibik. Errr. Mengurut badan suami jika dia kata sakit sakit badan tapi tak sampai 1 minit lalu aku pon tertidor. Errr haih haih.

Nasib baik dapat suami yang tak kesah dan memahami ku dari sebelum kahwin. Kalau tak mesti dia mengalami kekejangan hidup.

Blog dan kehidupan suami isteri, for me tak ada kaitan. As I tell you, dengan suami pon tak sempat nak bagi perhatian sepenuhnya sebab bebanan kerja yang teramat sangat. Rasanya hidup diisi dengan kerja-tidur-kerja-tidur. Kalau sebelum ini bila busy akan cakap life is like –kerja-makan-tidur-kerja-makan-tidur. Sekarang makan pon dah susah. Sighhhhhh

Oh oh I miss my colleague, zaman department yang sudah-sudah. After post call still boleh menular pergi breakfast jalan-jalan seludup keluar hospital.

Ini masa menular petang-petang kerja sebab nak pergi baazar Ramadhan untuk berbuka puasa di ward. Konon hebat la dapat menular, sekali jumpa boss dekat baazar. -_-

Oh member dekat belakang tu rasanya dah dekat 4 bulan kot tak jumpa dia. Masing-masing busy dengan department masing-masing.

Bye, nak siap-siap pergi kerja. What a life!

One response so far

| |