Archive for March, 2013

Mar 28 2013

How to get halal food in BALI?

Assalammualaikum,

Hamboi, bagi pendapat pun salah. Bukan main menghentam pendapat orang lain ye. Macam mana melayu nak maju? Macam mana? (Feedback daripada entry baby berdarah-darah sebelum ini). Whatever it is, that is my world, and my opinion. Bila orang tanya balik, kalau jadi dekat anak kau macam mana? Oh, kalau jadi dekat anak saya, saya ambil kapas dan lap kan darah-darah tersebut. Lalu tolong cucuk balik branula dia yang tercabut itu. Nak melenting kenapa pula? Macam tak ada reason je.

Lagi satu, kenapa tiba-tiba komen pasal entry blog ibu bersalin yang saya tulis tahun lalu tiba-tiba muncul begitu banyaknya? Tersebar melalui Facebook katanya. Saya menulis memang cara sempoi dan mudah dibaca dan difahami, kalau terasa penulisan kasar dan selesa dengan gaya tulisan cerpen sastera boleh buka wikipedia.

Bluhhh mula lah tu nak hentam balik? Whatever. Silakan. Melayu oh melayu.

Anyway, I baru balik dari honeymooooon (lah sangat). Dah berbulan kahwin, baru nak bercuti-cuti bersama roommate. Lebih kepada release tension kepala nak meletop di tempat kerja. Just 4D3N trip to Bali. Beli hotel time sale Agoda, lepas itu dapatkan pak supir muslim dari http://www.balifuntourisme.com/ with very reasonable price.

Bali (aka Indonesia) ni dah macam part of me. So tak ada kekok pun nak kesana kemari. As long as you are fluent dengan language derang, easier. Nak pergi tempat tourist pun dapat harga Indonesian. Kelentong lah cakap dari Jogja!

Hari pertama sampai Bali, we done nothing. Just lepak-lepak sekitar hotel, jalan-jalan to the nearest shopping complex (Galeria Bali) and had dinner there. I’m quite familiar with their fast food so dapat guest which one is halal and not. So malam itu, bawa roommate makan Hoka-Hoka Bento. Sorry lah datang Indonesia, kena makan makanan korea pula tiba-tiba.

Day 2, pak supir bawa kami jalan-jalan. I tak nak fix with their scedule. So kita decide sendiri nak pergi mana. Since this is my second time holiday in Bali, so I just nak pergi tempat-tempat yang menarik sahaja, macam batik painting, silver place, temple yang bosan-bosan we skipped!

1. Tarian Barong.

Tarian 1 jam ini agak.. er… boring bagi saya. Bhuahaha sebab dah tengok for 2nd time. Tapi roommate belum pernah tengok and tempat tarian ni betul-betul sebelah hotel, jadi kami singgah sebentar. Show started at 9.15am, so roughly orang yang holiday to Bali mesti akan pergi tengok show tarian Barong.

2. Zoo Bali

First time rasa macam disayangi binatang-binatang bila dikerumuni mereka.

Heh macam tak ada binatang je dekat Malaysia kan? Sunguh-sungguh nak pergi zoo, semata-mata nak naik Gajah. Jakun tak pernah naik gajah.

Masa nak naik elephant ride ni I chong cakap from Yogya so I bayar ikut harga warga mereka instead of kena bayar 35dolar per person mahal gila baik bela gajah sendiri dekat rumah lepas tu naik puas-puas.

3. Tanah Lot

Temple yang cantik on the cliffs. Macam tempat wajib orang datang Bali kot. Rasanya kalau pergi Bali tapi tak singgah Tanah Lot, you better go holiday at Pulau Pangkor je.

Tempat ini memang cantik, dulu datang sini time air pasang, tak boleh ke temple, kali ini dapat lari-lari anak main air kecek-kecek bawah temple.

4. Uluwatu

From Tanah lot to Uluwatu. Ibarat dari utara ke selatan. Our pak supir pon macam kelam kabut memecut untuk mengejar sunset at Uluwatu. Dekat sana dapat tengok Kecak Dance. At first rasa tertarik, mereka menari menggunakan tarian paduan suara cak-cak-kecak-cak-cak-kecak cenggitu. Tarian ini cuma dilakukan pada waktu senja, ketika sunset. Tapi lama-lama roommate suruh chow tak bagi tengok habis. Katanya it’s something more like pemujaan atau acara sembahyang diorang je. Tak baik tengok lama-lama ditambah pula dengan aku yang macam terikut-ikut menyanyi macam mereka. Bhuahaha. bahikkklah.

5. Dinner at Jimbaran

Ini paling best. Makannnnnnn seafood di persisiran pandai sambil bercandle light dinner gitu. Dengan diiringi muzik para pengamin bertauliah. Makanan dekat Jimbaran halal semuanya, jadi jangan takut memilih kedai seafood pujaan anda. Mana-mana pun boleh tapi harga mahal juga lah. Errr actually kalau convert duit malaysia tak adalah mahal pon tapi aku kan pelitttt (kedeks) ;p

Masa ini dah penat sangat. Muka dah comot maka rambut pun bertukar ikatan menjadi ibarat “Hai, nama saya Melur”. Apa-apalah, yang penting nak tunjuk suasana makan di persisiran pantai. Feeeeel sunggguhhhh.

That’s all for Day 2 trip.

Day 3 tak pakai supir dah. Kiterang jalan-jalan pakai teksi sahaja. Bersantai berasmara bersama. Eceh. Pergi swimming, massage, creambath, roommate siap buat menicure pedicure segala amboi kalah perempuan, shopping-shopping dekat Jalan Legian, Sunset at Pantai Kuta,

Sempat jumpa may coursemate, Mba Made Elektra and Gede Kakul. Excited gila dapat jumpa dia. Kecoh habis. Mba Made ini memang bestfriend masa study dulu, bila habis study, semua pulang ke kota masing-masing. Sekarang dia kerja di hospital swasta area Bali. Sempat lah bergosip dan update perkembangan terkini pasal kerja and life sekarang. Tak puas, kapan-kapan aku kesana lagi ya mba!!

Overall, itu je yang kiterang buat masa holiday to Bali. Bali was damn hot! Suhu around 38 degree. So nak buat apa-apa pun berpeluh-peluh. Roommate sibuk menuntut nak datang Bali lagi next time, for water sport! Bengang dia sebab nak pergi water sport but sorry I don’t like it. Nevermind, next time dia datang Bali dengan kawan-kawan dia, I (must follow lah kan) and go shopping with mba Made. Yeaah!

Sebagai penutup, ini beberapa tips how to find halal food in Bali.

1. Fast food. Overall, fast food memang halal dekat Indonesia. KFC, McDonald, Wendy’s, Pizza Hut semua bersepah-sepah. Tapi kalau terasa nak makan makanan Indonesia sikit, pergi kedai fast food ala-ala Indonesia macam Es Teler77 which is dekat mana-mana Indonesia pon halal.

Benda wajib yang paling dirindui, Teh Botol Sosro!!!

2. Masakan Padang. Cari je kedai-kedai nasi padang. Kalau dah deperate nak sangat makan nasi, paling selamat pergi makan di makanan padang. Paling selamat lah ye, sebab mostly orang padang adalah muslim dan masakan padang itu halal. Tapi tak tentu juga, dulu pernah pergi kedai makanan padang siap ada patung-patung temple bergantung-gantung. Wallahualam.

3. Jimbaran seafood. Seperti yang dikatakan tadi, makan dekat jimbaran semuanya halal, don’t worry.

4. Don’t trust their ‘Halal’. Sebab mereka tak faham halal orang Islam. Bagi mereka, non ba alif ba ya itu semuanya halal. Pernah dulu, dibawa ke tempat makan halal (katanya), sekali buka menu, ada monyet goreng. -_-

5. Malam-malam bila lapar makan mi instant PopMie masak dalam bilik sambil menonton rancangan sinetron RCTI. Pehh feeling habis rasa macam zaman-zaman study dedulu pula.

No responses yet

Mar 13 2013

Salah nurse hospital kerajaan?

Published by under Don't sue me!

Nampak gambar ini dekat Facebook dengan comment orang berbagai rakam menyalahkan nurse hospital kerajaan yang buat kerja sambil lewa. Saja I nak bagi feedback dan pandangan bagi pihak nurse yang dipersalahkan..

Anyway, I tak rasa nurse bersalah sangat. Apatah lagi “nurse hospital kerajaan”. Eh perlu ke mention hospital kerajaan? Rasanya mana-mana hospital pun, tergantung sikap dan peribadi orang bukan tergantung tempat kerja.

Untuk kes baby ini actually takdelah kes besar sangat. Cuma jarum branula (jarum yang dicucuk di kaki baby) tertanggal kerana baby lasak pusing pusing tengok la tu baby tu dah terbaring ke depan katil dia. Takpe baby lasak kan good sign. Baby lembek-lembek tu yang kita risau.

Bila orang dewasa lasak-lasak dan jarum tertanggal, mereka akan jerit, “Doctor!! darahhh!!” bagi yang mempunyai reflex takut darah, ataupun, “Doctor, jarum tercabut!!” Tetapi bila baby lasak-lasak dan jarum tertanggal, dia mana tahu apa apa? Dia teruskan berlasak sahaja.

Lagi satu, kes ini dikenalpasti pada jam 6.30 pagi. Waktu itu semua staff nurse busy sangat. Cuci lampin baby, bagi baby susu, pukul 6 pagi nak kena settlekan semua kerja sebelum pukul 7 atau 8 pagi, sebelum doctor mula bertugas. Tak percaya, cuba try call ward SCN seawal pagi cenggitu confirm tak ada orang angkat sebab masing-masing sibuk.

Bukan maksudnya nurse itu tak mahu bersihkan cord baby, cuci darah baby semua, tetapi belum buat. I percaya sangat, kalau nurse nampak baby dah berlumuran darah cenggitu, confirm nurse akan cepat-cepat cuci. Alah, nurse bukan firaun yang kejam, semua orang tak sampai hati tengok baby cenggitu kan? Cuba bagi nurse buat kerja satu persatu, bayangkan nurse kena jaga almost 40-60 babies at the same time. Bukan jaga anak kita seorang sahaja. Kita jaga baby seorang dekat rumah pun dah mengeluh penat. Patutnya kita cakap terima kasih sebab tolong baby kita minum, cuci lampin dia semua.

Kenapa private hospital tak terjadi benda cenggini? Sebab baby yang ada tak sampai sepuluh kan? Boleh buat kerja sambil cubit-cubit pipi baby main agah-agah pun sempat lagi.

Lagi satu kemusykilan, seawal jam 6.30pagi, macam mana boleh ada ibu bapa yang terlepas masuk SCN? sekarang siapa yang melanggar arahan? Penjaga-pelawat tak boleh masuk ward apatah lagi ward baby seawal pagi cenggitu sebab akan mengganggu kerja nurse. Untuk kami team-team kesihatan sudah biasa tengok darah mercik sana sini sebab itu kami sediakan waktu melawat untuk ibu bapa dan penjaga. Waktu melawat itu lah waktu dimana darah ke apa benda yang korang rasa karnivor dan lemah jantung bila nampak tu kami bersihkan dan sorok dari penglihatan orang luar.

Salah sedikit sahaja sudah nak heboh sampai ke pihak-pihak atasan. Seriously tak minat dengan mentality cenggitu. Tolak ansur dan saling memahami barulah satu Malaysia!

Sekian sahaja pendapat saya. Rasa tak puas hati boleh comment dibawah. Thankyou! Peace!

ps; Rindu zaman kerja dekat ward SCN, seawal 5 pagi dah bangun untuk ambil darah dekat 20 babies. Babies yang term (cukup bulan) takpe lagi, ini yang tak cukup bulan, baby yang tangan dia sebesar pensel 2B bila pegang takut patah tu. Mencabar berpeluh-peluh melakukannya.

5 responses so far

Mar 09 2013

Baru tahu.

Published by under I'm just rambling.

Baru tahu, kucing pun ada penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang. Kucing juga ada makanan penjagaannya. Yang kencing manis tak boleh makan manis-manis. Haippp! Yang buah pinggang? Kena buat dialysis ke? Akupon kompius.

Pernah orang kata,

Elleh apa susah jadi doctor manusia, bila datang jumpa doctor, doctor akan tanya,

“Sakit apa?”

Lalu kita menjawap, “Sakit kepala.”

Senang je kerja doctor, menanya-nanya sahaja lalu memberi ubat.

Cuba jadi doktor haiwan. Macam mana nak tanya haiwan sakit apa? Doktor haiwan lebih hebat sebab dia kena cari tahu sendiri masalah haiwan tersebut.

Beberapa hari lepas, kucing kawan saya jatuh dari tingkat 6. Eee kesian diaa…

Kawan aku ni memang penyayang kucing. Sungguh-sungguh dia rawat Oyo. I’m wondering, macam mana dia insert branula (jarum nak masukkan air) dekat kucing? Kalau tengok dia insert branula makcik-makcik tua yang tak nampak visible vein tu masih boleh masuk akal lagi tapi dia insert branula dekat kucing yang berbulu begini? Dia cukur dulu kot bulu nya..

Nampak tak kesungguhkan kawan saya siap buat xray ke atas kucingnya yang terdampar. Tak tahu mana dia buat. Dia tumpang buat x-ray dekat hospital kot.

Oyo mengalami fracture left iliac bone. Kesiannya. Nak kena buat operation pasang plating dekat kucing ke? Haaa lepas ni apa tindakan kawan aku tu ye aku pon blur kejap.

Okeylah that’s all. Tak ada apa yang nak diceritakan melainkan mengupdate blog yang dah bersawang.

Saya nak beli kucinggggggg tapi roommate allergic pula. -_-

Anggap jekla roommate aku tu kucing. Bhuahaha.

One response so far

| |