Archive for February, 2013

Feb 17 2013

Sroot sroot.

Hoaah tekanan sungguh sekarang ini sebab kerja teruk sangat. Gap rest cuma ada 6 jam sahaja itu pun untuk tidur dan berehat di rumah. Roommate sampai geleng-geleng kepala asal jumpa aku je, tidur. Balik kerja, makan, tidur. Makan kerja tidur. Itulah routine sekarang. Roommate mula sedar akan kata pepatah “Doctor Takde Life” itu wujud rupanya.

Sekarang tengah demam teruk. Initially cuma sakit tekak. Oke fine, boleh bertahan lagi. Bersambung dengan batuk sikit-sikit. Kemudian sroot sroot hidung ini. Lalu demam with chills and rigor. Grrrrrr tak boleh minta MC. Lalu kena kerja juga.

“Pakcik, sakit apa? *uhuk-uhuk ”

“Pakcik dah demam berapa lama? *sroot sroot”

“*Hacuuuuuummm! ups sorry pakcik”

Siap ada effect bunyi. Patient pun kompius siapa sakit sebenarnya?

My close cuzzy dah bertunang. Congrats Nabilla & Shamsul. Rushing balik kerja pergi rumah dia (actually rumah kami sebelah-sebelah je). Majlis dah selesai dah pun. Nasib baik dia tak cuci makeup lagi boleh camwhore sekejap.

No responses yet

| |