Archive for January, 2013

Jan 23 2013

Aliens buat surprise. T_T

Published by under Well-meaning friends.

My geng Alien memang dah lama plan nak kumpul ramai-ramai and at leasstttt meluangkan masa seketika before my wedding day. Tapi maaf lah ye, bila Eekin tengok scedule I terus dia macam.. Err ko takde cuti ke? Err macam mana nak baca jadual ko ni apasal hari hari ko kerja bila kita boleh jumpa ni? hah? hah? Sila bagitahu sila!

Aku hari hari kerja.

-_- Kesian. Lalu mereka buat kejutan saat I balik kerja pukul 10 malam. Biasanya I akan lapar, like seriously lapar lalu emo akan melanda bila balik rumah tak ada makanan. Parents dah pakat dengan Alien supaya tak sediakan makanan. Jahat.

Mereka datang rumah buat kejutan sambil bawa KFC banyak banyak dan sebuah kek. Heeee jahattttnyeee korang! *tumbok muka masing-masing* Aku dah la pakai baju kelawar dah selekeh selekeh korang buat surprise kat aku konghajo betul heh. Sorry no picture of my kelawar pics. Aku SAMAN derang kalau derang upload gambar aku selekeh cenggitu.

Terharu. Tiup lilin pun teresak-esak nangis. Cheh auta jee.

Nyam nyam. Tengok ada 2 kotak besar KFC derang beli. Macam perli I je tau la I memang kebulurrr.

Totin’s surprise party. Haa memang surprise sangat. Rasa nak hempuk je tengok muka korang tiba-tiba ada dalam rumah tau!

I was lucky to have close friends around me who always gave me fantastic support. Dari zaman sekolah sampai sekarang. ALIENS – dari kiri: Syaff, Nabil, Pareq, Eekin dan botol sos sebagai Cikanot.

Boleh tengok mata panda I. Takde seri pengantin langsung muka aku ni tau.

I understand that once get married, things will change. Btw, relax lah korang. Friendship has no age. Sampai bila-bila pun kita tetap kawan. Next plan for vacation together bawa laki masing-masing ok. And follow plan Syaff. Bhuahahah.

Dear Allah, touch the people I care for.
Keep them safe, remind them of your great love & bless them.

Amien.

No responses yet

Jan 15 2013

Macam-macam.

Published by under Don't sue me!

Pelik. Dah tahu government hospital service memang slow, kenapa nak pergi juga. Kenapa nak marah-marah apabila lambat. Okey saya faham memang lambat. But it’s common.

Government hospital ada patient yang sangat ramai. Sekali datang berpuluh-puluh. Doctor tak ramai. Seorang patient ambil masa at least 5 mins. Paling cepat. But kalau complicated case yang perlukan discussion, proper examination, investigations, usg or else, at least 15 mins. Untuk seorang patient. Kalau berpuluh?

Hello. Jangan kata kami doctor makan gaji buta. I skip my lunch break hanya kerana tak sanggup tengok patient queue panjang-panjang. Or sometime sampai solat pun terbabas. Pernah hectic sangat kerja seharian tak makan langsung telan saliva sahaja, pukul 10 malam balik kerja baru jumpa makanan!

Kad atas sekali biasanya priority untuk baby, anak-anak kecil atau yang berusia.

Yang bawah sekali untuk pesakit muda sihat walafiat datang hospital semata-mata demam 1 hari batu selsema. Haih kentalnya orang cenggitu sanggup menunggu berjam-jam nak jumpa doctor. Kalau aku jadi dia baik tido kat rumah esok entah entah boleh baik sendiri.

Recently, berlaku beberapa scene yang pelik dan mendebarkan.

Patient mengamuk sebab lambat. Well, actually tak adalah lambat mana. Dia baru menunggu satu jam. Kalau nak bezakan dengan yang lain, menunggu hampir 3jam. Lalu berkata “MAK SAYA DAH TUA!!” Menjerit nak pecah telinga dekat kaunter depan. Sehingga doctors kat dalam bilik pun dengar. Fikirlah, bukan mak dia je tua, ramai lagi pesakit berumur, baby baby kecil menunggu. Kita tahu utamakan yg mana urgent or not. Kita semua dah tapis awal-awal dekat first triage.

Fine. Bila jadi macam itu semua doctor tak nak tengok mak dia. Malu tak macam gitu. Jadi saya dengan berani diri, baiklah, mari periksa dengan saya.

Saya menjelaskan ke dia,

” Maaf ya kalau lambat, patient memang ramai. Kami kena ikut giliran. Lagipun kami tahu yang mana urgent. Untuk patient yang kritikal, yang nak mati, pecah perut pecah kepala, kami dahulukan ke bahagian redzone, bukan menunggu disini. Kena faham disini lambat kena sabar sikit.”

Lalu yang di garang tadi bersuara kerana salah faham.

“APA! DOCTOR KATA MAK SAYA NAK MATI! DOCTOR JANGAN NAK KURANG HAJAR CAKAP MAK SAYA NAK MATI! DOCTOR TAHU TAK DOCTOR CAKAP DENGAN SIAPA? MAK SAYA! INI MAK SAYA!”

Masa tu dah berserah muka untuk kena tumbuk. Memang serious dia dah stand by nak tumbuk aku. Lalu aku bagi senyuman pasrah. Tumboklah oh tumboklah. Nasib baik ada doc lain, staff nurse back up lalu adegan menumbuk tidak berlaku. Adoi kalau tak, sudah tentu aku kene bersanding muka lebam nanti.

Susah cakap dengan patient. Susah nak semua orang faham.

Sigh~

Setimpal lah dengan bayaran rm1 untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Murah lalu kena lah bersabar. Kalau tak nak bersabar, pergi swasta. Bayar mahal, terus dapat layanan. Betul tak? Malu dengan foreigner yang kena bayar rm50 ke government hospital tapi tak pernah pun bising maki maki doctor. Akur menunggu berjam-jam lamanya.

Scene kedua,

Mengamuk-ngamuk sebab tak dapat MC. Jatuh motor dan luka melecet sedikit je bukan nya ada patah pun. Marah-marah tak puas hati sebab tak dapat MC. Maaf lah ye kerja kena ikut polisi. Hospital ni bukan aku yang punya. -_-

Tu tak termasuk dengan yang pura-pura sakit minta MC, yang peliknya bawa anak beranak satu rumah, datang kata sakit sengal tangan, kaki, badan, tak boleh buat kerja. Penghujung kata akan diakhiri dengan..

“Doc, nak mc boleh?”

Satu rumah minta MC.

-_-

Tak faham sebenarnya, dengan doctor dimarah-marah, tapi dengan doctor lah dicari untuk minta pertolongan. Kau dah marah kita, kau minta kita tolong kau. Tak rasa macam malu ke?

I’m just rambling. Saja nak meluahkan perasaan. Asik kena marah dengan patient je. Tension aku.

2 responses so far

Jan 10 2013

Dunia tanpa batas.

Published by under Best Wishes!

Boleh scan barcode ini bagi sesiapa yang inginkan application invitation perkahwinan kami.

Terima kasih.

15 hari lagi..

No responses yet

Jan 08 2013

Bachelorette!

Masa sekolah-sekolah, I ada geng sekolah agama. Sama-sama pergi sekolah agama jalan kaki. Begitu gigih lintas jalan besar, berkumpul di rumah Yun, dan masing-masing jalan kaki pergi sekolah agama. Pegang Al-Quran yang size besar itu warna merah menyala pula. Gigih. Siap bawa payung kalau panas sangat. Gigih sekali. Lintas jalan besar dengan pakai baju kurung sekolah agama, lari lintang pukang atas jalan bila kereta laju.

Zaman sekarang semua budak pergi sekolah parents nak hantar depan gate. Mana ada lagi yang jalan kaki merentas onak duri?

Kenangan itu diimbau kembali saat New Year + Bachelorette Party! Simple yet meaningful sangat-sangat. Dah plan nak sleep over sesama, tapi tak tahu bila waktu paling berkesan. Jadi kami pilih waktu new year. Untuk melihat bunga api sama-sama, kami pilih hotel yang dapat view menarik!

Usha Royale Bintang, full. Mandarin Hotel full. Last-last dapat Impiana Hotel,KLCC,  room 1213. View dari bilik sangat cun untuk tengok bunga api.  Tepat pukul 12 malam kitorang countdown dari bilik, sambil tengok jam pencawang Maxis depan KLCC tu. Orang dekat KLCC menjerit countdown berasak-asak, kitorang menjerit dari atas katil, sambil lompat-lompat.

Check in bilik teruk start tiup belon dan deco bilik. Aircond sempat problem so kami call the service man datang repair. Pelik je derang tengok bilik berparty sakan padahal bertiga je -_- Beli cake dekat wondermilk, Publika sebab pagi itu ada meeting with my videographers for wedding, jadi singgah beli cake and baskin robbin. The helium gas balloons and prop semua Yun and Scha yang cari. Thankyou koranggggg!!!

Terasa terharu bila pakai strip Bride To Be. Lepas ini dah tak merasa dah pakai bendalah ini lagi.

Kan dah cakap. Dia punya riuh rendah party macam 10 orang je rasa. Sampai ke toilet kiterang camwhore.

Sengaja tanak invite ramai-ramai. Sengaja nak spent time sama-sama mereka sahaja. Sengaja nak mengimbau memories. Bila masa lagi nak dapat bersama macam ini. Scha juga akan berkahwin this coming June. Yun juga, soon. Amien. Cepat sangat masa berlalu.

Maybe after this, kita plan vacation bersama keluarga masing-masing? 🙂

Year 2013, year to change. Change of everything. Tak lama lagi nak change status.  I tak kata pun nak change to berhijab. But I try my best. Even Maria Elena pun berubah berperingkat apatah lagi saya yang jahil ini. I am more to change perilaku, dari perangai yang lain macam ke perangai yang semacam, change from know nothing about coooking kepada belajar sedikit-sedikit cara-cara hidupkan api gas di dapur dan juga belajar menerima, memahami dan saling bertoleransi sesama roomate baru nanti. -_- In Sya Allah.

p/s: For more update bout the party boleh baca blog Scha di sini atau sini ok?

No responses yet

Jan 04 2013

Motif?

Published by under I'm just rambling.

Motif kena tulis nama dan buat apa sebelum masuk dalam toilet female wad?

p/s: Sekarang sibuk sangat. Sangat-sangat sibuk kerja sampai tak ada masuk melihat cahaya matahari sekalipun. Bayangkan.

All the best to me!!

Korang tanak wish biar I wish sorang-sorang.

No responses yet

| |