Archive for November, 2012

Nov 30 2012

Hello Kitty make me PRETTY!

Published by under Ladies & Gentleman!

I minat Hello Kitty sebab dia kucing berwarna pink. Dah la kucing tu cute. Pink pula. Bertambah cute. Baru-baru ini, Samsung telah menarik perhatian penggemar pink, ee jahat tau samsung suka keluarkan handphone pink. Tapi kali ini lebih extreme lagi because it’s Smartphone Hello Kitty version!

Oh my goodness cutenya! Samsung Galaxy Y Hello Kitty LIMITED EDITION di pasaran sekarang! Ciri-ciri unik yang yang berbeza dengan Galaxy Y yang asal adalah logo Hello Kitty di bahagian Home buttonback coverringtones dan juga wallpaper.

Retail price is RM419 only!

Juga tetap mengekalkan ciri-ciri smartphone: Android 2.3 OS, HSDPA, Wi-Fi, kamera 2MP, Bluetooth, GPS dan slot kad microSD.

Selain itu, korang boleh dapatkan VIP trip to Sanrio Hello Kitty Town, Johor.

Beli handphone sekarang, ambil gambar bersama BFF. Isi form, dan hantar! Siapa tahu bertuah dapat buat free trip to Hello Kitty Town!

Bagi sesiapa yang tak tahu, Hello Kitty Town baru dibuka di Johor. Saja I nak highlight kan untuk kawan-kawan Indonesia. Sebab bila I invite datang wedding nanti, mesti derang akan tanya, rumah kamu dekat sama tempat wisata nga? Trus kita enakknya jalan kemana ya?

Nahhh niii salah satunya.

Tak perlu ke Korea untuk ke Hello Kitty Cafe atau ke Japan untuk Hello Kitty Town. Di Johor semua ada. Terima kasih sebab buka tempat cute cenggini dekat dengan rumah. Balik kenduri kahwin boleh datang sini siap dengan baju kurung gitu.

Dan Emmet si tunang pun malas nak layan aku terkinja seorang-seorang.

Takpelah.

K-bye.


No responses yet

Nov 29 2012

Emma’s fabulous birthday party!

Published by under Best Wishes!

Kalau ada birthday party kawan-kawan, biasanya I akan jadi paling excited. It’s time for me to dress macam nak rak. Iya lah bila lagi kan? Tapi kali ini I datang birthday Emma dengan sempoi, banyak faktor sebenarnya kenapa jadi begitu.

1. Seperti yang sedia tahu, I sakit mata. Bersamaan dengan tak boleh pakai contact lens lagi. Dan untuk mengelakkan kesan allergi dan eye sore menjadi teruk, tak boleh makeup area mata. Semua tak boleh. Dan menyedihkan juga, kena jadi budak skema pakai spek skema waktu kerja. Once pakai spek skema je I dah rasa macam aku doktor yang kena skema.Terasa macam kena sarung white coat je bila pakai spek ni. Bhuahhaa. Kalau pakai contact lens aku rasa macam diva pula? Haha boleh gitu?

2. Faktor kedua sebenarnya tak ingat pon birthday party Emma ni.

Emma dah invite since 12Nov sebenarnya tapi entah lah I boleh tak perasan. Maybe masa itu tengah kerja, I baca Whatsapp dia sekali imbas sambil berkata. “Birthday invitation, 23rd? confirm tak cuti. Ok ignore”

Tak sangka dapat cuti kan? Bila dah dekat KL baru baca balik whatsapp lama. Sangat kasihan bawa tshirt je pergi KL. Nasib baik ada serpihan baju sedikit.

Dah bersiap sedia dengan muntahan gambar? Here we goo!

Tapi tak apa, demi my pretty sister, I sanggup datang.

Orang lain sikit punya glamour dress bagai. I datang simple je tak mandi tak hape badan masam-masam baru lepas round sekitar KL settlekan barang wedding. Bhuaaha. Budak skema bermata merah in the house!

Service Bora Asma sangat tidak memuaskan. Bila order, dalam sejam pon tak sampai lagi. So siapa datang malam tu dapat tengok adegan ‘birthday girl’ membebel-bebel emo, adeganbirthday girl’ tiup lilin sambil ada lipas lalu lalang atas kek lalu ‘birthday girl’ menjentiknya. -_-

With Emma’s pretty awesome friends, termasuk Ida yang datang lambat sebab sesat.

Hai kawan-kawan Emma, ada yang terkena jangkitan sakit mata tak sekarang? Bhuahaha *lariiii!

Okay ni pula gambar-gambar dari official photographer. Kerlass gitu siap ada  photographer berbayar.

Photography by Ise Punya

Happy birthday Emma!!  One of my only friend who always has a smile on her face no matter what!  My great awesome friend and even a fantastic sister. Stay pretty & gorgeous always ! Sayang awak!

No responses yet

Nov 27 2012

Wedding thingy. [part 1]

Published by under I'm just rambling.

Dalam geng kitorang (Aliens), ada Facebook group sendiri. So kitorang takkan buat wall-to-wall post macam budak-budak lain untuk berhubung. Kitorang akan direct to group. Bila sorang bergosip, semua Aliens dah tahu. Tak payah cerita sorang-sorang gosip yang sama

Di antara kami, 2 orang dah kahwin. Cikanot paling latest. Next turn is me. Dup dap dup dap.

So, bila minta tips nak kahwin.

Cika jawap : Pm me for more tips.

Peh ayat.

Bila tanya tips Pareq yang dah almost 2 years berkahwin, jawapan dia,

“go to bed with satisfaction”

Jawapan simple tapi bermakna.

Okey sebenarnya I gelabah kepada preparation, and tak tau nanti came out macam mana. Sebab honestly I memang super cerewet. Kalau boleh semua nak terperinci. Even kad kahwin pon orang tu dah design 2, 3 kali tapi I reject semua design and last-last I design sendiri. Haa puas hati.

Begitu juga dengan banner, bunting, semua I design sendiri. So, sila bagi discount sikit tolak harga design ok?

Tu baru kad kahwin, belum lagi adegan bertekak dengan wedding planner, designer pelamin, designer baju semua. Hehe aku ni semua benda nak cerewet tapi semua benda mintak discount mana tak orang menyampah nak layan. Haha.

Anyway, tadi I berjaya grab switch-on CST promotion, which is bloooodyyyy cheap!  The promotion is only for today! Sesuai untuk orang kedek macam I ni. Thank you CST!

Murah lah kalau nak compare dengan harga asal.

So yeah, ini pesanan untuk saya, juga untuk bakal pengantin di luar sana.

Hope that everything will go smooth as plan.

Amien.

Sejak ada cuti MC ni, dapatlah nak merapek-rapek dekat blog. Kalau tak, memang see you next week lah for the next entry post.

No responses yet

Nov 26 2012

Sore Eyes = 5 days MC.

Yeay I dapat long days MC! Yeay.

Masin mulut minta MC dari previous entry haa kan dah dapat. Sekarang merana kau sebab cuti Annual Leave dah habis tolak MC. Menangis kau menangis. T____T

Truth be told, I’m suffering from right eye infection. Atau nama saintifiknya, right eye conjuctivitis. Masa awal-awal ingat mata merah biasa sahaja and it getting worse and worse. Sabar jekla. Sampai kena halau dekat ward, Kau tak layak kerja kau sila ambil MC kau balik sekarang!

Sampai hati semua orang, mata saya merah sikit je *Still in denial*

Anyway by the way penyakit jangkitan kuman pada mata ini adalah penyakit berjangkit ye kawan-kawan. Oleh kerana itu I diharamkan ke tempat kerja. Okay fine. Tapi I tak reti duduk diam dekat rumah, I terus pergi KL and spread the virus! Bhuahaha.

Nah tepek gambar besar-besar biar semua orang berjangkit!

Macam buang tebiat juga dalam mall pagi petang siang dan juga malam jalan-jalan pakai shade. Ah lantak lah orang nak kata apa.

Nah terimalah video Sore Eyes 5 days MC versi Totin Jamain

Bhuahaha. Lempang nak?

Original version

Alamak I lupa nak buat flying kiss lah.

7 responses so far

Nov 22 2012

Percutian bimbo.

Sebab apa bimbo? Sebab it was really unplanned. Sebenarnya plan plan kambing je sebelum ini. Tak plan sungguh sungguh pun. Last week I busy sangat. Oncall 4 kali berturut-turut. Lepas itu tiba-tiba dapat cuti 2 hari. Terjumpa member dari department surgical dekat traffic light. Nak lebih dramatik lagi, dekat traffic light, turunkan cermin kereta masing-masing

“Woi, kau buat apa?”

“Baru balik oncall”

“Aku pon! Esok aku cuti!”

“Aku pon! Jom Singapore!”

Haa dramatik tak? Maka terjadilah percutian bimbo dengan mereka mereka ini.

Sedih kan? Kami kan bimbo. Konon hebat tak mahu naik bas. Nak drive juga. Haaa hamek kau keluar kastam Singapore terus gelabah keluarkan peta. Derang semua mengharap dekat I sebab I dah banyak kali ke Singapore tapi harapan tinggal harapan lah ye. Saya mana lah pernah ingat jalan lalulintas ini.

Amy paling cepat menyampah bila dah sesat sahaja, sudah lah you tengok lah peta ni sendiri I pening lah!

Bila nampak je ni, terus semua shouting automatic keluar dialog Istanbul Aku Datang

“Oh my god, oh my god, oh my god!!! We are heading to USS!!”

Maka terciptakan percutian bimbo ke USS. Bhuahaa. Sampai juga. Kitorang park car dekat illegal carpak, area VVIP untuk hotel guest secara percuma dan seludup. Selamber je, nasib baik kereta kau ada kelas Halim!

Us again. Ni 2nd time I pergi USS. Kali ini pergi untuk ride semua permainan dalam USS. Nasib baik beratur tak panjang. Masa first time pergi USS dengan Emmet. Alah waktu itu kira freshie freshie baru bercinta gitu. Datang sana camwhore sahaja memanjang. Nak naik ride takot menjerit-jerit kantoi lah sikap aku yang pemalu muslimah sopan santun ini. Bhuahaa.

Tidak. Anda silap. Mestilah I tak naik Cylon dan pasangannya. Roller Coaster yang diluar tabii I takkan naik. Halim dan Nurul je yang rasa mereka gagah untuk naik. Eleh aku tau Halim takot nak naik tapi dia terasa tercabar kalau dia tak naik maka dia pondan. Bhuahaha menjadi cabaran aku. Menjadi.

Hai nak camwhore boleh?

Dan semua show pun kitorang masuk. Suka gila layan hollywood show!

Masa tunggu turn nak ride Transformers. Daku yang katik. 🙁

Nasihat I adalah, kalau  nak datang sini, sila seludup makanan banyak-banyak seperti cokelat dan cikedis cikedis begini sebab anda akan lapar lalu meleleh-leleh bau makanan kiri kanan tapi tak mampu nak beli. Kesihan kan. Terasa macam fakir miskin pula. Nasib baik bag kami nampak sahaja kecil tapi padat dengan makanan! Ikutkan nak bawa lauk pauk mangkuk bertingkat tapi takot kantoi pula.

Tak perlu bawa air banyak-banyak. Cukup bawa satu botol mineral dan boleh topup air bila dah abis. Jimat tak jimat tak?

Sebenarnya kitorang sanggup berlapar dahaga semata-mata nak makan dekat Chillis, betul-betul di pintu luar USS. Siap keluar statement, I don’t care how much is it, mahal pon mahal I nak makan banyak banyak! Jadi, konon-konon keluar dari USS nak terus melantak Chillis. Sekali hampa bila nak order sahaja waitress baik hati memberitahu kami makanan sini tidak halal. Eee jahatnya. Meleleh air liur terbayang steak chillis. Meleleh. Meleleh.

Ini lah dia muka-muka excited, bangun 4 pagi dan menjerit Singapore!! Thankyou Halim sebab drive sepanjang pergi balik along the journey. Kau memang pemandu berhemah drive kena 2 tangan pegang stereng, tekun gila. I and Amy bantai tido dekat belakang. Haha tak guna.

Thankyou korang. Besok aku oncall. Sekarang badan dah sakit-sakit cemana ni? Nak MC boleh?

6 responses so far

Next »

| |